Header Ads

Gadis Ukraine ubah diri jadi karakter kartun animasi Jepun

Dengan mata besar dan berkaca, rambut ungu serta gaya menggoda ketika bergambar, gadis ini seolah-olah menjelma dari sebuah filem animasi Jepun.
Peminat kartun animasi komputer, Anastasiya Shpagina telah mengubah dirinya menjadi karakter kartun, lengkap dengan pinggang yang ramping dan rambut berwarna terang serta mulut bermuncung.
Gadis Ukraine berusia 19 tahun itu memperoleh inspirasi gaya itu daripada kartun dan animasi komputer yang mempunyai ramai pengikut di Jepun.Malah, Anastasiya juga kini menggunakan nama Jepun, Fukkacumi.

Karakter animasi sering mempunyai mata besar dan kepala yang lebih besar berbanding dengan tubuh mereka.Anastasiya yang hanya setinggi 159 sentimeter dilapor melangsingkan badannya kepada hanya 38 kilogram dalam usaha untuk menjadikan dirinya karakter animasi hidup.
Selain itu, dia turut menghabiskan masa 30 minit sehari untuk mengenakan mekap pada setiap matanya. Anastasiya dijangka akan bertindak lebih jauh untuk mendapatkan wajah yang diinginkannya.
Ada laporan mendakwa dia merancang menjalani pembedahan mata untuk membolehkan dia kelihatan lebih mirip dengan idola kartunnya.

Gadis itu yang mempunyai lebih 10,000 peminat dalam Facebook, juga memuatnaikkan video menerusi YouTube, menunjukkan bagaimana dia bermekap.
Satu klip video yang menunjukkan dia bersolek ditonton sebanyak lebih 150,000 kali.
Bagaimanapun, Anastasiya bukan gadis pertama menggunakan gaya yang diperoleh daripada dunia fantasi.
Dakota Rose atau Kota Koto dari Amerika Syarikat digelar ‘Barbie hidup’ kerana matanya yang besar dan tubuhnya yang genit.
Langkahnya memuatnaikkan bimbingan fesyen dan kecantikan menerusi YouTube ditonton oleh pengunjung dari seluruh dunia

9 comments

dya bunga said...

takut plak tgk muka dia

Azlan Strider said...

perghh..taksub gler dia dengan kartun tu..hehehe

Regards,
-Strider-

Cikgu Ma said...

the power of mak up tu...hehhe

Niza Romli said...

betul2 sanggup! ish3

pha is said...

muka seram je.. tuhan dah bagi elok2, nk tukar. hmm..

Everything's Everythings said...

Ish mimpi ngeri tgk video dia ni xD

hnahdy said...

mata x blink2.hehe

ct cheery said...

pelik jer tengok!

Che Rosliza Che mat said...

lain macam pulak muka dia cr tengok....