Header Ads

3 pengikut ajaran sesat buat pai dengan daging manusia

Sekumpulan kanibal membunuh dan memasak mayat mangsa mereka sebelum dijadikan pai untuk dijual kepada orang ramai.

 Mahkamah diberitahu, Jorge Negromonte, 50, isteri, Isabel Pires, 51 dan kekasihnya, Bruna da Silva, 25, memujuk beberapa wanita ke rumah mereka dengan berjanji untuk memberi pekerjaan sebagai pengasuh. Mangsa kemudian dipenggal dan dikerat.

 Ketiga-tiga pengikut ajaran sesat itu kemudian menggunakan daging mangsa mereka untuk dijadikan pai yang dikenali dalam bahasa tempatan sebagai ‘empanadas’ untuk dimakan dan dijual kepada jiran tetangga dengan harga RM1.50 setiap satu.

 Mereka dihadapkan ke mahkamah di bandar kediaman mereka di Pernambuco, timur laut Brazil, buat pertama kali semalam, atas tuduhan membunuh Jessica da Silva, Alexandra Falcao dan Gisele da Silva. Polis sebelum ini berkata, ketiga-tiga tertuduh mengaku membunuh enam lagi mangsa yang tidak dikenali.

2 comments

boni kacak said...

adeh...dibuat pai pulak tu..

Razif said...

tak patut ...