Header Ads

RAJA Bola, Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia

RAJA Bola, Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur semalam akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di institut itu. Allahyarham, 77, menjalani pembedahan itu pada Selasa lalu dan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.34 pagi semalam. Ia disahkan oleh adik iparnya, Datuk Nik Kamaruddin Ismail semalam. Nik Kamaruddin berkata, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di masjid Kampung Baru di ibu negara dan dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya. Allahyarham Abdul Ghani meninggalkan isteri, Puan Sri Tengku Aishah Tengku Ibrahim dan empat anak, dua lelaki dan dua wanita. Ketika zaman kegemilangannya di sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an, Allahyarham yang bermain sebagai penyerang tengah, merupakan pemain yang licik dan lincah dan sering menggerunkan pihak lawan. Walaupun dilahirkan di Rantau, Negeri Sembilan pada 1935, Allahyarham banyak menyumbangkan tenaga sebagai pemain dan jurulatih bersama pasukan Selangor. Pada 1959, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menganugerahkan gelaran Raja Bola kepada Allahyarham sebagai menghargai sumbangannya kepada negeri itu. Allahyarham pernah merangkul anugerah Pemain Terbaik kebangsaan pada tahun 1959 dan 1960 dan pernah melakukan keajaiban dengan menjaringkan 106 gol hanya dalam 15 perlawanan

9 comments

shaiful zaidi said...

All-Fatihah.

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Al-fatihah. Moga arwah ditempat dlm klgn org yg beriman. Aminnn

Cikgu Ma said...

al-fatihah...

ada gak tengok berita tadi

boni kacak said...

Al-Fatihah... perginya seorang permata..

Remy hazza said...

alFatihah utk arwah.......

Raimi Syazwan ♌¹³ said...

Al Fatihah.. Jasa beliau tetap dikenang.

baby comel said...

al-fatihah utk arwah.. takziah & semoga keluarga tabah menghadapi ujian ni.. Satu kehilangan besar utk dunia bolasepak Malaysia.

Novelgurl said...

Al=Fatihah..

Che Rosliza Che mat said...

Alfatihah...