Header Ads

Akhirnya Shahidan Tumpas...

Baguslah berlaku perubahan dalam kepimpinan KOM. Sebelum ramai olahraga komplen pasal Shahidan ini tapi di abuat dek ajer. Aku dari dulu lagi memang tak suka Shahidan masa dia jadi Menteri Besar Perlis.. perangai dia sebikik macam Khir Toyo.. Akhirnya ia tumpas juga, aku selalu ingatkan diri aku dalam kepimpinan ni mesti ada perbincangan. Kalau semua keputusan kau nak buat, ini lah jadinya. Tak selalu kita berada diatas!!!

 KEPIMPINAN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) kini berwajah baharu. Pada pemilihan pucuk pimpinan KOM penggal 2012/2014 sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk sukan olahraga negara itu semalam menyaksikan Datuk Seri Shahidan Kassim gagal dalam usahanya mempertahankan jawatan selaku Presiden, jawatan yang telah disandangnya sejak 2006.

Beliau tewas di tangan pencabar iaitu Presiden Persatuan Olahraga Amatur Negeri Sembilan, Datuk Zainal Abidin Ahmad. Zainal membuktikan bahawa beliau lebih layak bergelar pemimpin No. 1 KOM selepas mendapat undian tertinggi iaitu 23 undi berbanding Shahidan yang memperoleh 21 undi. Bagaimanapun, bagi Shahidan, beliau akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh ahli-ahli majlis yang memilih ’orang baharu’ bagi menerajui KOM. “Keputusan telah dibuat dan saya terimanya dengan hati yang terbuka. Selama enam tahun bergelar Presiden KOM, saya berasa saya telah melakukan yang terbaik. “Lagipun, perubahan telah dibuat sebelum ini dan hanya menunggu keputusan sahaja. Saya harap kepimpinan baharu ini dapat mengurangkan polemik-polemik yang sering melanda KOM sebelum ini. “Selain itu, saya juga harap sasaran bagi memenangi sembilan pingat emas pada Sukan SEA 2013 di Myanmar dapat dicapai dengan adanya pemimpin-pemimpin baharu ini,” kata Shahidan yang bergegas pulang sejurus mendapat tahu beliau tewas dalam perebutan jawatan Presiden KOM.

Pada awalnya, persaingan merebut jawatan Presiden KOM membabitkan persaingan tiga penjuru termasuk Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Danyal Balagopal Abdullah. Bagaimanapun, Danyal telah menarik diri selepas mendakwa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KOM kali ini tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan baharu yang telah ditetapkan badan induk itu. Situasi itu sekali gus menyaksikan pertandingan satu lawan satu membabitkan Shahidan dan Zainal.

Sementara itu, skrip yang sama turut menghiasi perebutan bagi jawatan Timbalan Presiden apabila penyandang jawatan, Datuk Karim Ibrahim tewas di tangan pencabarnya iaitu Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh. Karim yang didakwa sebagai punca terhadap segala masalah yang menghantui KOM sebelum ini sekadar mendapat 19 undi berbanding Wan Hisham dengan 25 undi. Keputusan itu sekali gus menyaksikan berakhirlah dominasi Karim selaku pemimpin No. 2 KOM sejak menyandangnya pada 2008.

Terdahulu, Setiausaha Persatuan Olahraga Amatur Selangor, K. Yogeswaran telah menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden KOM. Dalam pada itu, Naib Presiden KOM, Datuk Mumtaz Jaafar berjaya mengekalkan jawatannya itu selepas mendapat 24 undi bagi perebutan satu slot wanita menewaskan pencabarnya iaitu Setiausaha Persatuan Olahraga Amatur Terengganu, Rajemah Sheikh Ahmad dengan 21 undi. Selain Mumtaz, Datuk R. Annamalai turut berjaya mengekalkan jawatan selaku Naib Presiden bersama-sama Presiden Persatuan Olahraga Amatur Sabah, Datuk Paiman Abdul Karim dan Yogeswaran. Seramai 43 ahli iaitu tiga wakil daripada 15 ahli gabungan KOM hadir mengundi pada AGM kali ini yang berlangsung di Dewan Komanwel Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam

4 comments

Syamil Ramli said...

dah lame sgt berkuasa...takde pape perubahan sgt pon..
Tengok sini ==>> Sinetron yang Menjengkelkan

Che Rosliza Che mat said...

eloklah tue...dah tumbang kikiki...biar orang lain pulak...

Remy hazza said...

angin perubahan melanda... moga lepas nie semakin mantap....

Remy hazza said...

angin perubahan melanda... moga lepas nie semakin mantap....