Hanif Post Terbaru

Kasut Bio Mechanic
Hari ini aku membawa mak aku pergi klinik lagi. Dekat satu bulan kaki bengkak mak aku tak surut-surut dan kini tambahan ia kehitaman di pergelangan kaki.

Risau aku sebab bulan lepas kaki mak aku ada terkehel tersangkut kat kaki katil dan menyebabkan bengkak. Pergi klinik swasta dan ia kasi suntikan serta ubat susut bengkak. Tapi dah dekat sebulan aku lihat tak kurang-kurang dan paling best dua-dua kaki bengkak!!!

Aku terus bawa ke klinik dan tujuan utama nak suruh X-Ray, mana tahu kalau anak kaki mak aku patah atau retak ker. Dan tanda kehitaman pula aku risau kalau ada kencing manis. Tapi setiap bulan mak aku buat check up memang tak der kencing manis cuma darah tinggi tu ada ler. Biasalah orang ua umur dah cecah 70 tahun.

Datang ke klinik ajer, aku dan doktor bersetuju kami kena X-Ray kaki mak aku dan check kalau ada kencing manis. Setelah pemeriksaan X-Ray didapati kaki mak aku tak patah tau retak. Syukur alhamdulilah.

BioMechanical


Setelah pemeriksaan X-Ray didapati keadaan kaki mak aku seperti rajah atas sekali. Keadaan kaki mak aku yang tak rata  menyebabkan kebengkakan kaki.

Untuk umur mak aku yang dah berumur, struktur kaki dan sendi dia agak  rapuh..hehehehe serta badan yang besar menyebabkan tekanan pada kaki terlalu tinggi dan jika terlalu banyak aktiviti boleh menyebabkan bengkak lagi-lagi baru lepas hari raya melayan tetamu.

Selain itu jika tidak bergerak atau kaki berjuntai semasa duduk juga boleh menyebabkan kaki bengkak. Penjelasan yag diberikan oleh doktor tersebut melalui gambar X-Ray kaki mak aku ini amat memuaskan hati aku. Pendek kata dalam saintifik ialah radang kaki /arthritis.

Persoalan kenapa kaki mak aku kehitaman ialah bengkak yang mulai susut. Dimana semasa bengkak, ketegangan kulit yang mulai susut mula menyebabkan kehitaman atau alahan pada kulit. Ini adalah perkara biasa dan untuk atasinya kena sapu krim pelembut...hehehehe. Macam anak daralak kena beli pelembut kulit.

CARA atasi ialah mak aku kena beli kasut yang boleh menampung ruangan kosong disendi kakinya atau "no arc feet". Oleh itu melalui penyelidikan aku ...pehhhh... Kasut Scholl mempunyai keluaran kasut untuk kesihatan yang melindungi sendi kaki dan lutut yang dinamakan "bio-mechanic". Seperti gambar diatas sekali.

Apalagi kami pun terus mencari outlet scholl di Melaka dan ada satu di AEON Jaya Jusco. Mak aiii!! boleh tahan juga harga kasut tu, mahu mencecah RM200++ tapi apabila di pakai oleh mak aku, ia kata OK dan selesa dan designnya agak selesa. Apa lagi kena beli ler...ahaks

Selain itu aku juga menambah dengan membeli "Massage Shoe" untuk dipakai oleh mak aku semasa dalam rumah.  Seperti gambar di bawah ini.
BioMechanical
Massage Shoe 

Segalanya dah siap dan aku kena monitor dalam seminggu dan lihat apa perkembangannya. Kaki bengkak ini banyak faktor apatah lagi untuk usia seumur mak aku ini.

Kita cuba "alat bantuan" atau PPE ( Personal Protective Equipment) untuk mak aku ini. Memang tak boleh buat apa dengan keadaan kaki mak aku ini. Mahu tak mahu kena beli alat fizikal bukannya ubat dalam mengatasi kaki bengkak beliau.

Tapi aku juga akan belikan susu kalsium sebagai minuman harian juga. Tulang mungkin mereput sebab kurang kalsium juga kan...hahahahahaha.

Kita hanya berusaha, yang pasti Allah menentukan segalanya. At least, dari segi psikologi lihat muka mak aku tesenyum seolah-olah  dah menjumpai penyelesaian masalah kakinya itulah hadiah terhebat bagi aku.

BioMechanical







0


Sihir berasal daripada bahasa Arab "Sahara" yang ertinya waktu antara gelap dan terang. Daripada rentetan kata itu, kita juga mengenal kata "sahur" yang ertinya makan pada waktu hari masih gelap (remang-remang) sampai menjelang fajar.

Menurut bahasa (etimologi), sihir bererti sesuatu yang halus dan tersembunyi. Sedangkan menurut syarak (terminologi) sebagaimana yang disebutkan oleh Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah al-Maqdisi, ia berkata: "Sihir ialah azimat-azimat, jampi-jampi, mantera-mantera dan simpulan-simpulan (yang ditiup) yang dapat mempengaruhi hati, akal dan badan seseorang.

Oleh hal yg demikian, sihir boleh menyakiti, membunuh dan memisahkan suami dengan isterinya, membuat orang saling membenci, atau membuat dua orang saling mencintai antara satu sama lain.

Tanda-Tanda Seseorang Disihir...(Sebahagiannya)

1). Mimpi jatuh dari tempat tinggi dan terkejut.

2). Mimpi berada di kawasan kotor atau kawasan perkuburan.

3). Mimpi ular. Kalau kena belit atau patuk, jelas ia terkena sihir.

4). Mimpi benda-benda tajam.

5). Mimpi budak kecil, diriba atau menyusu.

6). Mimpi salib.

7). Mimpi tengok lembaga sehingga ketakutan.

8). Susah tidur malam.

9). Mimpi berada di kawasan sunyi, atau di tengah lautan.

10). Mimpi orang yang sudah mati terutama kaum kerabat, memberi benda kpd kita dalam mimpi itu (mewariskan).

11). Mimpi binatang.

12). Mimpi dikejar binatang, kalau tak sempat dikejar, selamat. Kalau dikejar binatang, kemudian orang itu kejar semula, orang itu ada kekuatan.

13). Berdebar tanpa sebab.

14). Bangun tidur ada kesan lebam atau cakar pada tubuh.

15). Ada penyakit, tetapi apabila pergi ke hospital, doktor periksa dan mengatakn tak ada penyakit.

16). Sakit belakang, rasa berat belakang.

17). Lenguh sendi-sendi utama.

18). Mengantuk dalam majlis ilmu. ( atau baca Quran).
0

Star Trek Beyond


Baru jer tadi menonton filem Star Trek Beyond iaitu siri terkenal Star Trek berkenaan kehidupan pengembara angkasa Kapten James Kirk.

Rating filem ini aku berikan 4.8/5 keran filem ini tidak membosankan dan penuh dengan kejutan. Ya, aku akui sebagai filem masa hadapan sudah tentu kita mahukan peperangan atau aksi yang ganas yang agak kurang dalam filem ini.

Tetapi nilai filem ini bukan keganasan yang ingin diperlihatkan tetapi nilai persahabatan dan nilai pengorbanan untuk manusia sejagat. Pehhh!!!

Sempena 50 tahun ulang tahun Star Trek filem Star Trek Beyond ini memperuntukkan detail kemusnahan USS Enterprise diserang oleh Krall dan kemudian menawan seluruh anak kapal mereka.

Memang cukup tragis melihat USS Entreprise musnah dan menjunam jatuh di planet berdekatan galaksi Nebula.

Filem Star Trek Beyond ini berkisar satu puak yang diketuai oleh Krall ingin memusnahkan Persekutuan dan untuk menjayakan rancangannya mereka memerlukan satu alat yang disimpan di kapal USS Enterprise milik Kapten James Kirk.

Mereka gunakan ejen mereka untuk menyamar dan meminta bantuan James Kirk menyelamatkan anak buah mereka yang terdampar di galaksi Nebula tetapi sebenarnya ianya perangkap.

Dan akhirnya ia membawa kemusnahan kapal USS Enterprise!!

Dan bermulalah usaha Kapten James Kirk menyelamatkan anak buahnya yang di tawan oleh Krall dan dalam filem ini ujud heroin baru Jaydal yang menyelamatkan Scotty setelah pod keselamatannya jatuh diplanet Krall.

Selain itu usaha menghalang Krall menggunakan senjata yang diperolehi dari USS Enterprise dan memusnahkan kota Yorktown.

Ingatkan nak cerita detailed tapi tak sedap lak kalau anda belum menonton. .

Yang penting sekali ialah permulaan filem Star Trek Beyond dimana Kapten James Kirk menjadi duta dengan menyerahkan artifik yang rupa-rupanya senjata pemusnah yang dicari Krall.

Kemudian USS Entreprise dimusnahkan dan kemudian  usaha menyelamatkan anak buahnya. Dan akhirnya usaha menyelamat kota Yorktown.

Selamat menonton!!!

Star Trek Beyond









0


DEMAM Pokemon Go nampaknya sudah mula melanda seluruh dunia, walaupun baru seminggu aplikasi permainan itu dilancarkan.

Pokemon Go berjaya memikat hati pengguna, selepas ia dilancarkan di Amerika Syarikat pada 5 Julai lalu.

Ia kini ‘menular’ di seluruh dunia, dan mencetuskan satu fenomena yang baharu.

Aplikasi permainan Pokemon Go secara dasarnya mengetengahkan konsep permainan menangkap dan berinteraksi dengan Pokemon.

Jika anda masih keliru dengan permainan ini yang menjadi kegilaan orang ramai, berikut adalah 8 fakta yang anda perlu tahu.


1. Apa itu Pokemon?

Untuk memahami sepenuhnya mengenai Pokémon Go, kita kena mengulas serba sedikit sejarah mengenai konsep Pokemon.

Sekitar tahun 1990, seorang pereka permainan video bernama Satoshi Tajiri mewujudkan konsep Pokémon, yang menggabungkan hobi zaman kanak-kanaknya iaitu mengumpul serangga dengan cintanya terhadap permainan video.

Enam tahun selepas Tajiri tampil dengan konsep ini, dengan bantuan Nintendo dan pereka, Ken Sugimori, permainan video Pokémon yang pertama diterbitkan.

Ia kemudian diinspirasi kepada siri animasi TV, pada tahun 1997 di Japan dan pada tahun 1998 di Amerika Syarikat.

Ini menambahkan lagi deman Pokemon dalam kalangan kanak-kanak serta remaja.


2. Demam Pokemon-Go?

Selepas beberapa tahun, permainan watak animasi itu membuat penampilan sekali lagi, sebagai Pokemon Go.

Pokemon Go merupakan satu pengalaman baharu dalam dunia permainan gajet kerana tampil dengan ciri gabungan alam nyata dan sistem navigasi GPS.

Ia membenarkan pemain memburu makhluk menerusi teknologi GPS dan jam telefon pintar yang mengesan lokasi dan waktu pemain

Aplikasi menggunakan GPS itu dikatakan menyeronokkan dengan cabaran mengumpul koleksi ‘makhluk Pokemon’ seperti yang dilakukan oleh watak utama permainan tersebut, Ash Ketchum.

Dalam bahasa yang mudah, ia membolehkan pengguna untuk mengesan ‘makhluk Pokemon’ di sekeliling mereka (pada skrin telefon) ketika bermain supaya pengguna boleh berlari dan menangkapnya.

Tidak kira di mana anda berada, apabila aplikasi Pokemon Go diakses, anda dapat melihat makhluk seperti Bulbasaur, Pikachu, atau Jigglypuff muncul pada skrin seolah-olah sedang bertenggek di bahu jalan, berehat di dahan pokok, atau tersenyum ke arah anda dari sebuah jendela.


3. Cara bermain

- Muat turun aplikasi Pokemon Go secara percuma menerusi Android atau telefon pintar Apple.

- Pilih avatar

- Tekan ikon 'PokeStop' yang digambarkan pada peta dan tekan butang itu untuk mendedahkan gambar lokasi dunia sebenar yang anda sedang berdiri.

- ‘Spin’ imej untuk mendapatkan bekalan seperti bola untuk menangkap makhluk animasi.

- Berunsur ke peringkat seterusnya dengan melawat PokeStops dan mengutip Pokemon.


4. Cara mengumpul Pokemon

- Ketika berjalan, teliti peta telefon pintar untuk mencari makhluk animasi itu

- Apabila imej Pokemon muncul pada skrin, tekan pada imej tersebut.

- Tukar ke mod kamera.

- Imbas persekitaran melalui kamera telefon pintar untuk melihat Pokemon.

- Pegang jari pada ikon ‘Pokeball’ di bahagian bawah skrin telefon pintar.

- Leret jari untuk melemparkan ‘Pokeball’ pada Pokemon.

- Kutip Pokemon


5. Siapa boleh muat turun?

Pemburu Pokemon Go di seluruh dunia sedang menanti pelancaran aplikasi itu di negara masing-masing.

Setakat ini, ia hanya dilancarkan di Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

6. Kemeriahan #PokemonGo di media sosial

Seperti biasa, netizen membawa kemeriahan permainan mudah alih itu ke media sosial.
Berikut adalah apa yang dikongsikan oleh netizen berkenaan permainan itu.

7. Pokemon Go meningkat tahap kecergasan pemain

Ini merupakan satu kebaikan yang terselit di sebalik permainan ini.

Pokemon Go secara tidak langsung meningkatkan kecergasan badan pemain kerana aktiviti yang dilakukan oleh pemain ketika bermain aplikasi ini.

Mereka sanggup jalan beberapa kilometer atau berlari ke sesuatu sasaran demi mendapatkan objek berkaitan watak animasi tersebut.


8. Isu yang timbul

Pokemon Go sudah tentu mengelirukan pemain antara dunia nyata dengan paparan skrin mereka.

Sejak ia dilancarkan, pelbagai insiden dilaporkan, antaranya ialah kemalangan jalan raya.

Ada pemain yang dilapor terlibat dengan kemalangan jalan raya demi memburu makhluk sasaran.

Ada juga perompak yang mengambil kesempatan menggunakan lokasi pemain yang di tempat sunyi untuk diserang hendap.

Malah ada pemain yang menangkap Pokemon ketika isteri bersalin.

0

Majlis Perpisahan Rakan AuoSunpower


Semalam pada 20.6.2016 aku mengadakan majlis perpisahan buat rakan sekerja kami yang aka berpindah ke tempat kerja baru di Cyberjaya. Nak kata tempat kerja baru pun tak juga sebab itu bekas temp[at kerja lama beliau....hehehehe.

Boss lama dia call dia dan ajak masuk kembali ke kilang semual kerana mereka kekurangan penyelia. Disebabkan tambahan gaji yang agak menarik maka beliau bersetuju tawaran tersebut.

Pada masa yang sama kami juga hendak berjumpa dengan rakan kami iaitu Siva yang cuti sakit sudah 3 bulan akibat kanser. Aku tak jenguk dia lagi...heheheheh. So kami ambil kesempatan untuk berjumpa dengan beliau.

Sekian itu ada juga rakan lama kami iaitu Ahmad yang telah berpindah ke Samsung.

Memang cukup meriah apabila semua team Art Of Survival berkumpul dan yang pastinya mengutuk sesama sendiri.

Team kami adalah team terbaik, di mana skumpulan kami adalah dari jabatan yang berlainan tetapi rapat.
Untuk Vik, semoga berjaya di tempat kerja baru anda.

Majlis Perpisahan Rakan AuoSunpower 2016



























0

Prosedur JPJ Geran Kereta Hilang


Tadi aku ke JPJ untuk membuat laporan kehilangan geran kereta aku. Aku pun tak tahu mana aku letak geran kereta aku.

Geran kereta aku ialah kereta Proton Saga lama aku dan aku telah serahkan pada bapa saudara aku. Mereka telah repair kereta tersebut dan menunggu aku untuk penukaran hakmilik serta pelepasan Puspakom.

Terpaksa pergi ke Puspakom sebab dah lebih 2 tahun aku tak ambil cukai...hehehehehe. Lama tak ambil sebab kereta baru dah ada....ahaks.

Dah beberapa minggu dia orang suruh aku ambil geran kereta , aku malas nak pergi sebab membayangkan karenah biroksi yang aku harus hadapi untuk mendapatkan salinan geran kereta aku ini.

Tapi setelah aku berurusan dengan JPJ, rupanya ia amat senang sekali prosedurnya.

a) Pergi ke pejabat JPJ yang berdekatan.
b) Isikan borang untuk meminta salinan geran
c) Sediakan wang RM20 (jika hakmilik anda) dan kad pengenalan
d) Pergi ke kaunter dan berikan borang , RM20 dan kad pengenalan.
e) Anda diberi salinan geran dengan senyuman.

Anda tidak perlu menyediakan salinan kad pengenalan dan keseluruhan proses hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Amat mudah!!



Prosedur JPJ Geran Kereta Hilang





0

Kalau ditanya pada aku sejarah politik Turki ini. Aku agak keliru semenjak beberapa siri rampasan kuasa di Turki.
Keliru disebabkan terlalu banyak negara Arab yang bergolak. Aku kena baca balik sejarah Turki ini.

Artikel dibawah pula menceritakan kehebatan Erdogan dan kenapa barat tak suka dia. Tapi setahu aku si Erdogan ni berpihak pada barat dan sekular. Mungkin aku salah kot..

Walau bagaimana pun ...artikel dibawah ini menceritakan kisah kehebatan Erdogan.

Sebenarnya barat tak selesa dgn keberkesanan & keupayaan Erdogan menjadikan Turki kuasa Ekonomi & Ketenteraan

Turki : Kenapa Dicemburui?

ISTANBUL - Dari artikel penulis Jordan, Ihsan Al Faqih, pada media Achahed:

1. Produk Domestik Nasional Turki di tahun 2013 mencapai 100B dolar Amerika, menyamai pendapatan gabungan 3 negara dengan ekonomi terkuat di Timur Tengah; Arab Saudi, UAE, Iran, dan ditambah dengan Jordan, Syria dan Lebanon.

2. Erdogan membawa negerinya melakukan lompatan ekonomi yang besar, dari rangking 111 dunia ke peringkat 16, dengan rata-rata peningkatan 10 % setahun, yang bererti masuknya Turki ke dalam 20 negara besar terkuat (G-20) di dunia.

3. Tahun 2023 merupakan tahun pembangunan Negara Turki Moden yang sudah dicanangkan oleh Erdogan, yang disasarkan adalah Turki menjadi kekuatan politik dan ekonomi nombor 1 di dunia!

4. Airport International Istanbul adalah airport terbesar di Eropah yang menampung 1,260 pesawat setiap harinya, ditambah Airport Shabiha yang menampung 630 pesawat setiap hari.

5. Turkish Airline meraih peringkat penerbangan terbaik di dunia dalam 3 tahun berturut-turut.

6. Dalam 10 tahun, Turki telah menanam 770 juta pohon Harjia dan berbuah.

7. Untuk pertama kali Turki di masa moden ini memproduksi sendiri Tank baja, pesawat terbang dan pesawat tempur tanpa awak, serta satelit tentera moden pertama yang multi fungsi.

8. Erdogan dalam 10 tahun pemerintahannya telah mendirikan 125 universiti baru, 189 sekolah baru, 510 rumah sakit baru dan 169.000 kelas baru yang moden, sehingga kadar siswa dalam sekelas tidak lebih dari 21 orang.

9. Ketika krisis ekonomi menimpa Eropah dan Amerika, universiti-universiti Eropa dan Amerika menaikkan wang kuliah. Sedangkan Erdogan menghapuska seluruh biaya kuliah dan sekolah bagi rakyatnya dan menjadi tanggungan negara.

10. Dalam 10 tahun terakhir, pendapatan perkapita penduduk Turki yang dahulunya hanya 3,500 dolar setahun, meningkat pada tahun 2013 menjadi 11.000 dollar setahun, lebih tinggi dari perkapita penduduk Perancis. Dan Erdogan naikkan nilai tukar mata wang Turki 30 kali ganda!

11. Di Turki, negara sedang meningkat keupayaan untuk membiayai 300 ribu ilmuwan melakukan penelitian ilmiah untuk menuju tahun 2023.

12. Di antara keberhasilan politik terbesar Turki adalah keberhasilan Erdogan mendamaikan dua bahagian Cyprus yang bertikai. Ia juga melakukan pembahasan damai dengan parti Buruh Kurdistan untuk menghentikan pertumpahan darah, dan meminta maaf kepada Armenia, sehingga menyelesaikan permasalahan yang sudah berlarutan sejak 6 dasawarsa

13. Di negara Turki, gaji dan upah meningkat mencapai 300%. Dan gaji pegawai baru meningkat, dari 340 lira Turki menjadi 957 lira. Dan jumlah penganggur menurun dari 38% menjadi 2%.

14. Di Turki, anggaran pendidikan dan kesehatan, mengungguli anggaran pertahanan, dan gaji guru sama gaji doktor.

15. Di Turki telah dibangunkan 35 ribu laboratorium IT dan data base moden yang melatih pemuda-pemuda Turki.

16. Erdogan melangsaikan defisit anggaran yang mencapai 47B dolar. Sebelumnya baki terakhir hutang Turki ke IMF adalah hanya 300 juta dolar pada Julai lalu. Bahkan Turki memberi pinjaman kpd IMF sebanyak 5.0B dolar. Disamping itu Erdogan juga meningkatkan simpanan negara sebanyak100B dolar.

17. 10 tahun lalu, ekspot Turki hanya 23 B dolar. Sekarang meningkat menjadi 153 B dolar, mencapai 190 negara. Yang paling banyak adalah kereta yang kedua peralatan elektronik. Setiap 3 peralatan elektronik di Eropah, satunya adalah produk Turki.

18. Kerajaan Erdogan mengawali pelupusan sampah menjadi pengeluar tenaga elektrik yang digunakan oleh sepertiga penduduk Turki. Dan tenaga elektrik sudah dinikmati oleh 98% penduduk Turki.

19. Erdogan pernah duduk berhadapan dengan seorang anak perempuan yang usianya masih 12 tahun, tampil dalam siaran langsung television, berdebat dan berdiskusi tentang pembangunan Turki masa depan. Beliau hormati kecerdasan dan semangat anak tersebut. Sekaligus beliau didik anak-anak Turki satu contoh dalam berdebat dan berdiskusi serta membaca masa depan.

20. Erdogan adalah teman Israel, begitu menurut kaum sekular Arab. Erdogan berikan tamparan keras kepada Israel, dan dia paksa Israel meminta maaf karena kes kapal Marmara yang ditembak Israel. Dan Turki berikan syarat pembekuan Gaza untuk menerima permintaan maaf tersebut.

21. Erdogan adalah teman Israel??? Beliau berikan kritikan tajam terhadap orang-orang yang bertepuk tangan terhadap pidato Simon Perez dalam pertemuan Ekonomi dunia, dan beliau berkata sebelum keluar ruangan dan pulang ke Turki: "Memalukan kalian bertepuk tangan terhadap pidato ini, padahal Israel telah membunuh ribuan anak dan wanita di Gaza..."

22. Erdogan meleraikan para demonstrasi penentangnya dengan air. Tidak menembak mereka dengan pesawat tempur, atau rudal atau bom-bom molotov.

23. Erdogan menolak anak gadisnya membuka hijab di sekolah. Maka beliau kirim anaknya sekolah di Eropah agar tetap berhijab, sebelum hijab dibolehkan di kampus-kampus Turki.

24. Erdogan satu-satunya ketua negara bersama istrinya mengunjungi Myanmar dan bertemu dengan kaum Muslimin di sana dari kawasan Myanmar yang dapat bencana.

25. Erdogan menghidupkan kembali pengajaran Al Quran dan Hadits di sekolah-sekolah negeri, setelah hilang selama hampir 90 tahun, dihilangkan pemerintah sekular.

26. Erdogan menetapkan kebebasan berhijab di kampus-kampus Turki dan di parlimen.

27. Erdoganlah pemimpin muslim yang membuat lampu di jambatan gantung terbesar di dunia di pantai laut hitam dengan penerangan yang sangat besar bertuliskan "Bismillahirrahmanirrahim.." Padahal, salah satu negara Arab membuat pohon krismas terbesar di dunia dengan menelan dana mencapai 40 juta dolar.

28. Erdogan mengembalikan pembelajaran bahasa Ustmaniyah yang berhuruf Arab di sekolah-sekolah negeri.

29. Erdogan melepas 10 ribu anak-anak muslim yang berumur 7 tahun di jalan-jalan Istanbul, dengan penuh bangga anak-anak tersebut akan memulai kewajiban shalat berjamaah dan menghafal Al Quran.

ALLAHU ALAM

(dari sahabat grup sebelah yg sedang berada di Istanbul...).
1

Turki ni tak habis-habis dengan rampasan kuasa. Dahulu semua ahli al-jamaah islam yang menang pilihanraya di tolak kemenangannya hingga semua pemimpin mereka ditangkap.

Ini pula alasan menegakkan demokrasi oleh tentera serpihan.

Aku merasakan sampai bila-bila politik Turki sentiasa goyah jika masyarakatnya masih mengamalkan amalan hidup sekular.

Walau pun islam namun cara hidup mereka yang rata-ratanya sekular iaitu membezakan agama dan kehidupan selagi itu pertembungan ideologi takkan selesai.

Sebagai bekas kerajaan islam Othmaniah, sedih aku lihat Turki begitu cepat diubah cara hidupnya. Inilah realiti Turki.


BERIKUT adalah urutan masa dan kejadian cubaan rampasan kuasa di Turki pada Jumaat. Laporan adalah berdasarkan waktu tempatan.

11.52 malam - PM Turki berkata keadaan terkawal, menyalahkan gerakan Gulen, mengisytiharkan zon larangan terbang ke atas Ankara. Sebuah pertubuhan yang rapat dengan Gulen, berpangkalan di AS sebelum ini menafikan penglibatan.

11.39 malam - Bom diletupkan di bangunan parlimen di Ankara, menurut Anadolu Agency yang dikendalikan negeri. Saksi Reuters mendengar letupan di Istanbul.

11.20 malam - Kerry menekankan tentang 'sokongan mutlak untuk kerajaan demokratik yang dipilih rakyat secara demokrasi' dalam panggilan telefon dengan Menteri Luar Turki.

11.13 malam - Kumpulan yang rapat dengan dengan Gulen, cendekiawan Islan yang berpangkalan di AS berkata tuduhan bahawa ia terlibat dalam cubaan rampasan kuasa adalah 'sangat tidak bertanggungjawab'. Mengutuk campur tangan tentera dalam politik Turki, sambil berkata mengambil berat tentang keselamatan rakyat. Menteri Keadilan sebelum ini telah menyalahkan penyokong setia Gulen.

11.05 malam - Presiden Obama berkata, beliau dan Setiausaha Negara Kerry bersetuju bahawa semua pihak di Turki harus menyokong memilih kerajaan. Gesa elakkan pertumpahan darah - kenyataan White House.

11.04 malam - Agensi berita Anadolu yang dikendalikan negeri berkata 17 polis terbunuh di ibu pejabat pasukan khas Ankara.

10.59 malam - Jet pejuang Turki menembak jatuh helikopter tentera yang digunakan oleh komplot rampasan kuasa di Ankara, menurut penyiar NTV.

10.51 malam - Komander pasukan khas berkata kumpulan itu telah terlibat dalam pengkhianatan, mereka tidak akan berjaya. Turut berkata bahawa tentera tidak menyokong rampasan kuasa.

10.47 malam - Perdana menteri berkata beberapa kumpulan dan pembentukan haram berada di sebalik cubaan rampasan kuasa dan memanggilnya perbuatan pengganas. Beliau berkata kerajaan masih bertanggungjawab. Menggesa orang ramai untuk turun berhimpun di jalan raya.

10.37 malam - Panglima Tentera Pertama Turki, sebahagian daripada tentera darat yang bertanggungjawab terhadap Istanbul dan kawasan barat yang lain, berkata mereka yang cuba melakukan rampasan kuasa adalah puak kecil dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.

10.26 malam - Dua letupan kuat kedengaran di tengah-tengah ibu negara Turki.

10.08 malam - Kereta kebal mengelilingi bangunan parlimen Turki, melepaskan tembakan. Tembakan kedengaran di lapangan terbang Istanbul.

10.03 malam - Menteri Keadilan Turki berkata ahli-ahli pergerakan dalam tentera yang setia kepada cendekiawan Islam Turki Fethullah Gulen yang berpangkalan di AS, di sebalik cubaan rampasan kuasa.

9.51 malam - Sebuah helikopter tentera melepaskan tembakan di Ankara, saksi melaporkan letupan di ibu negara.

9.35 malam - Stesen penyiar TRT tidak lagi beroperasi, tetapi kemudian memulakan penyiaran dari London.

9.26 malam - Presiden Turki Tayyip Erdogan menggesa orang ramai turun ke jalan raya untuk membantah apa yang disifatkan sebagai cubaan rampasan kuasa oleh puak minoriti dalam tentera. Bercakap kepada wartawan CNN Turk melalui panggilan video bahawa beliau akan pulang ke ibu kota Ankara.

9.22 malam - PM Turki berkata di Twitter bahawa segala-galanya akan dilakukan untuk menggagalkan cubaan rampasan kuasa, walaupun dengan pertumpahan darah. Berkata pengepungan sedang dijalankan di beberapa bangunan penting, tetapi menggesa orang ramai supaya bertenang.

9.18 malam - Sumber presiden berkata presiden dan kerajaan masih berkuasa.

9.05 malam - Stesen penyiar Turki dalam kenyataan yang dibaca atas arahan tentera bahawa perlembagaan baru akan disediakan, menuduh kerajaan menghakis pemerintahan demokrasi dan undang-undang sekular, dan bahawa negara ini sedang dikendalikan oleh 'majlis keamanan', di mana undang-undang tentera dikenakan, perintah berkurung dikenakan di seluruh negara.

9.02 malam - Ketua parti pemerintah AK cawangan Istanbul berkata tentera memasuki bangunan parti, diberitahu untuk keluar.

8.58 malam - Kumpulan tentera berada di dalam bangunan stesen penyiar negeri TRT di Ankara, wartawan TRT memberitahu Reuters.

8.57 malam - Facebook, Twitter, YouTube dan media sosial lain disekat di Turki, kata kumpulan pemantauan internet.

8.49 malam- Sumber presiden Turki berkata kenyataan yang dibuat bagi pihak angkatan tentera dibuat tanpa kuasa dan perintah ketenteraan.

8.47 malam - Ketua staf tentera Turki di kalangan tebusan yang dibawa ke ibu pejabat tentera di Ankara, kata agensi berita negeri, Anadolu.

8.38 malam - Presiden Turki Tayyip Erdogan selamat, lapor CNN Turk.

8.25 malam - Tentera Turki berkata mereka telah merampas kuasa untuk menjaga ketenteraman demokratik. Dalam satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel dan dilaporkan di saluran TV Turki, tentera berkata, semua hubungan luar Turki sedia ada akan dikekalkan.

8.02 malam - Perdana Menteri Turki Binali Yildirim berkata cubaan rampasan kuasa cuba dibuat dan menggesa rakyat untuk tenang. Beliau berkata kumpulan dalam tentera Turki cuba untuk menggulingkan kerajaan dan pasukan keselamatan telah dipanggil untuk 'melakukan apa yang perlu'.

7.50 malam - Tembakan didengari di Ankara, jet tentera dan helikopter dilihat terbang di udara. Helikopter dilihat berlegar-legar di Istanbul.

7.29 malam - Jambatan Bosphorus dan Jambatan Fatih Sultan Mehmet kedua-duanya ditutup. Rakaman Dogan News Agency menunjukkan kereta dan bas berpatah balik.
0


Cabaran melangkah ke Arena 3 atau level sterusnya dari Arena 2 memang cukup mencabar.

Untuk pergi ke Arena 3 Clash Royale, anda memerlukan 800 trophy untuk melangkah stage seterusnya.

Tiap kali aku dapat 700++ mesti aku kalah dan jatuh hingga 600++. Pernah sekali aku dapat 798 trophy tapi jatuh menjunam dengan kekalahan demi kekalahan.

Masalahnya pihak lawan kita berdasarkan jumlah trophy yang kita kumpul tetapi kekuatan askar kita tak setanding dengan pihak lawan.

Dengan disiplin setiap 3 jam aku buka chest untuk dapatkan kekuatan level askar. Aku tetap kalah.

Apatah lagi kalau yang dalam arena 2 tetapi jarang main sudah tentu kekuatan askar mereka lebih lemah dari aku.

Memang cukup benggang main game yang turun naik ini. Dan ada seketika rasanya nak beli diamond atau gold kasi kuat askar kau..hahahahaha.

Tapi itulah tujuan game ini, suruh kau melabur untuk cepat naik ke level seterusnya.

Aku takkan beli semata-mata nak naik level ...kecuali kalau ada pulangan RM..hahahaha.
0


Pada malam hari raya yang lalu aku mengalami sedikit kemalangan yang menyebabkan lutut aku rabak kena seret kat jalan tar.

Hari ini dah masuk hari ke lapan, luka masih belum kebah lagi. Hari pertama bekerja ingatkan boleh ler layan luka kat lutut ini.

Dengan lutut yang luka dan kau pakai seluar panjang, mahu tak mahu kena balut juga luka kau tu.

Amik kau!!! Hari kedua aku dah tak tahan lagi. Berdenyut lutut aku dan berair akibat balut luka tersebut. Tanda-tanda nak bernanah juga dah mula timbul.

Mahu tak mahu aku terpaksa minta m/c dari klinik pada hari ini. Aku sebenarnya malas nak minta m/c kerana rasa macam bersalah jer amik m/c lama-lama.

Kalau cuti pun lama sangat pun aku gelisah. Tahun ini aku cuti hari raya paling lama dalam sejarah aku bekerja selama 18 tahun ini. Termasuk cuti, aku cuti 6 hari...huhuhuhu. 4 hari on leave.


Dulu kilang lama aku, paling lama aku cuti ialah 2 hari sahaja....hahahaha. Tak caya kan...

Kalau nak cerita tentang m/c, selama 18 tahun aku kerja. Hanya 2 kali aku m/c termasuk hari ini.

Kalau dengar memang dahsyatkan, aku memang kaki kerja...hahahaha.

Aduh!!! Lutut oh lutut cepat sembuh ler...aku dah tahan ni. Kalau boleh pakai seluar pendek kat tempat kerja memang aku dah pakai dah..hahaha.
0

Portugal Juara Euro 2016
Perlawanan di antara pasukan France menentang Portugal akan berlangsung di venue Stade de France bermula pada jam 3 pagi Isnin, mengikut hari dan waktu di Malaysia

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan Akhir (Final) Euro 2016 membabitkan pasukan Perancis lawan (lwn) Portugal.

Pasukan Portugal mencipta kejutan dan sejarah tersendiri apabila merangkul kejuaraan Euro buat kali pertama selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Perancis 1-0 menerusi jaringan pemain gantian Antonio Eder pada masa tambahan (108′)

Walau pun ketiadaan Ronaldo yang disiku hingga tidak dapat bermain di awal perlawanan namun ia tidak melemahkan Portugal malah gaya permainan pantas kedua-dua pasukan nampak hebat.

Tahniah Portugal.

Portugal Juara Euro 2016

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
0

Clash Royale
Clash Royale permainan online kegemaran aku yang terkini.

Sebenarnya aku dah pencen main game tetapi disebabkan hari raya tahun ini aku tak berjalan sebab kaki injured.

Mahu tak mahu terpaksa ler download game ini. Permainan dimainkan oleh anak aku, tengok macam best jer aku pun download.

Clash Royale ini memang kena dengan jiwa aku sebab ia merupakan game strategi yang manupilasi askar yang kau ada untuk menyerang pihak lawan.

Pada mulanya agak sukar sebab kau kena hafal semua askar kau dan kena ketahui kekuatan mereka.

Mana-mana strategi game seperti Red Alert atau Warcraft mahu tak mahu terpaksa kenali askar kau jika kau mahu kuasai permainan tersebut.

Dan aku pun sedang dalam proses mengenali askar-askar yang ada ini.

Kalau lawan knight, aku harus guna siapa? Manakah askar yang paling murah kalau aku dalam kecemasan tiada elixir..

Adakah gold dan diamond perlu aku belanja untuk memastikan aku kekal kukuh.

Adakah aku perlu membeli diamond atau chest untuk mengukuhkan kekuatan aku? Tapi jangan mimpi aku nak beli ler...hahahaha.
Buat rugi jer..bukan boleh menjana pendapatan dalam permainan ini.

Keseluruhannya permainan Clash Royale ini memang sesuai dimain jika anda seorang pemain strategi.

Jom cuba..
Clash Royale
1

Hanif Idrus Di Telegram Channel

Bidvester