Home » » GlobalAutoSurf - Software Increase Pageview

GlobalAutoSurf - Software Increase Pageview

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Wednesday, September 7, 2011

Minggu ini nak buka pekong semua penipuan yang blogger yang selalu buat. Sebagi contoh IFrame atau apa-apa jua "shortcut" untuk mencapai kejayaan pageview.
Ini satu lagi program yang selalu digunakan oleh blogger untuk menaikkan pageview mereka.

Program ini dipanggil Global AutoSurf.
Apa itu GlobalAutoSurf
Satu laman PERCUMA dalam mempromosi website, blog, product atau apa-apa ajer yang ada internet. Nak tahu fungsinya, jom baca kat bawah..



Untuk memperolehi pageview ini ia menggunakan kredit sistem, anda haruslah mempunyai kredit yang mencukupi, untuk dapatkan kredit ini anda harus klik "Surf' kat web mereka dan secara automatik, anda akan re-load setiap laman web yang register kat GolabalAutoSurf ini.
Setiap kali reload anda akan mendapat ratio 1:1. Maksudnya anda mendapat 1 kredit lerrr... dan orang yang anda surf akan mendapat pageview percuma.
(Klu: Hari Jummat sampai Sabtu kot..anda dapat ratio2:1)
Kredit yang anda dapat akan membolehkan laman web anda dimasukkan dalam surf sequence tersebut...
So secara logik , ia dipanggil win-win situation.
Kalau anda malas nak surf, maka kredit anda kurang dan kuranglah pageview. Simple..
Soft ware ini sangat mampan bro... setiap 7 saat  dia akan reload laman web yang baru.
Untuk cepatkan reload ini , kamu terpaksa guna FireFox...jika guna Internet Explorer atau Google Chrome...lembab!!!!

Contoh,
Aku dah masukkan kan Cik Asam Jeruk dalam GlobalAuto Surf ini... sekarang ia masih dalam waiting list lagi ( Lihat State :Waiting). Kalau ia dah tukar jadi  "Enable"...maka Cik Asam Jeruk dah boleh dapat pageview percuma..
Aku belum minta kebenaran Cik Asam Jeruk lagi, nak kasi pageview percuma ini... ( minta kebenaran boleh??)
Jom nanti kita serbu ramai-ramai blog Asam Jeruk tanya progress GlobalAutoSurf dia selepas dapat Enable.
Nak  cuba...no problem...terpulang pada masing-masing punya pendapat..

Aku dah cuba dulu dan memang dahsyat...sekarang tak ada ler...
Pendapat peribadi aku, buat sementara untuk blogger2 baru.. pakai ler bende ini..
Sebab..untuk permulaan mendapatkan rank dari Google kalau kita guna bende ini cepat sikit kita kena index..

Aku buat blog ini suka-suka..ketagihan menulis dan disiplinkan diri.
Kenapa minggu ini aku  buat entri blog trick ini  sebab aku kena kutuk dah setahun ber blog masih teruk lagi pagerank aku..
Bukan tak ada knowledge cuma tak mahu buat!! Knowledge ini pun aku kutip dari blogger2 otai..
Knowledge yang baik kita ambil, knowledge tak baik jangan  ambil...
Alexa pun aku baru  join minggu lepas...
Nuffnang aku join selepas 8 bulan berblog...
Shoutbox aku letak selepas 4 bulan berblog..
Linkwithin aku letak bulan February 2011... dan  lain-lain begitu juga..
Kenapa aku tak letak awal-awal..sebab mula-mula aku join blogger ini aku zero knowledge.
Kedua aku bukan kejar sangat pageview tipu2 ini..Yang penting kejujuran berblog...
Sekarang ini pun blog aku dah ada pembaca, aku happy sangat walaupun sedikit..ok ler tuuu..
Setiap blogger mahukan pagerank yang baik termasuk aku..tapi cara itu mestilah betul..

Entri tengah marah ini...kekekekekeke

Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

5 comments:

cik asam jeruk said...

ala en hanif ni..ni power sgt..tak tercapai dik akalku..kui3.xyah nak mintak2 izin..orang dah memberi,kte merasa je ye dok..kui3. nnt buzz sy time bila nk check page view tu okies..excited nih :D

Hanif Idrus Blog said...

Ok...bende kalau nak approved dalam 2 hari kot...
Ok!!!

cik asam jeruk said...

encik hanif..sila tgk entry baru saya pasal ni..wehuuuuuuu!

Aku Si Pujangga said...

wah mcm best jek.. Cm mne ek?

Hanif Idrus Blog said...

baca entri dan follow ajer arahan yg diberi. Senang, tapi kita lihat dulu performance asam jeruk. Kalu mencanak naik, minimum mesti 500 pageview sehari, baru berbaloi. Then kita daftar alexa. Step by step buat blog ini. Tapi jangan lupa bw, basic blogger. Dan buat entri.

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers