Header Ads

Apa Itu Automated Enforcement System atau AES

Sekarang ini Malaysia tengah sibuk berbicara tentang sistem penguatkuasaan jalanraya automatik ( AES) yangakan di laksanakan diseluruh negara tak lama lagi, Tadi pun mendapat satu e-mail dari rakan lokasi-lokasi AES ini dipasang dikawasan had laju dan lampu isyarat. Kalau berminat, aku akan postkan juga..hehehehe.
Sebagai pemandu yang berhemah..ehemmmm, aku kena tahu juga apa benda tu AES. So tadi aku dah godek maklumat tentang AES dan ingin berkongsi dengan semua rakan-rakan.
Aku postkan ini pun pakai auto post pada lewat malam sikit sebab tahu ini adalah pembacaan ilmiah yang membosankan...hahahahaa
Sebab aku baca kat no 6 ajer aku dah menguap..kikikiki.
By the way ini adalah informasi yang wajib kita ketahui sebagai pemegang lesan berdaftar di Malaysia!!!!!!!!!!!

1. Apakah Automated Enforcement System atau AES?

a) Penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010.
b) Usaha berterusan aktivis keselamatan jalanraya (JPJ, PDRM, JKJR, MIROS, JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment).
c) Perlu adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
d) Pendekatan kepada system based approach yang mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia.
e) Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

2. Kenapa Perlu AES?
a) Penguatkuasaan kesalahan lalulintas secara elektronik adalah salah satu daripada kaedah penguatkuasaan.
b) AES adalah pemboleh (enabler) yang merangkumi (embody) semua usaha ke arah mencapai sasaran Pelan Keselamatan Jalanraya 2006-2010 dalam mengurangkan kematian akibat kemalangan.
c) Adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
d) AES mampu mengubah sikap, tingkah laku (behaviour) dan budaya pemanduan melalui penguatkuasaan:
------24 jam
------Tidak bermusim
------Tiada campur tangan manusia
e) Meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) di kalangan pengguna jalanraya. (Pada hari biasa 25%, meningkat ke 50% di musim perayaan semasa Ops SIKAP berbanding di negara maju – 80% hingga 90%).
f) Penyelesaian kepada kos rawatan dan pemulihan kawasan sering berlaku kemalangan yang jumlahnya lebih 800 (blackspot) di seluruh Negara yang amat tinggi dan memakan masa yang lama.

3. Bagaimana AES berfungsi?
a) AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalulintas di lakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.
b) Pelaksanaan AES meliputi kesalahan:
c) Tidak mematuhi lampu isyarat
d) Memandu melebihi had laju
Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.

4. Apakah kelebihan penguatkuasaan kesalahan lalulintas melalui AES berbanding kaedah sedia ada?
a) Meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan melalui pengesanan (detection) dan pengeluaran saman secara telus, tepat dan berterusan.
b) Tidak perlu anggota penguatkuasa merakam kesalahan secara manual di tepi jalan setiap masa.
c) Sistem penguatkuasaan yang selamat, kerahsiaan, integriti dan kesediaan (24 jam). Mampu beroperasi 24X 7 X 360 siang dan malam dalam semua keadaan cuaca.
d) Tanpa campur tangan manusia. Ini akan meningkatkan integriti penguatkuasaan (tidak bermusim, tiada interaktif dengan pesalah dan unsur rasuah di tepi jalan).
e) Mampu mengesan kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan persendirian, komersial dan kenderaan pengangkutan awam.
f) Tentusah ukur (Calibration) bagi setiap peralatan pengesanan dan perakam imej kesalahan dibuat mengikut Akta Pengukuran Kebangsaan 2007 agar kesalahan menjadi kes prima facie.
g) Penghantaran data/gambar sukar diceroboh (encryption) kerana dihantar secara automatik setelah kesalahan dikesan.
h) AES secara langsung menjadi pencetus bagi tujuan mengajar/membentuk pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan lalulintas jalan.
i) Struktur sistem direkabentuk agar tindakan undang-undang tidak boleh disangkal atau dipertikai di mahkamah oleh pesalah. Memudahkan proses pendakwaan melalui penyediaan bahan bukti yang boleh diterima mahkamah (Control Centre di link ke semua Mahkamah Trafik melalui IT).
j) Tidak akan menyebabkan kesesakan lalulintas.

5. AES boleh digunakan untuk menguatkuasakan kesalahan-kesalahan lain di masa akan datang seperti:-
1) Memotong di garisan berkembar;
2) Memotong di sebelah kiri jalan;
3) Lebih Muatan;
4) Potong barisan;
5) Sekatan ke atas kenderaan berat yang memasuki kawasan bandar;
6) Penguatkuasaan laluan bas.

6. Apakah AES berkesan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalanraya?
a) Sistem penguatkuasaan elektronik telah dilaksanakan di 90 negara lain di seluruh dunia.
b) Di Asia Tenggara, Thailand dan Vietnam telah mlaksanakan system digital traffic enforcement system.
c) Contoh keberkesanan AES di Negara-negara lain:
i. PERANCIS - Di Perancis kadar kematian turun 27% dalam tempoh 3 tahun sejak penggunaan sistem penguatkuasaan automatik.
ii. JERMAN - Di lokasi yang dipasang, penurunan kelajuan telah menjadi budaya di kawasan dipasang sistem AES (penurunan kelajuan kenderaan dan pematuhan sebanyak 80% di mana kamera pengesan kelajuan dipasang).
iii. KUWAIT - Kemalangan menurun 48%.
iv. UNITED KINGDOM - Kadar pelanggaran peraturan trafik menurun pada kadar 6% daripada jumlah kenderaan berdaftar.

7. Jikalau AES begitu efektif, tidakkah sistem ini tidak lagi diperlukan pada masa hadapan?
 Kalau AES begitu efektif, jumlah saman akan menurun namun begitu masih perlu diambilkira:
1) 9% pengguna jalanraya adalah yang tegar melakukan kesalahan (habitual offender).
2) Volume kenderaan bertambah pada kadar 10% setiap tahun.
3) Jumlah pemegang lesen bertambah.
4) Kilometer jalanraya bertambah.
5) Lokasi blackspot juga akan berubah jika kerja-kerja pembaikan dibuat di kawasan tersebut.
6) Isu yang penting adalah bukan jumlah saman dikeluarkan tapi perlu penyelesaian terhadap saman yang tidak diselesaikan.

8. Agensi manakah yang akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan AES?
a) Kementerian Pengangkutan Malaysia merupakan tuanpunya (owner) kepada AES.
b) Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan adalah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan AES:
c) JPJ bertanggungjawab melaksanakan AES secara langsung dan merupakan end user kepada sistem AES.
d) MIROS bertanggungjawab dalam penentuan lokasi pemasangan kamera daripada blackspot (kawasan sering berlaku kemalangan) dan kajian keberkesanan AES.
e) JKJR bertanggungjawab dalam advokasi dan kempen kesedaran jalanraya mengenai AES.

9. Apakah peranan PDRM di dalam AES?
a) PDRM akan menggunakan AES untuk mengesan jenayah dan tugas-tugas trafik.
b) Control Centre AES mempunyai Bilik Kawalan PDRM dan JPJ.
c) Mobile unit AES akan dikendalikan PDRM dan JPJ.

10. Apakah asas penentuan lokasi pemasangan kamera?
a) Penentuan lokasi pemasangan kamera bagi sistem AES dilaksanakan oleh MIROS dengan bantuan JPJ, PDRM dan JKJR.
b) Maklumat asas yang digunakan adalah berdasarkan dari laporan kemalangan PDRM (Pol.27).
c) Data daripada maklumat laporan ini dianalisa oleh pihak MIROS bagi mengenalpasti koordinat kawasan lokasi-lokasi kemalangan.
Seterusnya lokasi-lokasi tersebut diberi markah (ranking) mengikut kes-kes kemalangan. Kes kemalangan diberikan markah mengikut susunan tinggi ke rendah – kes kemalangan, cedera parah, cedera ringan dan kemalangan kecil. Lokasi yang mengumpul markah tertinggi diberi keutamaan untuk pemasangan kamera AES. Lokasi-lokasi juga dibuat sah.

11. Berapa bilangan kamera yang akan dipasang?
a) Jumlah kamera speeding 566 buah.
b) Jumlah kamera traffic light 265 buah.
c) Jumlah keseluruhan kamera 831 buah.
d) Mobile kamera (30%) 250 unit – operasi kamera-kamera mudah alih adalah bagi kawasan-kawasan kemalangan yang tiada infrastruktur (bekalan elektrik, liputan komunikasi dan sebagainya) untuk di pasang kamera statik.

12. Adakah rakyat akan marah dengan tindakan kerajaan melaksanakan AES?
a) Risiko kepada pelaksanaan sistem AES adalah ‘public outcry’ kerana sistem secara drastik akan mengubah sikap pemanduan dalam masa yang singkat. Namun begitu rakyat mempunyai pilihan untuk tidak melanggar undang-undang.
b) AES akan dilaksanakan secara berperingkat. Dijangka siap sepenuhnya 100% dalam tempoh 18 bulan dari ianya mula dilaksanakan. Tempoh ini adalah cukup bagi kerajaan melaksanakan program kesedaran dan advokasi.
c) Program advokasi adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Keselamaatn Jalan Raya (JKJR) bagi memastikan pemahaman dan penerimaan rakyat terhadap pematuhan undang-undang jalanraya, tanggungjawab menyelesaikan kes kesalahan trafik dan kesedaran keselamatan jalanraya.
d) Lokasi pemasangan kamera tetap AES bukan rahsia tetapi diwar-warkan sebagai peringatan kepada pengguna jalanraya. Papan tanda amaran akan dipasang sebelum pengguna jalanraya menempuh kawasan yang dilengkapi kamera AES.

11 comments

Syamil Ramli said...

ayok...aku rs dh kene snap skali kat area sebelum exit kajang tu

baby comel said...

pasni kena bawak ala-ala kura2 la =)

Remy hazza said...

detail nya penerangan.... thanks bro for info...rasanya semua kena baca nie.....

kaishin said...

semoga semua pemegang lesen berdaftar akan memandu lebih berhemah selepas ni..termasuk la aku hehe

Hanif Idrus said...

Semalam aku langgar 2 traffic light

Anonymous said...

Pernah borak ngan ketua bomba genting. Kelajuan kenderaan menentukan hidup dan mati seseorng bila berlaku kemalangan. Speed melebihi 120km kebiasaannya menyebabkan kematian atau parah bila berlaku kemalangan.

Abu Dzar said...

Kewajaran projek AES, pada hemat saya adalah perlu bagi membendung wabak “kesamsengan” pengguna di jalan raya. Lokasi kamera telah dikaji secara terperinci oleh jabatan berkenaan (MIROS) dan bukannya ditempatkan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira statistik kemalangan . Dimana kewajaran dan keberkesanan projek ini dilaksanakan bergantung penerimaan dan adaptasi oleh rakyat sendiri. Sampai bilakah penjenayah lalulintas ingin dilindungi oleh pihak berkuasa. Adakah kewajaran masalah ini menjadi kudis dalam pembangunan rakyat diera globalisasi ini ? Dimanakah kewarasan minda rakyat yang maju intelektualnya ? Adakah undang – undang dan Akta yang diwartakan sebagai bebanan atau sebagai garis panduan hidup untuk kita ? renung-renungkan.

Abu Dzar said...

Kewajaran projek AES, pada hemat saya adalah perlu bagi membendung wabak “kesamsengan” pengguna di jalan raya. Lokasi kamera telah dikaji secara terperinci oleh jabatan berkenaan (MIROS) dan bukannya ditempatkan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira statistik kemalangan . Dimana kewajaran dan keberkesanan projek ini dilaksanakan bergantung penerimaan dan adaptasi oleh rakyat sendiri. Sampai bilakah penjenayah lalulintas ingin dilindungi oleh pihak berkuasa. Adakah kewajaran masalah ini menjadi kudis dalam pembangunan rakyat diera globalisasi ini ? Dimanakah kewarasan minda rakyat yang maju intelektualnya ? Adakah undang – undang dan Akta yang diwartakan sebagai bebanan atau sebagai garis panduan hidup untuk kita ? renung-renungkan.

Anonymous said...

pasang juga kat kampung yang penunggangnya malas pakai topi keledar, lokasi rempit dan kat lokasi panas kawasan negro dan pati yang banyak tu. Rampas dan bakar saja motor mat rempit tu.Jangan buat aang-alang.

shahdiana said...

nak tau lokasinya...email kat akak boleh...hehehe

Anonymous said...

Pandai betul cari duit mudah ni,rasanaya kena banyak duduk rumahlah elak kena saman