ekor
Ini adalah entri penagajaran...
Siapa suka main nombor ekor...!!! Angkat tangan!!!
Aku tak main tapi aku bergaul dengan ramai orang main nombor ekor..hehehehe
Nombor ekor yang sah kat Malaysia ini ialah 4D Magnum, TOTO dan Kuda.
Kadang-kadang ada juga nombor ekor black.. Maksudnya secara haram dan pulangannya paling lumayan..

Kalau nak dikatakan kebanyakkan orang ramai pernah main nombor ekor.
Pertama kalau kena pulangannya memang cukup lumayan.
Aku tak berapa pasti sangat ..kalau tak salah kalau beli RM1 dan kena tempat pertama kau dapat RM2500!!!
Dan kalau kau beli RM100....Wau!!!!!Wau!!!Wau!!!

Aku bercerita pasal ini sebab hari Sabtu yang lalu aku lepak bersama rakan-rakan sekampung aku minum air kat kedai Kelantan.
Dah ramai-ramai so terbuka cerita member sorang ini kena spesial dapat ler RM180 dengan belian RM1.
Mereka yang lain tak kena, so benggang sangat ler tu.
Lepas lepak kami pergi rumah sorang kawan ini.,  ramai-ramai buka nombor yang dia beli...
Dan aku memerhati sajer sambil layan Galaxy Note aku ....

Kemudian masing-masing mengeluarkan formula yang tertulis nombor-nombor. Dalam formula tu terdapat nombor berkolum.
Aku tanya ape benda.
Dia orang kata ini adalah formula kod bar yang dipakai oleh syarikat perjudian.
Melalui kad nombor yang dibeli mereka akan bandingkan kod bar di kad nombor dengan formula mereka.
Maka kemungkinan nak terkena nombor amat besar sekali..
Aku anggukkan kepala....

Tetiba dia orang tanya aku ..
"Nip, kau ada simpan mana-mana buntat tak atau kau ada koleksi duit RM10 dengan ejaan SA-Puluh" tanya kawan aku ni.
Aku jawab" Mana ler ada"
Dan aku terus bertanya "Kenapa"
"Aku kenal satu bomoh ini, kalau kau ada benda-benda ni, konpem kau masyuk punya!! kata kawan aku lagi.
Aku jawab "Nanti aku carikan" untuk mematikan cerita karut tu.
Malam tu perbualan kami semua pasal nombor ekor ajer...

Satu ketika aku bertanya satu soalan cepu mas " Bila kali terakhir kau orang beli nombor, kau orang kena"
Suasana senyap seketika, alamak!! Aku dah tersilap tanya....
Member aku kata " Dah lama tak kena ler Nip"

Nasib baik dia orang tak merajuk. Aku punya stail berkawan ini, kau nak buat apa kau buat ler. Kadang-kadang manusia ini bukan boleh ditegur terutama perkara-perkara macam ini.
Layan ajer....Itu stail aku. Janji kau jangan babitkan aku.
Rakan sekampung aku memang cukup paham perangai aku ni...hehehehhehe ( kawan sekampung katakan).
Kita ambil pengalaman dan iktibar sahaja..

Moral cerita aku ini ialah berjudi ini dalam realiti sebenarnya memang cukup ramai orang Melayu yang berjudi!!
Dan moral cerita ini,  kalau berjudi kau tak kaya mana pun.
Kalau kau kena RM2500 hari ini , tapi kau dah buang duit kau sebelum dapat RM2500 mungkin dah terlebih kot.
Kalau aku nak cerita halal haram...rasanya semua orang Islam dah fahamkan..judi adalah haram...

Tapi setiap manusia diberikan akal fikiran untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Dan kita sebagai manusia jika boleh nasihat, kita nasihatkan.
Dan aku pegang pada satu prinsip, jangan berburuk sangka pada mereka yang berjudi ini dan kau anggap kau tak berjudi kau yang terbaik.
Mana tahu datang hidayah dia satu hari nanti..dialah sebaik-baik manusia...
Allah kalau nak berikan hidayah pada seseorang anytime...

Sekarang ni dia mungkin tak nampak tapi bila duit asik habis ke pusat judi..aku yakin kawan-kawan aku akan berubah...
Insyallah...

Susah betul kalau 90% kawan -kawan sekampung kau ini perangai pelik-pelik...
Nasib baik aku belajar jauh..kalau tak emmm ..sangkut jugak...
Persekitaran dah macam tu....
Nanti aku cerita lagi pasal snooker lak...hehehhehe
Tapi orang yang perangai pelik ...rempit....ini ler..kalau kita susah..cepat tangan membantu....
Designed By: Hanif Idrus | Templatelib