Pengarah Innocence of Muslims Tiada Ikat Jamin - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Pengarah Innocence of Muslims Tiada Ikat Jamin

Seorang lelaki yang dipercayai penerbit dan pengarah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims, Nakoula Basseley Nakoula ditahan tanpa dibenarkan diikat jamin kelmarin.
Nakoula, 55, yang berketurunan Mesir dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini selepas ditangkap kerana melanggar syarat-syarat pembebasannya.
Dia dihukum penjara 21 bulan dan dibebaskan pada Jun 2011 setelah didapati bersalah menipu bank pada 2010.
Pendakwa raya Robert Dugdale berkata, Nakoula dituduh melakukan lapan kesalahan termasuk membuat kenyataan palsu kepada para pegawai perunding cara dan menggunakan tiga nama berlainan.
Hakim Suzanne Segal memutuskan Nakoula ditahan tanpa dibenarkan diikat jamin kerana bimbang dia akan melarikan diri selain dianggap berbahaya kepada masyarakat.
Dia ditahan di Pusat Tahanan Metropolitan di sini dan mungkin dipenjarakan selama dua tahun jika dia didapati bersalah melanggar syarat-syarat pembebasannya.
Nakoula yang merupakan penganut Kristian Koptik bersembunyi sejak dua minggu lalu selepas peranannya dalam pembikinan filem tersebut dibongkar.
Penduduk Islam di serata dunia menyertai tunjuk perasaan bagi membantah penyiaran filem itu selepas ia disebarkan di laman YouTube baru-baru ini.
Pada Rabu lalu, seorang pelakon filem itu, Cindy Lee Garcia memfailkan saman di sebuah mahkamah persekutuan di Santa Clarita, California terhadap pembikin filem berkenaan dan syarikat Google Inc. yang memiliki laman YouTube.
Dia menuntut sejumlah ganti rugi dengan mengemukakan dakwaan perlanggaran hak cipta dan diperdaya supaya berlakon dalam filem tersebut.

2 comments:

Remy hazza said...

patutnya terus tembak jer...kurang ajar sangat!

Che Rosliza Che mat said...

hukum bunuh jer....