Aplikasi UglyBooth Menghodohkan Wajah

hanifidrus

Peter Andre kelihatan seperti mengalami bengkak misteri. Sebenarnya, gambar penyanyi itu telah digunakan oleh seseorang untuk menghasilkan wajah yang begitu buruk menerusi UglyBooth pada iPhone.

 Ia applikasi muat turun yang mengubah orang berwajah biasa menjadi begitu hodoh. Hidung dibuat untuk kelihatan besar dan penyek. Muka pula ditempel dengan dengan jerawat bernanah.

 Seorang pengguna menggunakan gambar beberapa selebriti pada aplikasi itu dan hasilnya memang melucukan. Gambar selebriti televisyen, Amanda Holden dan pemain bola sepak, Peter Crouch juga diberi layanan buruk itu.