120 penampar dalam 1/2 jam - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

120 penampar dalam 1/2 jam

hanifidrus
Bayangkan anak atau adik kau orang kena tampar lebih 40 kali oleh cikgu tadika!!
Apa tindakan kau sebagai seorang abang, kakak, ayah atau ibu.
Memang kena limbasan kaki tak berbayang aku kasi kat cikgu tu...heheheheh
Ini yang berlaku di China, tapi aku dengar pelajaran di China memang tough jugak!!

Seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali. Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi.

Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi. Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit - cuma dikenali sebagai Han kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak.

Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ. Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru.

“Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali,” katanya.

Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masing-masing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama. “Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang!” katanya.

Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain. Melalui rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10.

Apabila anaknya mengaku tidak tahu, guru terbabit menamparnya. Sementara itu, media China melaporkan, guru wanita itu kini dipecat dari sekolah berkenaan

14 comments:

miz ruha said...

bahaya tau kalau kena tampar banyak kali ni...
boleh rosak gegendang telinga..

cikgu tu kena pecat aje? tetiba rasa tak puas hati plak..

wantie said...

pecat bukan jawapannya.

suruh je bapa 3 org budak budak tu tampor balik dia sebanyak yang dia tampar murid tu.

then tendnag tu dua kali ganda ganas dari tendangan dia. baru dia tau apa rasa..

kalau dorang panggil jembalang. Kita nak panggik dia Ni le JIN Naik Tocang!!!! geram gak ni. tak berperi kemanusian..

ups lupa dia tu Jin... hehehe

LiNda said...

kejam giler, kesian budak tu.Mesti trauma kan.

Cikgu Ma said...

tak suka tampar2 ni...

Leeza dayasari [santai leeza] said...

sgt lahhh tak masuk akal tau buat mcm tu.
:::sorry beberapa tak singgah sini, ada exam :::

Remy hazza said...

masaalah jiwa rasanya guru tu.....

Mr. Firdaus Windey said...

Mmg F!@#$%%$#@ la cikgu mcm ni. takkan pecat je kot. letak kat gelanggang tampar beramai2 ker..

:: Mrs.Eady :: said...

giler!

Azlan Strider said...

perghh..kalau cikgu kene penampar ngan parent, kena plak org cam ko mau demam seminggu bro..hahaha

Regards,
-Strider-

Syamil Ramli said...

gile seh..cine ni mmg byk betul cite yg dasat2
Tengok sini ==>> Tips Isi Minyak Kereta Yang Betul

Haryati Faizal said...

ya...mang tak sepatutnya jadi guru...siannya dak2 tu

fatin amalina husna said...

uish..boleh gagap budak tu..dari nak boleh belajar x boleh belajar langsung..

jd cikgu patot lebih bersabar..
*husna surrender jd cikgu..haha..

♥ Nana BamBam ♥ said...

cikgu apa tu buat kekasaran pada budak...tak suka betul...mencikkk i tau!

hnahdy said...

ayaa budak lg kot.huhu