Header Ads

Hanif Idrus Review BabyComel Blog

Salam Satu Blogger lagi .Kali  ini nak review blog milik babycomel dengan URL http://babyaimacomel.blogspot.com/. Peserta Kedua!!! Tinggal lagi 119 kawan..
Kalau buka ajer dah tahu ini blog perempuan sebab warnanya dan kartun-kartun sekelilingnya. Ada juga kadang-kadang tersilap tafsir, Ingatkan blog lelaki rupa peremnpuan sebabnya designnya yang sukar difahami.. Memang comel blog babycomel ini...

Apa nak komen kat BabyComel ini yek...hihihihihhii.
Jom lihat dari segi luarannya ialah saiz keseluruhan pages Babycomel ini agak kecik atau memang babycomel kecikkan kan kot dia punya width size. Sebab kita boleh besarkan lagi saiz layout blog kita ini.
Saya rasa kalau babycomel besarkan lagi saiz width layout blog babycomel lagi cantik sebab pembaca mempunyai ruang yang  besar.
Dan ruangan side bar pun akan jadi lebih besar so pembaca akan lebih terperasan sidebar anda.

Selain itu babycomel bijak dalam mengambil kira entri-entri terbaru beliau untuk dipaparkan di side bar beliau. Cuma satu tanda tanya..hehehhehe. Jangan marah babycomel. Apa perbezaan latest column dengan recent post di kiri kanan side bar. Saya rasa kedua-duanya adalah sama cuma dari aplikasinya berbeza iaitu Latest/Laterst menggunakan Feed URL manakala recent post menggunakan widget gadget.
Saya cadangkan buang yang widget gadget tu dan kekalkan yang guna feed URL, sebab ia cepat sikit loading. Tapi kalau tengok Recent Post lawa jugak siap ada jumlah komen...emmm.
Awak pilih sendiri ler...huhuhuhu.
Post-post lama boleh baca di archive dan popular post pun ada...OK. Dari segi mendapatkan entri-entri terdahulu babycomel dah memenuhi requirement asas.

Selain itu disebabkan side bar agak panjang, saya merasakan babycomel boleh meletakkan 2 entri dalam page utama ini( home).Kenapa side bar nampak panjang sebab saiz layout yang katakan tadi agak kecil.

Dalam berblogging ini, adakala ada pengunjung ingin berkongsi entri kita. Tapi dalam setiap entri babycomel tidak terdapat share button FB, Twitter, e-mail atau Blogger. Aktifkan "Share Button" di kawasan post anda dengan menkliknya. Saya ada ternampak di side bar kanan di atas sekali terdapat Share Button tersebut tapi terlalu kecil sangat..hihihihi.
Sekali lagi kerana layout yang kecil..hihihihihihih. Sebaiknya diletakkan di bawah post.

Google Button cukup jelas. Penting ini kerana Pak Google memang suka kalau pengguna blogspot letak Google + Button di blog mereka. Sebab blogspot milik mereka dan anda mendapat banyak kelebihan jika anda letakkan. Percayalah !!

Jika dilihat komen setiap entry Baby Comel melebihi 10 komen setiap kali membuat entri. Tahniah saya ucapkan!!! Bukan senang orang nak komen blog kita ini...hehehehhee.
Dan atas alasan itu saya ingin memberi idea meninggikan lagi komen di setiap entri Babycomel.!!!!
Apa kata buang shoutbox anda!!!! ..hihihihihi.
Shout box ini sebenarnya digunakan untuk blogger baru yang baru berkecimpung dan juga mempunyai komen yang ciput ajer...hihiih.
Dan kelemahan shout box ini sebenarnya ia membuat pengunjung malas nak komen di blog anda, janji datang dan komen kat shoutbox..selesai. Dan aktiviti sedemikian akan memberi impak buruk kepada blog anda dari segi bounce rate.

Kenapa kena buang shout box? Ini kena terangkan betul-betul ini, kang babycomel kata " Gila ker Bro Hanif ni"...kikikiki. Pertama adalah masa, apabila komen kita bertambah , masa untuk klik shoutbox takder masa!!! Mana satu nak buat, jalan-jalan di Shoutbox, jalan-jalan di komen atau jalan-jalan di bloglist..Dan satu lagi bila pengunjung datang ke blog anda, lihat tak der shout box. Mahu tak mahu terpaksa komen juga kat entri....hehehehhhe. Secara tak langsung dapat pertambahan komen dan rendahkan bounce rate.
Orang lain tak ler buat yek kalau komen anda ciput ajer..sebab anda ada masa...hahahahahaha.

Banner exchange lak!! Huh!! Sekali lagi minta maap kalau ada tersalah kata. Orang dah tak guna lagi dah banner exchange. Itu teknologi 2 tahun yang lalu. Sebab Blogspot dah kenalkan Bloglist.
Buang banner tu dan pindahkan URL blog tu ke dalam bloglist. Tapi beritahu dia ler...kang kecik hati mamat tu..hehehehhee.
Banner exchange berguna untuk blog-blog atau website jenis ping sistem atau group members. It OK.
Kalau personal blog, tak payah. Buang space ajer..

Alexa Rank memang cukup bagus bawah 1 juta iaitu 947,616 cuma pagerank =0. Saya respek Alexa Rank awak ini..serius..!!!

Rasanya dah cukup kot review saya ini. Ini review ker komen...huhuhuhhuhu.
Keseluruhan design blog awak memang cantik. Saya punya pun tak secantik awak.
Maklumat untuk pengungjung meronda-ronda entri awak memang terbuka luas. So no problem.
Susunan layout di side bar betul dan kemas dimana baby comel tahu yang mana perlu didahulukan. Bagus..
Saiz tulisan di entri mengikut requirement ...senang nak baca, terbaik.
Loading time memang cukup laju!!
Sebenarnya keseluruhan Ok babycomel, apa yang saya komen atau review tu adalah pendapat saya.
Kalau orang lain, lain pendapatnya yek...
Janji tetap janji...saya dah janji nak review . Inilah review saya...hehehehheh.
Jangan marah ...senyum sikit.....
Ada sesiapa nak menambahkan review blog Babycomel ini..
Lihat review Peserta Pertama

Thanks sesiapa tadi wish anak aku tadi..Hanis dah Ok dah!!
Sekolah pun aku dah call..batlkan nama dia dapat susu 1 Malaysia tu..hehehe

13 comments

miz ruha said...

selalu terjah blog babycomel ni..
blognya baru bertukar wajah masuk oktober ni...
rasa wajah blog dulu lagi okay kot..
haha! jahat aku komen kat blog orang lain... okay sebab mudah nak baca.. :) jangan marah ye babycomel.. nanti cepat tua.. hihi!

banyak ilmu dapat setelah baca blog review ni..
thanks~~ ^_^

Leeza dayasari [santai leeza] said...

yeah, baby comel boleh lah buat penambahbaikkan.

baby comel said...

eh dah start review? maaflah smlm 1 hari xsempat nk bw kat sini membaca & mengomen =)
abg hanif, terima kasih byk2 ye.. byk ilmu yg saya dpt hari ni dr review yg abg hanif buat. sgt2 menghargainya. byk yg dicakap atas tu ada betul & baiknya.. insyaAllah dari masa ke masa akan diperbaiki sebaik2nya (jujur saya cakap, saya xpandai langsung pasal blog-blog ni, mohon tunjuk ajar ye) masih dalam proses belajar :)
terima semua ye =)

Kathy Rbain said...

wah..terbaik la komen hanif idrus ini..:)

hainom OKje said...

mencabar jugak nk review blog org ni...

Hanif Idrus said...

Memang mencabar kalau terus terang...hahahahaha.
Tapi babycomel tak marah pun...lega!!

Che Rosliza Che mat said...

rjinnya review blog blogger...dah follow baby comel nie....

TiranaAduka said...

agaknya bila sampai giliran tirana aduka ye?

Sabar menantikannya..(ta)

TiranaAduka said...

AssalamualaikumWBT. Hanif..

Terima kasih sudi singgah ke teratak buruk TiranaAduka..
1st time hanif singgah..dan tinggalkn jejak di tmpt ta...

Kalau ada kelapangan godek2lah blog saya tu...thanks

Nor Salmi said...

Akak kenal babycomel pun melalui segmen Hanif ni..

Nampaknya dah ada perubahan di blog babycomel..

Remy hazza said...

wah...untung babycomel.....\byk info pasal blog menarik diberikan oleh bro hanif nie...mekasih....

PotiaCasaDelarossa said...

nICE REVIEW...

Syaz Blackrose said...

hmm.. best gak baca blog org kena review nih, sambil2 tu bleh baiki blog ke lebih baik lg sg blaja n blaja lg bila ada kelapangan
hahaha baca punye baca x sdr dah kul 1 am.. ahaks