Header Ads

Filem E.T masih diminati ramai

hanifidrus
Siapa yang lahir tahun 70an ke atas dan zaman kanak-kanak 80an, kalau anda kata tak pernah tengok filem E.T memang patut kena tengeh kepala!!!
Siapa yang tak pernah tengok ET..angkat tangan...!!!hehehehehe.
Pada zaman aku ni kita panggil filem wajib untuk kanak-kanak riang macam aku ni....hihihihiih.
Memang cukup fenomena cerita ini terutama basikal terbang tu...
Penuh dengan pendidikan moral..sebab tu kanak-kanak zaman aku semua baik-baik belaka sejak tengok ET ini....ahaks
Seorang pengkritik filem Amerika Syarikat (AS), Christy Lemire masih terharu seperti tiga dekad lalu apabila dia menonton filem sains fiksyen popular, E.T.: The Extra-Terrestrial di sebuah pawagam pada Rabu lalu.
Filem yang diarahkan oleh Steven Spielberg pada tahun 1980-an yang mencipta fenomena di seluruh dunia itu bakal menemui peminat dalam bentuk cakera video digital sinar biru bermula esok.
Filem E.T memenangi empat Anugerah Akademi dan menjana hasil kutipan tiket hampir AS$800 juta (RM2.44 bilion) selepas tayangannya di seluruh dunia.
Ia menceritakan tentang persahabatan antara makhluk asing dengan sekumpulan kanak-kanak lakonan Henry Thomas, Robert MacNaughton dan Drew Barrymore.
Bagi meraikan pencapaian gemilang tersebut, pawagam-pawagam di seluruh AS menayangkan semula filem E.T dalam bentuk digital di seluruh AS pada hari tersebut.
Pengkritik filem berkenaan berkata, filem tersebut masih menyentuh emosinya seperti 30 tahun dahulu terutamanya apabila dia menonton adegan perpisahan makhluk asing tersebut dengan watak utama, seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang bernama Elliott.
Menurutnya, perasaan terharu turut dikongsi ramai penonton lain yang turut membanjiri panggung wayang untuk menyaksikan filem yang penuh nostalgia itu.

11 comments

Syamil Ramli said...

aku rasa aku tak tgk lg cite nih..tak tau la kot memori zaman kanak2 aku hilang skit..

Cikgu Ma said...

tak tau filem ni sebab time tu tak derr tv..abah takut anak2 tak study..walhal tak bijak mana pun..hehe

:: Mrs.Eady :: said...

err..tak pernah tgk citer nie..

Hanif Idrus said...

Semua tak tengok lagi...meaning aku dah tua!!!huhuhuhuhu.

Remy hazza said...

ET... teringat remy masa kanak2 dulu.... emmang best !!!! berkali2 remy tgk... sebab nak tgk budak tu kayuh basikal sambil terbang.....

wantie said...

tak tengok pun citer ni. masa kecik dodulu rumah tak de TV. letrik pun tak de cam na nak tengok TV. hahahaha

wuish.. dodulu kalau sapa ada TV dah kira kaya...

DAIRI FARISHA said...

xpnh tgk tapi mcm pnh dgr :)

Nor Zilla Sensei said...

xde plak tengok cite ni..dengar pun xpernah abg hanif.haha.. mmg veteran da tuan blog ni.hahaha

boni kacak said...

Steven Spielberg ni memang otak dia meluncur laju ke hadapan kan? tgk la filem2 dia dulu sampailah sekarang. semuanya bukan bertaraf anak2, tapi mega.

Mrs Velentine said...

x pena tgk

Che Rosliza Che mat said...

kikiki...cr pernah tegok...memang best ceritanya..