Orang lama vs Orang Baru


Hari ni tergerak nak tulis perbandingan orang lama vs orang baru. Tadi tengok kat tv ada ler makcik ni seorang penari beri komen budak2 sekarang menari tak der feeling berbanding orang dulu/lama menari ikut gerak hati atau feeling. Selain itu kalau aku berbual dgn otai2 lama sering kata mereka the best berbanding budak sekarang. Saya rasa kalau kita berbual dgn org2 tua, itulah yg kita dengar.

Aku rasa statement tu agak berat sebelah kerana ada ketika budak2 muda ni lebih baik dari kita.

Sebagai contoh, aksi motor mat rempit. Dulu Mat Rempit hanya tau buat superman tapi skrg brek moto tayar blkg terangkat! Belum lagi aksi pembonceng belakang dibawa dgn kaki di jalanraya sambil memegang
pedal blkg. Orang lama tak improve mcm tu. Itu pembandingan yg aku lihat dalam senario kehidupan aku.
Walau pun contoh yang  diberi kurang baik..hehehe

Selain itu ujudnya sukan X-Treme kerana sukan2 org lama sudah tak mencabar. Bukan aku nak memperlekehkan org2 lama ni tapi aku memang tak minat kalau orang lama kita merendah-rendahkan budak2 baru ni.

Untuk aku samada org lama atau baru adalah bakat. Kalau kau ada bakat, org lama atau baru adalah sama. Yang membezakan dua golongan ni pada pandangan aku juga ialah pengalaman. Aku akui kelebihan org lama adalah pengalamannya. Lagi lama pengalaman mereka lagi handal mereka. Tapi adakah itu memberi hak kepada orang lama merendahkan golongan muda ni. Kadang2 cara percakapan org lama ni menyakitkan hati aku., seolah2 mereka dahulu lebih fokus., lebih disiplin.

Cara ni harus diubah, dan aku berharap bila aku tua nanti aku tak memperlekehkan bdk2 muda yang ingin pelajari dgn membunuh mereka dgn ayat pemati! Beza org lama dan org baru hanya pengalaman sahaja, lain dari itu bagi aku tiada!!

Share:

4 comments