Hanif Idrus Dilanggar - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Hanif Idrus Dilanggar

 
Salam satu blogger. Hari ini nak cerita tentang langgar -melanggar macam main bumper car tu. Tapi kali ini kereta aku dilanggar!!! Gambar sebelah beginilah lampu kereta wira tu pecah!!
Ceritanya begini,
Semalam semasa aku balik kerja, aku gostan ler kereta aku. Masa gostan tetiba aku terdengar macam kena langgar. Dalam hati aku ..dah tahu dah kena sodok ini.
Aku pun keluar tengok kereta aku, ada scrathes sikit ler tapi minah yang bawa kereta tu lampu depan sebelah kiri dia pecah.

Lalu aku tanya macam mana dia bawa, dia kata aku yang gostan tak pandang belakang sebab tu dia terlanggar.
Memang salah dia, kejap lagi aku lukis gambar..hehehehe

Aku malas nak bising-bising walaupun itu salah dia kerana:
a) Perempuan. Itu sebab yang utama, perempuan ni satu dunia dah tahu kalau bawa apa jua kenderaan memang cuai, kelam-kabut dan panik. Mungkin genetik gender wanita ini reflek mereka mungkin slow kot..hehehehhe. Disebabkan wanita, aku pun mendiamkan diri, sebab aku pikir hanya satu iaitu aku ada bini dan anak perempuan. Lain kali pun perkara yang sama pun akan berlaku pada mereka...hahahhaha.
b) Rakan sekerja. Aku pun kalah dalam hal ini juga. Sebab ianya satu kilang ngan aku. Kalau membebel pun tak guna.
c) Isteri aku ada. Aku kalau isteri ada depan mata aku malas nak tunjuk angin aku ni. Mana-mana lelaki dalam dunia ini yang telah berkahwin kebiasaannya dia takkan tunjuk kemarahan melampaunya depan isterinya. Aku kalah tentang hal ini.

Dari gambar di atas, anda dapat lihat masa tu aku tengah nak gostan kereta. Baru keluar sikit tetiba minah ini u-turn secara mendadak dan terus "bang" kereta aku.
Masa aku gostan aku lihat kiri kanan dah cuma tak lihat belakang ler, dan si minah ini masa kau u-turn kau nampak kereta aku tengah gostan kau brek ler atau hon ..
Dan satu lagi kalau kau u-turn, takkan kau tak nampak kereta aku tengah gostan!!!

Puncanya, ialah si Minah ini U-Turn secara mendadak dan terus tekan minyak. Nampak kereta aku tengah gostan , dia panik lalu langgar kereta aku .
Itu ceritanya..huhuhuuu

Tadi pagi aku bawa kereta minah tu ke bengkel kenalan aku dan suruh tukar lampu depan depan dia dan ketuk bonet depan yang kemek sikit tu.
Aku suruh cari yang murah-murah punya..hehehehhehe.
Kalau anda tempat aku, rasa akan buat macam tu kan...hahahahhaha.
Aku target mahu kopak RM200 juga, well bukan rezeki aku kan.
Dan maaf kalau aku terkutuk wanita dalam hal ini....kikikikikiki.

36 comments:

DAIRI FARISHA said...

pergh! terbaik la siap ade map lagi..hehhe..btw, blh tukar keje jadi polis siasatan trafik utk kes kmlgan..lukisan cntik sperti ini amat diperlukan..hihi~

Anisa Anuar said...

aisehhh...malang tidak berbau

kay_are said...

selepas membaca kenyataan saksi, adalah confirm wanita tu yang bersalah sebenarnye sebab uturn ikut sukati die je.. sekian

Mrs Velentine said...

hahaha..terasa MV sebagai wanita

shahdiana said...

firstly cantik sangat wajah baru ni...nampak segar

shahdiana said...

dah nak malang macam tu la..kalo bukan salah kita mesti salah orang tapi kita terbabit sama...

shahdiana said...

tapi kan mungkin nak dapat rezeki lebih lagi kot....

mizsfatima said...

ish3...terbang duit

:: Mrs.Eady :: said...

minah oh minah!

Cik Cyida said...

erm, mmg salah ppuan tu laa,,

wantie said...

mmm.... ni bidang kiter tau. kalau la korang berdua pergi wat report. kemungkinanan 2-2 kena saman or 2-2 tak kena saman.

police akan tulis kat keputusan tu. RTI atau RTM.

aynora nur said...

HAHAHA!! SEMUA SALAH WANITA YEK? SEBAB ITU SAYA TK NK BAWAK KERETA, LESEN PUN LESEN TERBANG...

Haryati Faizal said...

hihi...pendapat sy la kan, kdg2 sama je... ada kekurangan dan kelebihan antara pemandu lelaki dan perempuan.

jojoyy said...

aikkk. mane ade.. sy drive cool je x panik pun. hahahahaa.. bagus! suka lelaki yg ade sifat cmtu . -tak tnjuk kemarahan depan isteri. hee sweetnyee :D

yayahnasake said...

terasa siot saya.. ialah..saya nie perempuan..plajar plak tuuu.... huhuhu... kesian kaum kami direndah-rendahkan bab2 pemanduan tapi dah nak buat macam mana kerana ianya FAKTA dan BENAR ... :/

Ayesha Ramlee said...

sempoi, perempaun mcm gigil sikitlah bab2 mcm nie

MRie RNie said...

hahaha..sebenarnya ada betul gak abe wei. kalau pompuan masuk kereta. lepas on engine jer. mesti masa nak masuk gear. depa dah letak kaki kanan kat pedal minyak (ni biasanya kereta auto ar), walhal kaki kanan patut pijak padel brek. sebab tu kita seringkali dihidangkan dengan berita kereta sondol kedai.

bab u-turn tu memang dah terang2 salah minah tu.

MarliaMarble said...

kalau melibatkan kawan2 sekerja ni..tu yg jadi berkompromi sikit..kalau org lain..saman je..! =D

MarliaMarble said...

kalau melibatkan kawan2 sekerja ni..tu yg jadi berkompromi sikit..kalau org lain..saman je..! =D

Zatil Hulwani said...

hahaa...x semua wanita cuai, kelam kabut & panik bawak kete...lelaki pun ade jugak...selalu bawak kete laju2 "macam nk g toilet..." hahaa sopan x ayat tu...? huhuhuhu...(gurau je...jgn amik ati ye bg hanif..) :D
TAPII..dalam kes ni memang minah tu salah la...nak u turn pun tgk2 la sikit..ape daa...

Anak Pak Muin said...

haha..dlm situasi mcm tu, mmg kalah la..

Nor Salmi said...

Baguslah Hanif, dlm keadaan mcm tu masih dpt kawal kemarahan.. Moga org lain juga menghormati anak & isteri Hanif sebagaimana Hanif bersabar & hormat kat minah tu.

baby comel said...

Biasanya org yg reverse yg salah. Sbb biasa klu repot polis kptsn kes akan ckp yg reverse yg salah. Tp klu dh itu amoi tbe2 buat u-turn msa kita tgh gostan mybe dia yg slh la.. moral of the story = praktis reverse parking walau g mana pun. For safety. Seriously, sgt berkesan. Tu yg saya amalkan selama ni.. Tq

Hanif Idrus said...

Disebabkan pembaca Hanif Idrus Blog ramai pompuan sajer nak kasi panas...hahahahhahahaha

boni kacak said...

hahaahahha. blog ni ramai pembaca perempuan, bagus tu bro.. at least boleh mendidik dorang sikit.hehehe

Kathy Rbain said...

heheheehe..kathy jenis darah gemuruh,sebab tu takut nak bawa kereta..

vidalsisah said...

wooo baiknye dia, yela rakan sekerja kan... pastu siapa ganti siapa?

hainom OKje said...

Hei Encik hanif... cakap elok2 eh... wa bawak keta memang baekkk punya... so far tak de kes beb!!!! he..he...

etuza said...

so bayar lah kerosakan tu, wanita tu kan dah sah salah..agak kelirulah ni Hanif. Dia dah terlebih coner ke tu tim u turn? nampak sangat dia salah kan..why pay lagi.

khairul said...

geram klu kena mcm ni...nk marah pompuan lak

teratai said...

Pernah terjadi pada kak,terlanggar kereta yg parking di belakang masa gostan! Melayang duit rm150, tapi bila difikir2kan mungkin Allah nak bersihkan rezeki kita....so redha dgn kejadian itu:)

Harun Ar said...

Berurusan dengan wanita lebih baik mengalah, biar tak pening kepala..hhe

Remy hazza said...

ala ciannyer bro....dah takde rezeki la tu......bro pulak yg kena ganti...takpa lah bro..... ada hikmat disebalik kejadian.....

Remy hazza said...

ala ciannyer bro....dah takde rezeki la tu......bro pulak yg kena ganti...takpa lah bro..... ada hikmat disebalik kejadian.....

LiNda said...

kesiannye..xpasal2 abis kene repair kete. memang slah pempuan tu..hihi. Tapi x semua pempuan cuai ye..sometime ade gak laki cuai smpai tergilis or terlanggar ank sendri :)

Sukma Haron said...

pernah terlanggar bumper sama bumper...
kancil kelabu dgn kancil merah...
driver pompuan sama pompuan...
last-last color merah melekat kat bumper keter kancil kelabu aku...
ok ker...masing2 minta maaf scratch sikit jer...