70 ekor cacing tanah dikahwinkan - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

70 ekor cacing tanah dikahwinkan

Sejumlah 70 cacing tanah dikahwinkan pada majlis perkahwinan besar-besaran di selatan Taiwan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar dan masalah hakisan tanah, kata pihak penganjur semalam.
Semua cacing tanah itu tiba di Taman Takang di bandar Tainan kelmarin.
Persatuan Pembangunan Komuniti Takang yang menganjurkan perkahwinan tersebut menyatakan, haiwan itu tiba dengan menaiki sebuah kereta yang dihias kain merah untuk disatukan dengan tanah-tanih di taman berkenaan.
"Upacara perkahwinan ini dilakukan menurut budaya tradisional Taiwan," kata ketua kumpulan persatuan itu, Huang Sen-nan.
"Kami mahu meningkatkan kesedaran orang awam berhubung keperluan untuk melindungi tanah tempat kita tinggal," katanya.
Hakisan tanah yang menyebabkan tanah runtuh apabila ribut taufan melanda merupakan antara masalah alam sekitar utama di Taiwan.
Kehadiran cacing tanah itu dapat membantu menghalang hakisan dengan meningkatkan struktur dan aliran air dalam tanah.

6 comments:

Mira Adzlia said...

cacing pun dikawenkn..huhu

Mr. Firdaus Windey said...

fuhh dorang punya kesedaran tu..

Masz Sidek said...

mcm je upacara yg diorang buat...hmmm...

Remy hazza said...

dieorg naik pelamin ke tak ????

Irwan Syah@ Wak said...

semoga bahagia ke anak cucu...hahaha

Syamil Ramli said...

mengarut dah manusia sekarang ni
Terjah sini juga==>> Boleh Pregnant Ke?