Header Ads

Hanif Idrus Blog DiReview Oleh Sembang Cyber

Hanif Idrus Blog Direview oleh Sembang Cyber kali ini melalui labelling baru beliau iaitu "Zone Blog Hunterz"
Aku rasa blog yang pertama kena review kot melalui kategori baru beliau ini. Dan terlebih dahulu aku minta maaf guna header lama beliau aku jumpa kat facebook hehehhehe. Tapi aku dah "like" ..hehehehe. Sebab aku nak scan header dia, aku di Cyber Cafe ler...

Dalam kategori rupa blog aku ni memang aku kena basuh cukup-cukup dengan Sembang Cyber ini..hehehhe. Tak lawa, suram dan tak menarik!!!Aku terpaksa akui kelemahan utama aku dalam bidang templates ini terutama bidang seni cantik-mencantikkan blog ini.
Aku sebenarnya nak rupa blog seperti Denaihati, macam rupa u bro tapi tak faham ler. Walau apaun aku ada pergi ke ForBlogger.net yang bro cadang, nampak menarik atau aku kena tukar domain tak?
Aku janji akan ubah selepas Google updated pagerank dia yang terbaru ini.. Takut nak ubah buat masa sekarang.

Sembang Cyber memang suka blog aku ni jika melalui penceritaan idea sendiri. Biasanya tiap-tiap hari aku akan keluarkan satu idea penulisan terbaru dan selebihnya aku copy paste melalui berita dunia. Sebabnya aku sekarang tengah study Alexa Rank yang memerlukan 4@ 5 artikel sehari.
Tapi kalau hari cuti aku memang tak buat artikel baru sebab kena dera kat rumah...hehehehhee.

Penggunaan widget lak aku dikatakan kurang satu widget iaitu "Related Post". Sebenarnya memang nak letak LinkWithin tapi tak boleh dengan blog aku ni, Mula-mula daftar diri kat LinkWithin ok ajer tapi bila nak auto widget ke blog ini failed. Entah ler kenapa, menyesal aku buang "Related Post:" aku dulu.
Sebab aku terdesak cari opsyen dengan letak:
a) Sebelah side bar Random post"
b) Kes terdesak, aku letak sitemap kat footer blog aku ..hahahahaha.
Aku tahu 'Related Post" amat penting...huhhuhuuu.

Aku terus terang katakan aku tak terasa pun jika ada pihak sudi memperbaiki dan mengomen pretasi blog ini. Ini kita namakan  "Never Ending Improvement", dimana nak improve kena selalu mendengar kritikan membina. Dan aku pun tahu, kalau aku review orang punya blog,  memang aku pun kutuk habis-habisan kalau tak kena dengan mata aku ni...hahahhahaha.

Thanks bro kerana review blog aku ini. Aku suka review berbentuk sebegini.




14 comments

Raimi Syazwan ♌¹³ said...

Respect bro hanif..
Bila blog otai direview oleh blogger lagi otai..
(saya hanya mampu melihat)

Wana Owen said...

K0men yg baik di jadikn teladan,k0men yg -ve di jadikn sempadan.ewah!:D

Haryati Faizal said...

wah beshnye...at least ada teguran2 yang membina...yg bley diperbaiki...

Harun Ar said...

Seperti kata Cyber komposisi warna memang penting agar pembaca merasa nyaman tidak menyilaukan.... Tapi template ini keren juga bang...
Salam sukses buat Hanif Blog

miz ruha said...

erm ada baca kat sembang cyber tadi...
suka juga kalau ada orang review blog n komen cukup2...
at least kita tahu apa kelemahan blog yang kita sendiri terlepas pandang.. ^_^

baby comel said...

Semoga blog abg hanif terus maju + jaya okey :)

Razif said...

best ....

Cikgu Fikri said...

wah... untunglah kena review..
komen membina tu..
terbaek ar.. :)

MRie RNie said...

I'm not OTAI BLOGGER la. Cuma blogger biasa saja. Sebab dah banyak dah baca blog tutor terutamanya blog overseas ni. Depa selalu sarankan selain dari artikel. Penampilan blog juga harus diutamakan. Kerna penampilan juga mampu membuatkan visitor untuk stay lama di blog kita.

Blog saya pun biasanya akan berubah dari masa ke semasa. Jika ada idea baru, biasanya saya akan implimen kan idea itu keatas blog saya.

Abe Hanif: erm..wah nak rupa macam blog Denaihati tu. Kalau macam Denaihati tu kalau tak silap tu theme yang di buat sendiri..kira custom made punya kot.

Apa2 pon selamat berjaya untuk mencari template baru.

P#eoniX said...

teruskan usaha bro!!!!tahniah...huhuhuhh!!!!

teratai said...

Komen membina baik untuk kita!Tahniah:)

DAIRI FARISHA said...

bgus! walaupun blog dikritik tapi msih bfikiran positif :) kritikan itu kdgkala membina

Naziman said...

Teruskan usaha bro. Beruntung bro ada orang kritik sebab kritikan itulah yang membina kita. Yang penting diterima. Macam blog picisan saya ni, memang takda la orang nak review. hahaha

Syaz Blackrose said...

yeah majulah sukan utk negara... eh apa kena mengena hehehe... syabas bro..