Hanif Idrus Blog Ada Borang Soal Jawab - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Hanif Idrus Blog Ada Borang Soal Jawab

Salam satu blogger. Entri yang tak begitu tepat maksudnya..hehehehhee.
Borang Soal Jawab kat sini bermaksud semalam aku dah add kan di pages aku dengan tajuk "Tanya Soalan" kepada mana-mana blogger yang mempunyai soalan berkenaan apa jua soalan. Persoalan yang aku maksudkan disini ialah tutorial blogging, pagerank atau Alexa atau SEO  ler. Macam best ajer aku ini.

Biasanya ramai yang sering bertanya pada aku melalui komen box dan sering acapkali aku terlupa nak jawab. So aku merasakan adalah lebih baik aku menggunakan borang pertanyaan ini dan letakkan di side bar aku. Segala pertanyaan anda secara automatik akan di e-mail ke e-mail utama aku yang memang tiap-tiap hari aku buka.
Kalau soalan yang memerlukan aku membuat reaserch aku boleh simpan soalan anda di draft so aku tidak mudah lupa.

Persoalan pertama" Bro, lu macam terer ajer, nak jawab soalan-soalan blog ini" Aku tak terrer tapi aku mempunyai rakan-rakan blogger yang terer-terer belaka. Melalui persoalan anda sudah tentu aku akan membuat research dan entri. Selebihnya ilmu pengetahuan itu akan dikongsi bersama rakan-rakan blogger yang mempunyai pengetahuan tersebut melalui kotak komen yang tersedia.
Kebanyakkan entri-entri tutorial yang aku buat baru-baru ini seperti blogshop mempunyai banyak komen yang membina yang aku sendiri terlepas pandang.
Aku bertuah kerana rakan-rakan blogger aku semua sempoi dan tak kedekut ilmu macam Sembang Cyber, Silencz Blog dan lain-lain.  Pada masa yang sama aku sendiri boleh memantapkan diri ini dalam bidang blogging. Kalau kat sekolah kita boleh panggil ini study group...hahahahha.

Kedua tujuan borang pertanyaan ini ialah memberi aku satu lagi skop baru untuk membuat entri. Sekarang ini aku memang dah buntu hendak membuat entri. So melalui pertanyaan anda semua, secara tak langsung aku mempunyai alasan membuat entri terbaru aku..hehehehe. Dan kalau kita kaji, entri-entri yang mempunyai keyword popular ialah tentang tutorial blog. So secara tak langsung aku boleh naikkan traffic aku sekali...kikikiki.

Ketiga sebagai rekod penyimpanan aku tentang tutorial blogging ini. Baru-baru ini semasa aku membuat templates baru. Aku kehilangan iklan Nuffnang di header dan bawah post. So aku pergi mencari entri lama aku bagaimana nak add iklan Nuffnang di blogspot. Tak perlu lagi aku mencari diblog-blog lain. Kalau aku rasa dah macam best ajer, aku dah boleh buat e-book. (tengah berangan-angan sambil tersenyum)

Borang pertanyaan yang aku nak guna ask.com tapi masa aku nak sign up, macam-macam hal lak. Lalu aku gunakan form dari company lain iatu formspring.me yang digunakan oleh blogger2 terkenal.....hehehehehe. Borang ini amat mudah tak perlu taip URL, kau tanya ajer dan tekan butang send ajer. Tapi kalau rajin boleh ler letakkan URL kau dalam soalan tu. Nanti bila aku dah siap buat entri, aku boleh roger-roger kat anda.

Soalan yang aku malas nak layan ialah tentang masalah rumah tangga, masalah percintaan kau orang, masalah kucing kau merajuk. Menjadi pendengar boleh ler...hahahahahha.
Soalan yang paling aku tak tahu ialah templates atau layout blog ini, ini juga memang kelemahan aku. Cuba nak belajar tapi tak faham-faham!!!

Dalam hal ini kita "win-win situation", anda menang aku pun menang.
Jom kita boost up beramai-ramai pengetahuan kita!!!!
Kalau sesiapa berminat nak buat boleh klik sini ke http://ask.fm atau http://formspring.me.


15 comments:

hainom OKje said...

Yes...yes... sir!!!

Anisa Anuar said...

org terer mesti la org akan mintak jd rujukan kan... =)

DAIRI FARISHA said...

ok dah send soalan :)

Sue PeLik said...

banyak betoiii lerrr info sal blog kan rupa2nyaaa huhuhu tak tau ler aku neh huhuhu

Nor Zilla Sensei said...

eh, blog dah bertukar wajah. tenang rase kt sini.hehehe.

sy ade frmspring tu, tp da lama xguna.

Momo said...

dulu ade formspring...tapi dah tak aktif la...

dya bunga said...

nnti dya send..hihi

miz ruha said...

bestnya... nak tanya ape ye??
macam banyak aje nak tanya...

wantie said...

bagus tu. kalau dah ada ilmu diperturunkan kepada org bertambahlah harta di sana. ye dak.

kalau t rasa kamu teror, kamu ada lagi kawan yang teror. bangga gak sebab ada kawan teror pas tu dia plak ada kawan yg lagi teror.. pas tu kawan dia ada kwan yg terror lagi. bertambah la kaum kaum teror dalam duni ni.

hai.. berapa banyak teror da....

Afasz said...

nak sainssssss

Fendy said...

nak tanya.....erkkk?

Remy hazza said...

nak pi tanya ler nie.....he3

Azlan Strider said...

okay noted..hehe..nanti kalau if anything yang terlintas kat pikiran akan aku lontarkan kepadamu..hehehe

Regards,
-Strider-

Che Rosliza Che mat said...

cr tak ada soalan nak tanya kikiki

Mrs Velentine said...

mcam menarik