Belanjawan 2013: Harga Gula Naik - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Belanjawan 2013: Harga Gula Naik

belanjawan 2013
Sekarang semua sibuk bercerita tentang Belanjawan 2013. Yang naik hari ini ialah harga gula....huhuhu.
Rokok aku baca tak naik lak....hahahahha

Subsidi gula dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram bermula esok. Perdana Menteri berkata pengurangan subsidi itu telah mendapat sokongan daripada
persatuan pengguna dan pengamal kesihatan.
"Bagaimanapun kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen satu kilogram yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta," katanya.       

Perdana Menteri berkata keputusan itu turut mengambil kira jumlah 2.6 juta rakyat Malaysia yang menghidap diabetis ketika ini.

Berdasarkan rekod, gula sebagai barangan kawalan telah mengalami kenaikan harga sebanyak empat kali sejak 1 Jan 2010 iaitu sebanyak RM0.20 sekilogram, RM0.25 sekilogram (18 Julai 2010), RM0.20 sekilogram (4 Dis 2010) dan kali terakhir pada 10 Mei 2011 (RM0.20 sekilogram) menjadikan harga runcit RM2.30 sekilogram sehingga kini.

Kenaikan itu adalah disebabkan faktor-faktor di luar kawalan kerajaan seperti perubahan cuaca, bencana alam di negara pengeluar komoditi serta harga pasaran dunia memberi kesan secara langsung kepada perubahan sesuatu harga barang.

Najib berkata di sebalik pengurangan subsidi itu, kerajaan berharap peniaga tidak membebankan masyarakat keseluruhan dengan menaikkan harga barangan sebaliknya mengurangkan kandungan gula di dalam produk yang diniagakan

Entri berkaitan: Intipati Belanjawan Malaysia 2013

13 comments:

Jue Jaynee said...

minat dgn BR1M(untuk org bujang)

baby comel said...

kurangkan gula dlm makanan, tambahkan manis dalam senyuman =) salah satu langkah jgk utk elak penyakit diabetis & obesiti yg semakin melanda masyarakat kini..

Niza Romli said...

Mujur la kat rumah ni tak guna gula sgt tp kesian la kt org yg berniaga.

Cikgu Ma said...

nak bonus org bujang jerr...tunggu posting tak posting jugak,...katanya nak umum semalam jugak, tp langsung tak sentuh

Sue PeLik said...

huhuhuhu kami guna susu! tak guna gula. ewah! hahaha berapa harga susu erk? lupa lak huhuhu

wantie said...

lepas ni tengok le, kerana gula nek semua barang naik.

tak hairanlah. sebab on the way nak balik kampung dulu ni penuh dengan tanaman tebu. tapi sekarang dorang dah tukar tanam pisang le,, tanam kelapa sawit le , tanam getah le.

inilah kesan yang kita kena terima di atas peralihan .

Remy hazza said...

tak byk berita yg menggembirakan..... yg keje swasta mcm remy nie.... redha aje la....

Nor Salmi said...

Inilah masanya utk kita kurangkan gula dlm masakan.. Alhamdulillah, sekilo gula di rumah ibu bertahan utk beberapa bulan cuma berharap harga barangan lain tak naik..

miz ruha said...

gula naik?? nampak sangat tak dengar habis bajet semalam..
tapi tak dengar part tu.. dengar part lain.. :)
dengar sekerat je...

Cendol said...

gula gula gula.ape lg nak naik?ayuh naik naik.sonoknye lah sgt -_-

Novelgurl said...

mmg la naik..dh bajet lari kt benda y x perlu.huhu

jayjayz Mint said...

Ada bagusnya juga kan harga gula naik... Amalkan amalan hidup yang sihat... ^^

Che Rosliza Che mat said...

setiap tahun gula pasti naik...