Header Ads

Hanif Idrus Blog Cakap Tak Serupa Bikin

hanifidrus
Salam satu blogger. Hari  ini aku nak cerita  tentang kemalasan diri aku ini. dan entri kesedaran diri..kikikiki.

Dalam dunia blogging ini kalau kau orang tanya aku sedikit sebanyak tentang syarat-syarat menjadi blogger dari segi entri, layout , backlink, internal link, broken link, external link, do follow, no follow, meta, alternative image, heading tag, loading time, google bot, ping itu ini, keyword ..hehehehe...aku boleh ler jawab sikit-sikit.
Itu pun kerana ramai rakan-rakan blogger yang tolong dan ajar aku masa mula-mula berblogging.

Tapi aku buat tak apa yang aku cakap, 90% aku tak buat!! Sebabnya aku ada satu penyakit serius yang dipanggil malas dan eksyen kot..hahahaha.

Buat entri pun nak secepat yang mungkin hingga kerap ada kesalahan bahasa. Dan kalau letak gambar malas nak edit nak dapatkan saiz yang kecil iaitu bawah 5KB. Selalunya kalau 15Kb aku dah masukkan...Padahal aku tahu ia akan melembabkan loading time aku....kekekekeke.

Manakala dari segi header lak, nak tak nak ajer aku buat yek. Kalau kat sidebar tu aku buat border sikit pun lawa gak..hhihihihi. Komen post kalau aku buat scroll lagi senang supaya tak makan space..

Cuma satu ajer aku takut nak cuba edit templates HTML aku..pernah berlaku peristiwa yang mengerikan kat blog aku dulu...hahahhaha.

Lepas tu bercerita tentang pagerank, tarik pembaca dan kenapa traffic tak mencecah belasan ribu sehari..
Kenapa RM aku ciput ajer . Itulah manusia buat kerja tak habis tapi nak macam-macam..

Mempunyai cita-cita tentang mencari ilmu blogging dan bercita-cita boost up blog tapi tak aplikasikan pada ilmu tu sendiri.
Mana teruk , Kau ada ilmu tapi tak pakai ...atau Kau tak ada ilmu, malas nak belajar  tapi pada masa yang sama nakkan sesuatu?

Tujuan aku buat entri adalah untuk jelaskan pada semua,menjadi blogger yang sejati banyak pengorbanannya. Tapi jika kau hendakkan sesuatu, pasti ada sedikit pengorbanan yang anda perlu lakukan.
Cuba tanya Ariff Syah, Denaihati atau Ben Ashaari berapa masa yang mereka gunakan untuk mencapai tahap mereka sekarang ini.

Kalau kau belajar kau Universiti pun kalau nak result baik kau kena lagi kuat belajarkan ? Sama seperti blogging.

Inilah entri kesedaran diri untuk aku..hahahhahaha.
Tak lama Google nak updated pagerank ( aku dapat feeling ini), aku kena berubah ini...huh!! huh!!
Malas lah....





19 comments

hainom OKje said...

Yelah.... kalau nakkan kejayaan takkan duk diam aje kan.... kenalah berusaha...'Takkan senang nak senang' ye tak???

Jue Jaynee said...

waa...macam mana ni..susah-susah

dayteenlea said...

a wisemen said

"jangan berblogging nak cari duit dan rank. kelak padah menanti diri"


hahaha

wantie said...

betul tu kalau nak jadi otai banyakmasa kena di korbankan. akak tak sanggup bang oi..

dapat ciput pun tak pe. janji masa akak dengan anak anak kat rumah digunakan sepenuhnya. tak de lah ngadap pc je kan. sian dorang.

akak berblog pun bukan nak kejar $$ semata mata. lain orang lain la pandangan nye. setakat ni rezeki dari sumber lain pun sebahagiannya cukup. cukup lagilah nak bersedekah.

Masz Sidek said...

edit templates HTML... hehehe... sy pun ada pengalama ngeri.. lepas edit langsung tak boleh buka... tepaksa buat templates baru... hehe

Miss BaNu said...

hehehehe

Raimi Syazwan ♌¹³ said...

Mood biasa la, turun dan naik.. mai hari rajin, berjam2 ngadap blog. Itu lah kehidupan

Leeza dayasari [santai leeza] said...

blogging utk suka suka jer. tak mustahil satu hari nnt blog leeza terkubur andai tiada lagi pengorbanan masa dibuat.

BeLLa said...

hahahhaha

hnahdy said...

xnak ubah apa2 dah. hana dah serasi bersama dengan blog hana skrang.hehe

MRie RNie said...

Hahaha..cam entry perli jer. den pon pernah gak hancurkan blog lama. Tapi dengan blog baru, dah biasa dah dengan coding2 ni. so tak der ar masalah dengan "PENGALAMAN NGERI EDIT TEMPLATE". Sebenarnya nak mengedit template ni, kita kena buat 1 blog khas untuk buat ujikaji. jangan sesekali mengedit template pada main blog secara direct. seelok2nya test pada test blog. ni saranan saya jer.

boni kacak said...

hehehehe..sebab tu kena backup templet dulu sebelum setting apa2 bro..hehehehe... macam den sebelum ni.. nasib baik dah ada back up.. saja usik sana usik sini kat templet..tiba2 jadi error..lepas tu da panik..mula menyesali perbuatan tu..rasa nak menangis pun ada. rasa macam zaman kegemilangan akan hilang..dunia ni rasa gelap je..nasib baiklah teringat pasal ada backup templet tu.pergh..kalau tak..memang tak ujud lagi blog bonikacak dot com ni.hahaha

Razif said...

Salam bro hanif ... mcm kene kat diri aku sendiri gak ni ... best .. celikkan mata aku sikit

Che Rosliza Che mat said...

biar saya tolong edit kikiki..

Wana Owen said...

bro..saya tag bro untuk satu segmen.
i link nya..=)

http://wanaowen.blogspot.com/2012/10/aku-terjah-aku-follow-apakah-itu.html

miz ruha said...

edit html nampak ngeri dan mencabar... dan saya suka mencuba... :)

harus berkorban untuk merasai kesenangan.. ^_^

Remy hazza said...

he3... tepuk dada tanya selera.....

baby comel said...

garu-garu kepala jelah saya bila membacanya. saya ni mempunyai kemalasan yg melampau =)hehe

Mrs Velentine said...

sya bukan malas tp tak reti..huhu