Bekas PM Itali dipenjara kes penipuan cukai

Bekas Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Itali kerana penipuan cukai berkaitan pembelian hak penyiaran syarikat televisyen Mediaset.

Bagaimanapun, Berlusconi, 76, mempunyai hak merayu sebelum perbicaraan kali kedua. Peguamnya enggan memberi komen, tetapi ahli perniagaan kaya itu dijangka mengemukakan rayuan dalam masa terdekat ini.

Ketika hukuman dijatuhkan, Berlusconi tiada di dalam kamar mahkamah kerana mempunyai urusan perniagaan di luar negara

Share:

4 comments