Parlimen Australia tolak perkahwinan sejenis

Parlimen Australia semalam mengundi sebulat suara menolak perkahwinan gay, selepas beberapa hari berlangsungnya perdebatan hangat yang menyaksikan seorang senator meletak jawatan selepas mengaitkan kesatuan seks sejenis dengan sifat kebinatangan. Dewan Rakyat membatalkan rang undang-undang bagi menghalalkan perkahwinan pasangan sejenis apabila memperoleh 98 undi menentang dan 42 undi menyokong. Perdana Menteri, Julia Gillard dan pemimpin pembangkang konservatif, Tony Abbott kedua-duanya mengundi untuk menentang rang undang-undang terbabit. Gillard telah membenarkan kesemua ahli Parlimen Parti Buruh mengundi mengikut suara hati terhadap isu itu dan bukan berdasarkan kepada polisi parti. Anggota utama Parlimen Parti Buruh, Anthony Albanese yang mengundi untuk pembaharuan berkata, walaupun rang undang-undang itu gagal, namun angka undian menggalakkan. "Angka itu menunjukkan bahawa terdapat sokongan majoriti masyarakat mengenai isu ini. Saya fikir pada masa akan datang, Parlimen akan seiring dengan pendapat komuniti," kata Albanese

9 comments

ape daaa..bende yg salah terang2 pon nk debat boleh ke tak..

Terjah sini ==>> Khas Untuk Bakal Pengantin Sahaja

benda yg salah pun nk berdebat..

memang elok pun dilarang sebulat suara...

suka atau tidak ia tetap satu isu yang terang2 perlu ditolak....

yang tak patut pun nak di debatkan juga.....