Header Ads

Olympus Corporation Rugi

Bekas Presiden Olympus Corporation, Tsuyoshi Kikukawa (gambar) mengaku bersalah semalam kerana menyembunyikan kerugian besar syarikat pembuat kamera dan peralatan kesihatan Jepun itu.
Syarikat tersebut mengalami kerugian pelaburan sebanyak AS$1.5 bilion (RM4.58 bilion) sejak tahun 1990-an.
Skandal tersebut didedahkan pada tahun lalu apabila Ketua Pegawai Eksekutif Olympus di Britain, Michael Woodford mempersoalkan tentang bayaran bagi mendapatkan nasihat kewangan dan pemerolehan yang diragui.
Woodford kemudian dipecat.
Tiga eksekutif Olympus lain juga mengaku bersalah semalam.
Mereka boleh dikenakan hukuman 10 tahun penjara, denda AS$128,000 (RM391,002) atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, Olympus boleh didenda sehingga AS$9 juta (RM27.49 juta)