Borang BR1M 2.0 Pendaftaran Dibuka - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Borang BR1M 2.0 Pendaftaran Dibuka

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini semalam berkata, mereka yang terlibat serta pemohon baharu boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0 apabila pendaftaran dibuka mulai esok. Bagaimanapun, penerima BR1M sedia ada yang lain tidak perlu mendaftar semula.

Menurut kenyataan itu, borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan atau dimuat turun melalui laman sesawang www.hasil.gov.my.

Pengumuman pusingan kedua BR1M dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu. Ia dijangka memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion.

6 comments:

baby comel said...

saya xlayak rasanya utk BR1M ni

boni kacak said...

nak try download la

ct cheery said...

bagus2x..rezki..

Che Rosliza Che mat said...

siapa yg layak bertuah...surirumah tak ada ke?

wantie said...

bagi yang layak senyum sampai ke telinga.

bagi yang tak layak tu. jgn marah ye.

ziah said...

saya nak try download lah..