Belanjawan 2013 Tiada Impak Pada Pekerja Swasta - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Belanjawan 2013 Tiada Impak Pada Pekerja Swasta

Salam Satu Blogger. Hari ini sudah tentu isu panas yang melanda di Malaysia pada hari ini selain Drama Adam Dan Hawa ialah Belanjawan Malaysia 2013. Melalui pembacaan dan pengetahuan saya secar amnya sekali saya saya huraikan Belanjawan 2013 kali ini kakitangan kerajaan, petani dan pelancongan mendapat impak yang amat baik.

Dan sekali lagi pekerja industri tersisih, itu pendapat aku. Pertama ialah kami menghadapi kenaikan harga gula.Kerana subsidi gula sebanyak RM0.20 dipotong, kita nantikan sahaja kenaikan harga makanan tidak lama lagi. Dan apakah langkah belanjawan 20013 dalam mengurangkan beban kenaikan harga makanan nanti. Aku malas nak berbicara tentang ini , yang pasti kita lihat sahaja beban itu tak lama lagi.

Kedua ialah rumah harga mampu milik. Inilah harapan aku yang sebenarnya. Tetapi berapakah nilai harga rumah mampu milik? Daripada jumlah sebanyak 123,000 berapakah yang benar-benar mampu dimiliki oleh golongan kelas menengah seperti kami ini.
Ini rancangannya:
50,000 unit rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara dengan harga jualan antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit,
30,000 unit rumah secara usaha sama dengan pemaju perumahan swasta.
1,855 unit apartment kos sederhana dengan keluasan 850 kaki persegi di Shah Alam dan Sungai Buloh yang akan dijual pada harga sekitar RM120,00 hingga 220,000 seunit
21,000 unit rumah untuk tahun 2013 yang berharga RM65,000 dengan subsidi sebanyak RM20,000

Pendapatan kelas menengah dalam lingkungan RM1500 - RM2500 sahaja, kes paling teruk pun ialah nak bayar 10% deposit melalui KWSP pun tak lepas..hehehehehe. 21,000 unit berharga RM65,000.....cukupkah jumlah itu dan bagaimana sistem untuk memastikan penelusan dalam pengagihan rumah ini?

Ketiga ialah harapan harga kereta Nasional yang lebih murah kepada rakyat Malaysia nampaknya langsung tidak dibicarakan disini. Harga bulanan bayaran kereta RM400 -RM500 paling murah sudah cukup membebankan rakyat. Kalau kami beli rumah apa yang tinggal untuk tabungan dan perbelanjaan harian.

Di zaman ini kereta merupakan salah satu barangan keperluan untuk kami yang bekerja di bandar ( kelas menengah) dan apatah lagi jika kami sudah berkeluarga. Kami tidak mampu nak beli Honda Jazz atau Toyota Vios.

Walau bagaimanapun kami mengucapkan terima kasih atas tindakan jangka pendek dalam belanajwan kali ini meneruskan BR1M diteruskan dengan memberi RM500 kepada kami dan RM250 kepada orang bujang.
Manakala bantuan baucer pendidikan dinaikkan RM250 serta pelajar sekolah kekal mendapat RM100.

Jika dikatakan belanjawan ini membantu sokongan kepda kerajaan kerana PRU13 saya menafikan sekeras-kerasnya kerana rakyat Malaysia sekrang ini pandai berfikir dan tahu menentukan hala tuju politik mereka. Saya ingin ingatkan sekali lagi, bantulah rakyat golongan kelas menengah yang bergaji RM900 - RM2000 ini.

Mereka tidak terletak dikalangan miskin mahu pun kaya.
Kalau yang miskin boleh mendapat bantuan kebajikan, rumah mesra rakyat, rumah PPRT tapi mereka ini tidak layak. Mana mereka mahu pergi.

Lagi menambahkan sengsara mereka yang tinggal dibandar-bandar besar. Kedudukan mereka yang harus diutamakan dahulu. Dan inilah golongan yang harus diamati dengan sehalus-halusnya. Bukannnya seperti menafsirkan rumah mampu milik berharga RM100, 000 ke atas..hehehehhe.

Apa salahnya perluaskan Rumah Awam mampu milik untuk golongan sedemikian. Saya pula secara terus terang tidak mendapat manfaat yang dari belanjawan ini , apatah lagi BR1M.

Tetapi perjuangan belanjawan 2013 saya kecewa, tapi saya melihat belanjawan kali ini kerajaan membuka ruang kelonggaran untuk pelabur asing melabur dinegara ini. Tambahan peluang pekerjaan mungkin akan bertambah.

Bukan saya kata Belanjawan 2013 ini tidak baik tapi untuk segelintir kami kelas menengah dan pekerja swasta yang bekerja mungkin tiada apa-apa memberi impak jangka panjang.
Terima kasih PM.

21 comments:

perantau said...

kebanyakan memberi impak dalam jangka masa pendek. Walauapepun tetap bersyukur. Wallahualam

teratai said...

Betul tu Hanif, golongan yg bekerja sendiri atau swasta mmg x mendpt manfaat drpd bajet 2013 ni. Mmg kita yg tergolong dlm kumpulan sederhana ni spt 'dilupakan' dlm bajet 2013 ni...harga rumah makin naik, nak beli rumah mampu milik pun tak dpt sbb x termasuk dlm kategori itu.

Tp kak bernasib baik sbb kak bekerja gomen..so merasalah sedikit bonus tu...:)

Apa-apapun pasti ada rezeki yg Allah sediakan utk makhluknya yg berusaha...so jangan sedih ya Hanif!Be happy...

baby comel said...

saya pun pekerja swasta & saya takut jgk akan dpt impak yg negatif. rumah dah tentu la belum mampu lg.. kalau abg hanif nak tau, rumah dekat area Manjung lebih mahal dari bandaraya Ipoh tau. jadi org macam kami ni memang gigit bibir jela kalau nak cerita pasal rumah..
dan yg pasti lepas ni harga barangan akan naik kalau x pun sedikit (yelah, penjawat awam dpt bonus lg sebulan gaji kan)

cikeyrah said...

semuanya utk yang kerja kerajaan..huhu yang kerja swasta nie mcm tak ade ape jek .. tapi sibuk suruh sokong _N . .tettttt hehehhehe

Remy hazza said...

setuju ngan bro hanif.... remy mcm bro jugak...... takda apa2 perubahan... pekerja swasta sentiasa terpinggir.....hu3....tapi terpaksa menanggung kesan kenaikan jugak....

Nor Zilla Sensei said...

betul tu..sy pun xdpat pape benefit melainkan bantuan utk org bujang tu je.kikiki

nizarazu said...

suka dengan ayat ni.. Kami tidak mampu nak beli Honda Jazz atau Toyota Vios..

benar, apetah lagi wish ataupun innova :(

Leeza dayasari [santai leeza] said...

ouch.. tak ada impak kpd pekerja swasta erk.

Haryati Faizal said...

bagus betul ulasan bajet 2013 tu, sbb smlm tak dan nak baca paper...hihi, amik tau tang bonus tuk gomen je....

LiNda said...

linda pun sedih, sebab linda bukan kerja under gov. sepaptotnye semua pkerja dpt rewards, bukn pekerja gov je. Erm...bile la harga kereta proton nk turun kan.

yayahnasake said...

ha ha ha... thank you

abg Hanif sy tak dapatlah baucer RM250 tahun dpn kerana sy dh tamat sekolah. Insyaallah.. ada rezeki saya akan masuk U pada bulan 9 jadi sy tak dapat baucer RM250 itu. Tapi kalo kad siswa 1M akn dtg2 ptlah kut. huhuhuhu.... sy dh dpt tahun ini punya baucer RM200 :)

nawza said...

Yang lain tu semua ok la..tp penarikan subsidi gula sebnyak 20 sen akan bagi kesan kat harga khususnya makanan dan minuman..x der pemantauan takut golongn tertentu naikkan harga melambung tinggi!

Intan Norhaida said...

X MENGIKUTI THE WHOLE BUDGET 2013 NYER PEMBENTngN.... sempt dgr yg last2 je... esp bab bonus another 1 year tuh... hehhe..

ramai kwn2 berpendapat budget ni x menyeluruh... x semua dpt benefit...

Nor Salmi said...

Mcm dh terasa yg harga barangan akan naik tak lama lagi. Diharapkan selepas ni pihak berwajib lebih prihatin soal ini dan jgn hangat2 tahi ayam je. Pemantauan perlu dilakukan dr semasa ke semasa, bukan bermusim.
Namun, dlm kebimbangan tetap bersyukur kerana rebat cukai utk anak2 yg menuntut di ipt telah dinaikkan.

Rashid said...

ermmm .. camana ek? Tentu ada rezeki. Tak yah harap sangat kat kerajaan ..

Sue PeLik said...

hanya satu perkataan boleh diucapkan. betul!

kaishin said...

bagi aku tak kisah lah apa bajet yg diorang buat cuma satu jer yg aku minta..pelaksanaan bajet tu mesti betul2 telus jgn sampai tiris ditengah jalan, golongan sasar dapat ciput jer..

boni kacak said...

itu da pasti... gula adalah keperluan asas dalam makanan.. lepas ni harga makanan turut akan naik.. mungkin golongan atasan takkan merasa kesan daripada kenaikan ni. yelah, rm0.20 je. tapi bagi golongan pertengahan, rm0.10 sen tu pun ibarat rm10....

Syamil Ramli said...

ada byk pro dan kontra dlm bajet ni.target byk pd golongan muda.bab rumah, masih kelihatan mcm tak mampu milik je..
Tengok sini ==>> Hak Eksklusif Seorang Perokok

Che Rosliza Che mat said...

Pasti barang naik lagi huhuhu...pelik..setiap tahun mesti harga barang naik...

John labu said...

Betul pe ya abg tulis sy sokong 100%, makin lama dia org memerintah makin susah kita yg idup di golongan pertengahan. Pendapatan kakitangan kerajan dia org pantau tpi pendapatan kakitangan swasta dia org tak amek tau pn. Dia tak pk kakitangan swasta lah yg bnyk membantu menaikkan pendapatan negara.