Apple lancar iPad Mini - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Apple lancar iPad Mini


Ini nak lawan Samsung Tab 7.0 dan 10.1 ler ni..hehehehhee.
Dulu kata Samsung curi idea dia tapi dia pun curi idea Samsung...
Harga tetap masyuk...murah!!

Apple memperkenalkan tablet yang dinamakan, iPad Mini, yang dinanti-nantikan peminatnya di sini, semalam.
Pengenalan iPad Mini ini mengakhiri penantian hampir setahun.
Produk terbaru ini seberat 300 gram dan ketebalannya 7.2mm. Ia berada di pasaran kira-kira enam bulan selepas iPad generasi ketiga diperkenalkan.
Harga pengenalan dianggarkan AS$329 (sekitar RM1,000).
Keluaran skrin iPad Mini 7.9 inci (20.1 sentimeter).
Berbanding penggunaan plastik untuk menghasilkan Google Nexus 7, iPad Mini menggunakan aluminium.
Dalam kenyataan dikeluarkan, Naib Presiden Kanan (Pemasaran) Apple, Phil Schiller berkata, berdasarkan sambutan sebelum ini, pihaknya yakin dapat menjual lebih daripada 100 juta set.