Header Ads

Tabung 1 Malaysia

hanifidrus
Hari ini nak cerita tentang menabung.
Yes!!! Dapat Tabung 1 Malaysia...
Ini semua disebabkan aku menjadi setiausaha sulit MIC boss aku ler....kekekekekke
Thanks boss kasi tabung kat aku...

Sebenarnya menabung ini haruslah diamalkan sejak kecil lagi.
Kalau dah tua bangka baru nak menabung..memang tak menjadi..hihihihi.
Terutama kaum lelaki, memang sukar nak menabung termasuk diri aku ini.
Kalau ikut pengalaman aku sebagai lelaki , 80% memang tak menabung.
Terutama yang bujang-bujang ni..

Kalau tanya aku kenapa lelaki ini susah menabung...aku sendiri pun susah nak jawab.
Lelaki ini banyak sangat aktiviti dia..tu pendapat aku.
Aktiviti perabih duit ini memang terpampang luas..
Contohnya kalau hobi memancing...satu set pancing ajer dah beratus-ratus, belum lagi kalau kau dengan geng kau nak memancing kat lubuk-lubuk jauh.
Itu semua duit tu...
Malam minggu lepak kedai mamak makan-makan, pun satu hal juga, kat rumah dah makan.
Jumpa member makan lagi. Kalau yang merokok satu malam boleh habis satu kotak.
Kalau gila kereta, lagi macam hawau!!!
Memang perabih duit kau ..konpem.
Sport rim ajer dah beribu!!!hehehehe

Tapi kalau lelaki yang benar-benar menabung, memang cukup kedekut..hihihi.
Macam kawanaku ni, nak makan pun kawal. Satu hari belanja RM2 kat tempat kerja.
Lepas tu rambut potong sendiri..hehehehhe
Ini kisah benar!!!
Tapi kat ASB ada RM200,000 dan ada meniaga arnab lagi ...

Tapi untuk aku, dalam kehidupan di dunia ini haruslah setara..kalau kau ikat perut pasal nak disiplinkan menabung kau.
Apa erti kau hidup kat dunia ini..Tak der life..
Menabung pun penting dan kepuasan diri pun penting!!

Tapi kalau langsung tak menabung pun payah!!!
Kalau kau sakit ker atau kereta kau buat hal .. mana kau nak cekau duit!!!.
Marilah Menabung!!!




15 comments

Haryati Faizal said...

setuju sgt lah, sebab hubby yati pun camtu gak...klu dah berkenan brg yg dia suke beratus pun takpe...sanggup beli.

Raimi Syazwan ♌¹³ said...

Double thumbs up.. Amalan berjimat cermat dan menabung memang sangat positif. Tp, berbelanja RM2 sehari time kerja, itu sangat2 la sukar..
Hebat kawan bro Hanif tu..

MRie RNie said...

samalah kita. Tapi saya masih lagi dalam proses cuba untuk mendisplinkan diri untuk menabung. Tapi setiap kali menabung, confirm duit tu keluar semula. bukan pasal nak membazir. tapi setiap kali mula nak menyimpan. pasti akan ada jer benda/perkara yang memaksa kita menggunakan duit yang disimpan tu.

By the way..corak pemikiran orang yang rajin menabung dengan yang kurang rajin menabung ni berbeza bro. mungkin pada bro membelanjakan duit tu 1 kepuasan. tapi saya rasa kawan bro ni jenis yang fikir dan merancang demi masa depan. dalam erti kata lain. kawan bro ni jenis yang merancang untuk LONG TERM PLAN. Dan ianya bagus. mana tau kawan bro tu rancang nak kawen ke..beli rumah ke...beli kereta ke...nak menunaikan Haji dan Umrah ke.. who knows right? because everybody have their own future planned.

Macam saya kalau nak beli sesuatu. saya akan pertimbangkan sama ada berbaloi ataupun tidak. ataupun saya fikir banyak kali. betul ke aku nak beli benda ni then fikir dulu mana tau ada lagi benda/perkara lain yang lebih memerlukan duit yang disimpan tu. kadang2 tu berjam jam jugalah dok belek barang yang nak dibeli kerna sukar nak buat keputusan. ada masanya dah berjam jam belek barang tu. last2 cancel tak jadi beli. sebab time tu terfikir benda/perkara yang lebih memerlukan duit yang nak dibelanjakan.

boni kacak said...

sangat2 setuju.. menabung ni la penyelamat di kala kita terdesak..

Remy hazza said...

cantik tabung tu......
kalau ada lebih...leh kasi remy satu......

zareliqa afiqa said...

Waa.. dapat tabung free tu. err, pmpuan pun sama rasanya. mcm iqa pun liat sikit nak menabung. ade jek benda nak beli, huhu =.='

Hanif Idrus said...

Aku pun respect ngan member aku ini...
Ada simpanan yang banyak..cuma sakit hati kedekut dia tu...huhuh

Irwan Syah@ Wak said...

menabung mmg suatu yang positif.....
aku tgk fikir ni...camna kawan bro hanif tu rambut pun potong sendiri.... kenyang2....

Hanif Idrus said...

Ada masa aku amik gambau..kust masai ..hehehehe
Dah nasib aku ramai kawan2 pelik ni..huhu

Si Matatajam said...

M pun setuju..hidup ni Kalau tak simbang pun tak bahagia rasanya...mmg Bagus menabung ni...

Syamil Ramli said...

kadang aku nk sgt beli barang tu, tp sbb bende tu bkn keperluan so aku simpan dlm hati jer...tp kalo g ke jusco,aku lalu je la area bende tu..tgk pon jadik la..
Tengok sini ==>> Sinetron yang Menjengkelkan

Azlan Strider said...

betul tu..menabung laa walaupun sekecil mana tabung tu..hehehe

Regards,
-Strider-

mama_saly said...

menabung byk kebaikan.. jadi,mnabunglh utk masa depan dan saat2 mmerlukan...

pssst..cantik tabung mai satu..
hehe....
singgah n follow sini..
TQ yer hanif..

segmen sipipi merah..>_<

Nor Salmi said...

Setuju dgn Hanif.. Hidup biar seimbang.. menabung mmg bagus tapi jika hari2 ikat perut semata2 nak simpan duit takde gunanya juga..

Che Rosliza Che mat said...

jom menabung...menabung amalan mulia....