Gaji minimum tukang cuci di Singapura RM2,500 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Gaji minimum tukang cuci di Singapura RM2,500

Struktur gaji baru diusulkan untuk tukang cuci, dengan SG$1,000 (RM 2,497) ditetapkan sebagai permulaan gaji pokok bulanan. Tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini oleh pegawai kesatuan sekerja, syarikat pembersihan dan kerajaan itu akan menaikkan bayaran gaji tukang cuci sebanyak 23 peratus.

Pada masa ini, bayaran gaji kasar bulanan pencuci pejabat ialah RM2,035 sebulan, menurut Kementerian Tenaga Buruh. Panduan asas bayaran turut menetapkan gaji yang tinggi untuk tukang cuci yang melakukan kerja lebih sukar, menjamin bayaran minimum mereka patut dibayar.

Panduan asas pembayaran gaji yang diusulkan ini diumumkan Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Nasional (NTUC), Heng Chee How yang bertindak selaku pengerusinya dalam satu acara semalam. Dia berkata, sementara tanda aras bayaran gaji ini hanya satu bentuk pembayaran indikatif, dia berharap syarikat akan melaksanakannya. NTUC telah berjuang untuk menaikkan bayaran gaji dalam sektor pembersihan berikutan ia tidak meningkat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi Singapura.

Tukang cuci adalah pekerja kedua paling rendah bayaran gaji di Singapura, memperoleh lebih banyak daripada pekerja cuci kereta yang mendapat RM1,872 sebulan. Mengikut panduan asas diusulkan, tukang cuci dikategorikan kepada tiga kumpulan: Mereka yang membersihkan pejabat, estet perumahan dan pusat penjaja atau medan selera

3 comments:

shahdiana said...

kalo macam tu baik kerani kat malaysia berenti keje pi singapore jadi tukang cuci...banyak btoi bezanya

Remy hazza said...

pergh!!!! jom kita pi keje kat sana....... boleh kaya raya.....he3

Nick Nashram said...

johor dekat da ngan singapore ni..haha..masa cuti boleh la cari part time keje sana.