Mengundi sedang berlangsung - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Mengundi sedang berlangsung

Disebabkan ramai rakan blogger aku ini ramai  mahasiswa/mahasiswi so aku kena ambil tahu juga tentang perkembangan disana. Hari ini hari mengundi dan aku harap mereka memilih calun dengan sebaik-baiknya.
Jangan tak mengundi kerana ini hak anda!!! Hanya ini sahaja hak anda yang tinggal dalam memperjuangkan hak sebagai pelajar.
Juga praktis untuk PRU13 sekali...hihihihhiih

Pilihan raya kampus tiba di kemuncuk hari ini dengan 15 pusat pengajian tinggi melangsungkan proses pengundian - keputusan yang akan diketahui malam ini, dilihat bakal menggambarkan senario sokongan golongan muda khususnya komuniti pelajar pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Prose pengundian akan berakhir jam 5 petang ini.

Kempen pilihan raya kali ini, yang menyaksikan penggunaan laman sosial Facebook di beberapa universiti, berakhir malam tadi.

Keputusan lima universiti sudah diketahui hujung minggu lalu. Penguasaan memihak kepada kumpulan Pro-Aspirasi, tetapi Pro-Mahasiswa yakin 'bangun' kembali.

Pro-Aspirasi sebelum ini memberitahu Sinar Harian Online bahawa pihaknya akan mengulangi kejayaan Khamis lalu pada hari ini.

Hari ini, sebanyak 15 universiti menyaksikan persaingan sengit antara kumpulan Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa khususnya di pusat pengajian tinggi yang sudah lama wujud iaitu Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Protes mengenai status lima calon berterusan di UM.

Sementara itu, jurucakap Gabungan Mahasiswa Universiti Putera Malaysia (UPM), Ahmad Mesiry Abd Hakim Amir, calon di UPM yang bertanding atas tiket individu dan Pro-Aspirasi menggunakan laman Facebook sepenuhnya untuk berkempen.

“Kami diberi kebenaran untuk berkempen menerusi laman sosial seperti Facebook dan ia sangat rancak serta mendapat sambutan sejak dijalankan.

“Calon memanfaatkan sepenuhnya kesempatan yang diberi malah ia kelihatan lebih berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada mahasiswa,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Sementara itu, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), jurucakap Pro-Mahasiswa, Mohd Saiful Mohd Amin berkata, mereka menggunakan klip video untuk berkempen selain menjadikan laman Facebook sebagai medium promosi.

"Setakat ini laman Facebook kami menerima banyak maklum balas dan cara ini kelihatan lebih berjaya berbanding promosi dengan turun padang.

"Maklumat dapat sampai lebih cepat dan efektif kepada mahasiswa," katanya.

UKM melarang penggunaan media elektronik bagi menjalankan kempen pilihan raya kampus.

"Kami turun ke dewan kuliah pada hari ini (semalam) dengan membawa manifesto masing-masing yang memfokuskan kepada perjuangan yang Pro-Mahasiswa bawa," kata Jurucakap Pro-Mahasiswa di UKM, Ahmad Afif Zulkipli.

Beliau yakin Pro-Mahasiswa akan terus menguasai 'Kabinet' UKM sama seperti sesi sebelum ini.
Lima universiti yang keputusan sudah diketahui ialah Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Teknikal Malaysia dan Universiti Tun Hussein Malaysia.

Pemilihan kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian juga sudah diumumkan.
Hari ini, pengundian berlangsung di UIAM, UKM, UM, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPM, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, kampus induk USM, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Utara Malaysia.

9 comments:

yayahnasake said...

pon...pon... tumpang lalu sini :)

Aiisyah Colourful said...

baru undi kat uia tadi...

miz ruha said...

selamat mengundi wahai student semua..

amalina husna said...

tempat husna pon baru berlalu..keputusan xtaw lar dah umum belom..

shaiful zaidi said...

teringat masa kat U dulu...mmg meriahlah time pilhanraya kampus ni...dgn posternya dsb...

teratai said...

Ohh patutlah nampak banyak poster bergantungan kat asrama putera UIAM tadi, rupa2nya ada pilihan raya.

Bila agaknya PRU 13 ya?? Tertunggu2 ni...

boni kacak said...

wah..macam best je.. ak dulu tak pernah merasa pilihanraya kat tempat belajar.. kalau ada, pasti meriah tu

Remy hazza said...

mendengar suara nak muda......
dari situ boleh kerajaan membuat pernilaian....

Che Rosliza Che mat said...

cr tak pernah mengundi huhuhu....