Header Ads

Hanif Idrus Terjah Blogger Indonesia

hanifidrus

Salam Satu Blogger
Semenjak kebelakangan ini aku telah berkenalan dengan beberapa blogger Indonesia yang sudi berkawan dengan aku.
Setakat ini paling lama aku bersahabat ialah Harun ar blogger Palembang kot.
Seorang cikgu dari sana dan blog beliau banyak memberi informasi tentang sistem pembelajaran Indonesia.
Menarik !!!

Dan tempoh hari aku berjumpa dengan seorang blogger yang mempunyai tutorial bahasa Jawa. Iaitu Tirana Aduka, Aku mati-mati ingat blogger Indonesia rupanya Malaysia..ehhehehhehe
Sori yek. Jom kawan dengan dia sebab blog dia PR3..huhuhuu

Ada juga ler 2 atau 3 orang lagi aku ketemu, selain itu semalam ketemu lagi seorang rakan blogger Indonesia.
Seorang mahasiswa Indonesia. Aku belum godek lagi blog beliau.
Tapi yang pasti sehari komen beliau agak banyak dalam puluh-puluh ler.
Boleh ambil peluang terjah rakan-rakan beliau dan besarkan network blogging aku ini..kekekekekeke.

Masalah hanya satu sahaja, iaitu penggunaan bahasa Indonesia dan Malaysia walaupun sama tapi ada perbezaannya. Terutama apabila kita membaca blog peribadi seperti aku yang menggunakan bahasa penggunaan  seharian bukannya bahasa baku atau bahasa  kebangsaan.
Kalau kedua blogger samada Malaysia atau pun Indonsia menggunakan grammar yang betul, aku rasa 89% topik penceritaan kita masih faham.

Kedua kat sini kita panggil segmen atau giveaway tapi disana panggilannya awards. Mungkin dari segi terma agak berlainan.

Namun aku amat bernasib baik kerana ramai operator aku dari Indonesia, so kalau aku tak paham aku minta pertolongan mereka. Ramai yang boleh tolong aku macam si Kintarti, Apria, Sriyanti, thanks yek.
Dari segi pemahaman aku tiada masalah kerana aku mempunyai rakan-rakan Indonesia disini,  cuma mereka faham tak apa yang aku tulis...hahahahahhaa.

Kalau aku tak faham bahasa Jawa, Tirana Aduka ada buat tutorial bahasa Jawa atau operator aku pun boleh ajar aku.
Kalau aku pergi ke Indonesia, aku mempunyai rakan di Jakarta iaitu Pak Aziz, rakan sekerja yang kini bekerja di Indonesia. Bisa membantu aku jika aku ke Indonesia .

Kesemuanya ini adalah tanda-tanda aku akan berhijrah ke Indonesia...opsss...silap lak..hehehe. Tanda-tanda aku boleh melebarkan dunia blogging  ke Indonesia.
Untuk rakan-rakan blogger semua, biar aku berhijarah dahulu ke Indonesia cari rakan-rakan blogger baru dan kemudian aku akan buat bloglist senarai blogger Indonesia yang aktif.
Then kita semua bersama-sama terjah sesama sendiri. bak kata Melayu Kawan Biar Beribu Tapi Musuh Jangan Dicari Atau Girlfriend Biar Beribu Tapi Bini Tetap Satu..hahahahaha.

Apa pendapat anda semua?
Aku tahu jawapan kau ialah, blogger kat Malaysia pun tak habis jalan nak pergi Indonesia....hehehhehe
Aku akan jawab, komen atau traffic di dalam Asia Tenggara, Nuffnang tetap kira sebagai sah..hahahhaha. Dan boleh naikkan income..international blogger katakan...ahaks!!


12 comments

Jna marcello said...

wahh seronok nye ramai kenalan dari blog2 diluar.. ;)

Nor Zilla Sensei said...

aah kn.. ari tu nyaris2 ingat tiranaaduka tu org indon.haha.. sorry.
tapi entry dia perghh macam pengkarya novel

hainom OKje said...

kalau dah ramai kawan dr Indonesia... bila lagi mau melawat Bandung pak!!!

cHeRyNa PiReS said...

dah dekat nak AFF Suzuki nieh.
Bagus idea tu.
Cari satu posting yg menyakitkan hati.
Gerenti traffik naik habis:P

Remy hazza said...

bro hanif dah going internasional lah!!!!! he3
tak salah saling berhubungan.... leh jugak tukar2 pendapat......

Leeza dayasari [santai leeza] said...

baguslah berkawan dgn blogger luar. boleh tukar2 idea, ubah fikiran dan sebagainya.

miz ruha said...

jadi international blogger~~
^_^
kumpul ramai kawan tak kira dari mana... :)

BeLLa said...

jd terkenal la pas ni :D

amranaiman said...

wah byknye review.. bagus2 bro :)

shaiful zaidi said...

blogger serumpun..

pha is said...

pergh.. udah melebarkan sayap ke indonesia...hahah

dhinai adnan said...

semuga para blogger dapat bersatu bawah satu bumbung.