Apa Itu Keyword. - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Apa Itu Keyword.

keyword
Salam Satu Blogger...
Kadang-kadang bila kita berblogging ni ialah sentiasa kena tahu isu-isu panas dan teramat panas semoga apabila kita membuat entri tersebut akan mudah dicari oleh enjin pencari.
Danapabila ia mudah dicari oleh enjin pencari maka blog kita akan dibuka oleh pembaca...Dan apabila blog kita dibuka oleh pembaca maka traffic pun naik..Dan bila traffic naik maka anda suka hati!!!...hehehhehe
Ini kita namakan keyword.

KEYWORD PANAS- ENTRI
Aku kadang-kadang naik malas nak follow pasal keyword ini, tapi disebabkan ia requirement SEO buatlah.
Macam mana nak buat keyword.
Baru-baru aku pernah terbitkan entri pasal keyword panas iaitu Adam Dan Hawa. Aku buat 3 entri tentang Adam dan Hawa.
Semua orang tahukan drama sedih ini tengah meletup!!! Aku pun tak tahu kenapa kau orang minat sangat dengan drama Aaron muka blur romantis tu termasuk isteri aku ..hehehehehe.
a) Adam Dan Hawa dalam Erti SEO
b)Download Dan Tonton Adam Dan Hawa Dari Astro
c)Adam Dan Hawa, Download, Keyword Dan Gigi

Keyword yang berjaya ialah Download Dan Tonton Adam Dan Hawa Dari Astro. Setiap hari ada ajer orang yang kilk pages ini. Kalau kau orang taip "Download Adam Dan Hawa" , aku dalam carian kedua atau ketiga  kot...hahahahhahahaha. Dan dijangka setiap kali episod baru dikeluarkan pasti pageview saya akan meningkat. Dapat pageview percuma...kini dah 3200 pageview sejak 15Sept.

Selain itu isu keyword terbaru ialah Belanjawan 2013. Ini pun hot cake issue ini. So sebab tu saya awal-awal membuat entri tentang Belanjawan ini. Paling baik buat 3 entri sekali gus, mana tahu salah satu entri mengena!!!! ..hahahaha.

Bagaimana nak buat tajuk sesuai dengan keyword terkini. Ini pun ada cara, kau tak boleh bantai ajer buat tajuk entri. Kena pilih tajuk yang selalu orang taip buat carian. Ada applikasi yang boleh kita gunakan.Nanti saya ajar yek.

KEYWORD BLOG DALAM CARIAN ENJIN
Ini Keyword tentang entri pages. Bagaimana pula nak kasi blog anda termasuk dalam enjin carian pula.
Bila berbicara tentang perkara ini, itulah kelebihan memakai domain sendiri.
Sebagai contoh mana lebih baik?
http://hanifidrus.blogspot.com atau http://hanifidrus.com. Sudah tentu dot com lebih baik kerana ia tidak panjang. Bila sesuatu entri atau URL blog yang pendek adalah lebih mudah cariannya.
Itulah kelebihan pakai domain sendiri....hehehehe.

Selain itu terdapat beberapa cara lain untuk memastikan URL anda di dalam carian google. Kalau orang taip kat Google " Hanif" atau "HanifIdrus" pasti URL anda disitu.
Macam mana.....
Konsep keyword ialah kita nak Google ( Enjin Carian) mengesan nama URL dengan berkesan.

Sonang ajer caranya:
Katakan URL blog anda : http://kacak.blogspot.com.
Anda membuat satu entri bertajuk:
Apa Itu SEO tapi adalah lebih baik jika ditulis Kacak: Apa Itu SEO.
Dimana kacak ( iaitu URL blog anda berada dihadapan dan kemudian tajuk)
Lama-kelamaan apabila entri anda bertambah dengan nama "Kacak" sebagai pemula tajuk, apabila orang taip kacak, sudah tentu URL anda dalam pages pertama Enjin Carian.
Ini memakan masa kerana Google perlu index satu persatu entri anda yang menggunakan teknik ini dan jika anda maintain gunakan nama URL anda sebagai pemula tajuk, bila index semakin meluas so sudah tentu URL anda akan termasuk dalam senarai awal Enjin Pencari. Tak kisah no 2 ---4 janji dalam pages pertama carian Google.
Tapi anda pasti akan kalah jika ada blog URL domain sendiri: http://kacak.com.

Tapi cara tersenang ialah buat segmen.
Kalau anda perasan segmen yang lepas saya namakan Hanif Idrus Segmen Terjah. Kenapa saya tak buat Segmen: Hanif Idrus Terjah.
Ini semua adalah keyword untuk entri dan blog URL saya. Sangat penting dalam memilih tajuk entri.


PAGERANK /USIA BLOG
Untuk memantapkan keyword tersebut sudah tentu kita akan kembali kepada topik pagerank. Lagi baik pagerank anda maka lebih mudah enjin carian Google mencari anda. Itu salah satu tujuan pagerank. Saya dah buat eksperimen lengkap tentang berjaya mendapatkan pagerank 1 tanpa buat entri dan tanpa traffic melalui Hanif Bloglist saya.
Untuk mendapat pagerank 1 tak susah. manyak senang....
Saya akan buat tutorial tentang ini...ikut ajer sure dapat pagerank 1 dalam masa 3 bulan..sure..sure..

Selain itu usia sesuatu blog itu juga memainkan peranan, lama lagi blog tersebut lagi mudah untuk Enjin Pencari mencari maklumat tentang blog anda. Logiknya ialah lagi lama blog ..lagi banyak entri anda buat, lagi banyak entri anda akan diindex.Itu logiknya..

Saya pun tak begitu serius dalam membuat tajuk entri mengikut keyword-keyword ini, nak buat tajuk ajer dah kena search keyword popular terkini..
Belum lagi dalam entri tersebut, yang mana nak kena bold kan, nak letak H1--H6 heading tag lagi.
Satu entri yang benar-benar SEO, anda kena tenung entri anda berkali-kali..hehehehe.
Ada mood baru aku buat...hehehehe














9 comments:

DAIRI FARISHA said...

betul tu..keyword mmg penting utk ambil perhatian org bace blog kite..slalu Farisha tgk blogger letak Wordless Wednesday**45...Macam tak berapa berminat nak baca padahal entry mereka best!

Asmar Arafad said...

thanks for the sharing, amat berguna ni

Novelgurl said...

oH.mcm tu rupanya.

Bayu Putra Abuna said...

bener, keyword itu penting banget, bisa biar memudahkan pencarian blog kita digoogle dan sekalian SEO

salam kenal, blogger Indonesia

baby comel said...

membaca.. ada yg saya paham ada jugak yg masih kurang faham. mybe kena baca sekali 2 lg then baru saya akan betul2 faham.. anyway thanks abg hanif utk ilmu yg sgt berguna ni. Keyword memang penting :)

rudi aienny said...

bermanfaat sekali bagi seorang blogger pemula seperti saya

http://curhatz.blogspot.com/

Che Rosliza Che mat said...

sokong jugak padal keyword tue....

Remy hazza said...

betul kata bro......
byk teknik yg boleh dipelajari dari bro hanif nie.....

Kisah Si Dairy said...

kadang-kadang tak terfikir pasal keyword nie..tajuk main belasah jer...