Header Ads

Apex, Lueniey nikah Disember ini

Penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan, Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali dengan Leuniey pada Disember ini.

Bapanya, Che Mat Hussain yang mengesahkan perkara tersebut berkata, buat masa ini pihaknya sedang sibuk melakukan persiapan perkahwinan anaknya itu yang dijangka berlangsung sekitar 28 Disember hingga Januari ini. Menurutnya, keluarganya kini sedang berbincang dengan keluarga Lueniey untuk memastikan majlis berjalan lancar.

“Majlis perkahwinan anak saya ini akan dilangsungkan selepas beberapa jam majlis pertunangan diadakan pada hari sama. Saya berharap perkahwinan ini juga menutup kontroversi yang melanda mereka berdua sejak kebelakangan ini.

“Buat masa ini Apek sedang sibuk dengan latihan skuad kebangsaan, jadi biar dia beri tumpuan sepenuhnya kepada latihan dahulu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam. Sinar Harian baru-baru ini menyiarkan kisah Apex yang mengaku sedang menjalinkan cinta dengan model Simply Siti. Malah pada Februari lalu, Luniey pernah menafikan hubungan mereka berdua.

Che Mat juga berkata, buat masa ini Apex sedang sibuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki yang bermula penghujung November ini dan tarikh perkahwinan tersebut akan ditetapka selepas anak keempatnya itu pulang

2 comments

steffany daph said...

good news (: tumpang gembira utk apex.

Mrs Velentine said...

semoga berkekalan hingga ke akhir hayat