Kaki Wayang : Bait - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kaki Wayang : Bait

hanifidrus
Hari ini nak cerita tentang filem ajer.
Kali ini filem bertajuk Bait iaitu berkisar di sebuah kawasan pantai Australia yang telah diancam oleh tsunami. Diingatkan ianya 18SX !!!
Jalan cerita ini berlaku di sebuah pasar raya yang telah ditenggelami oleh air setelah tsunami melanda.
Ceritanya simple sangat dimana terdapat 2 kejadian iaitu satu peristiwa di dalam komplek membeli belah yang telah ditenggelami air dan satu lagi di kawasan parking kereta yang juga telah ditenggelami air.
Semasa tsunami melanda ia telah membawa ikan jerung ke kedua-dua kawasan ini.
Dan bermulalah cerita bagaimana mereka hendak menyelamatkan diri mereka.
Ada juga selit kisah cinta terkenang kembali...hehehehhehe.

Ranking aku boleh berikan ialah 4/5 atas dasar kesuspenannya, cerita ini kalau kau bawa girlfriend kau memang best apatah lagi kalau bawa tengok 3D, memang menakjubkan. Memang suspen giler cerita ini kerana tiba-tiba ajer jerung tu lompat, serang dan makan mangsa tanpa beritahu...hahahahaha.

Paling serau ialah adegan manager pasar raya tu kena ngap dengan jerung masa nak panjat salur aircond tu. Dia terperanjat beruk masa nak masuk ke dalam salur aircond terdapat banyak anak ketam yang tetiba meluru keluar. Aku sebagai lelaki macho dan hensem pun terjerit nyaring masa adegan tersebut..kekekekeke.

Adegan di kawasan parking yang paling best aku rasa ialah hero tembak ikan jerung tu di dalam air!! Memang nampak macam best ajer suasana tu..

Sepanjang menonton filem ini kau terasa bosan, cuma mula-mula start cerita tu kau agak bosan ler sebab hero tengah frust sebab girlfriend dia lari dan kawan baikknya mati kena makan jerung. Selepas tsunami baru best...
Sesekali apa salahnya menonton filem bukan futuristik seperti Dredd atau Residen Evil. Bosan juga kalau menonton filem futuristik in iselalu sebab aksinya selalu yang sama dan kadangkala aku lihat pengarah dah habis idea apa nak buat...hehehehhee.
Tontonlah filem sebegini kerana ianya lebih suspen....
Jom ke Panggung..!!!

14 comments:

Masz Sidek said...

kalau cerita mcm ni memang tak suka tengok... tak suka bahagian yg terkejut2 tu...

Haryati Faizal said...

alamak confirm movie ni byk babak2 yg mengejutkan...

Remy hazza said...

remy dah tgk semalam...... ok cuma time part tsunami tu... nampak sangat CGI dia tak kemas.....

Raimi Syazwan ♌¹³ said...

Salam & Sorry, ni info yg lari tajuk entri
Tag bro Hanif
Jom join: Segmen saya nak hadiah misteri dari si pipi merah
Good Luck
|♌¹³|Raimi Syazwan

Nurlyla said...

huhu, mcm best je.. tpi seram woo..

boni kacak said...

wah.. macam best je ni.. lagipun, perjalanan cerita lain daripada lain. kalau tak sebelum ni, hanya disajikan dengan cerita serangan jerung kat laut je, tapi yang ni berlaku semasa tsunami.. thumbs up!

Teacher Basariah said...

tak boleh tgk lagi cerita terkejut2 ni..kang terbersalin plak..huhu

Irwan Syah@ Wak said...

dah dwload...dah tgk....ok ler....

Raimi Syazwan ♌¹³ said...

Tgh download..
Blh layan hari minggu ni

hainom OKje said...

macam best je....teringin pulak nak tengok!

Michelle Hopell said...

I loikeee !
I like English movie,bestt. =)

yg suspen2 aku paling suka ehee~

Naziman Blogger Malaysia said...

Tak pernah lagi tengok cerita ni. Kalau cerita begini tak berapa minat tengok. Suka lagi cerita perang-perang. hoho

Rahadi Eko said...

sepertinya seruuu :D

Che Rosliza Che mat said...

nanti nak suruh hubby download hihihi...bolehlah layan nanti...