Header Ads

Harga Rokok Naik - Wajarkah?

Salam satu blogger. Dua hari lepas kerajaan ada mengumumkan kenaikan harga rokok di Malaysia sebanyak RM0.20.
Sudah tentu keluhan perokok-perokok tegar di Malaysia akan terdengar tidak meyokong kenaikan harga rokok ini. Yang tidak merokok hanya mendiamkan diri atau meyibukkan diri mengatakan kebaikan kenaikan harga rokok tersebut.

Tapi apabila diimbas secara mendalam, adakah kenaikan harga ini wajar?
Adakah ia akan menurunkan kadar perokok-perokok baru dan lama di Malaysia.
Saya bertanya secara ikhlas pada anda semua.
Sudah tentu tidak!!!!

Kerana terdapat sumber-sumber lain yang boleh diperolehi selain dari rokok  sah ini.
Dimana perokok-perokok ini boleh membeli rokok tidak sah yang berlambak di pasaran dengan pelbagai jenama seperti Nusantara, John, League, Canyon dan sebagainya.
Malahan harga rokok tersebut diantara RM2.50 - RM 3.50 sahaja sekotak berbanding RM10.20 sekotak!!!

Malahan kenaikan harga rokok ini akan menyebabkan kehilangan pendapatan pada negara secara langsung apabila rakyat tidak mampu membeli rokok sah ini. Akhirnya berlakulah seludupan rokok-rokok tidak sah ini. Dan sudah tentu ejen-ejen seludup akan mencari ikhtiar untuk memastikan rokok tidak sah ini lolos di pasaran dengan umpan rasuah atau sebaliknya. Ini bukan bisnis ribu-ribu ringgit tapi bisnis berjuta-juta ringgit.

Sudah tentu ramai akan menempelak kepada saya, untuk menghalang rokok tidak sah ini penguatkuasaan haruslah diperketatkan. Cakap memang mudah tapi selama bertahun-tahun ini adakah kita berjaya menghalang kemasukan rokok tidak sah ke negara ini. ?

Kerajaan juga harus menkaji jika harga rokok dinaikkan dari masa ke semasa bukan sahaja rokok tidak sah akan berleluasa di negara ini. Kemungkinan besar najis dadah juga akan digunakan sebagai opsyen perokok ini. Masakan tidak mungkin akan berlaku kerana harga rokok hampir setara dengan najis dadah. Mungkin akan terjadi!!!

Kerajaan sepatutnya menurunkan harga rokok !!!! Ini statement berani saya. Dengan rendahnya harga rokok tersebut maka penyeludupan rokok tidak sah akan dapat dikawal.
Harga rokok tidak perlu dinaikkan tapi penguatkuasaan dan pendidikan kepada generasi baru harus diperketatkan.
Bila harga rokok sah diturunkan maka secara automatik rokok tidak sah tidak akan laku dipasaran.

Kerajaan sepatutnya menkaji bagaimana menghalang rokok tidak sah ini memasuki negara ini kerana harganya terlalu murah. Budak-budak sekolah mudah mendapatkan rokok tidak sah ini. Tidak guna membebankan rakyat dengan menaikkan harga rokok tapi pintu belakang terbuka luas!!!Undang-undang dan penguatkuasaan harus seiring.
Kempen Tak Nak Gagal kan sebab harga rokok naik dan peluang rokok tak sah terbuka luas.

Cuba turunkan harga rokok dari RM10.20 kepada RM5.00. Kita lihat bagaimana pasaran rokok tak sah ini dapat ditangkis.
Sekarang ini kerajaan ada 2 kerja iaitu kempen Tak Nak dan halang rokok tak sah.
Jika harga rokok diturunkan maka kerajaan hanya ada satu kerja iaitu kempen Tak Nak.!!!

Jika anda ada rakan-rakan yang merokok tanya pada mereka adakah rokok yang mereka beli itu rokok sah atau tidak sah. Saya beri jaminan dari 10 perokok yang anda tanya, hanya satu yang hisap rokok sah...
Fikir-fikirkan.

Berikut adalah harga baru rokok:

  • Rangkaian DUNHILL = RM10.20
  • Rangkaian KENT = RM10.20
  • Rangkaian PETER STUYVESANT = RM8.70
  • Rangkaian PALL MALL = RM8.70
  • PALL MALL Biasa = RM10.60
  • BENSON & HEDGES = RM10.20
  • LUCKY STRIKE PLAIN = RM10.60
  • ROTHMANS INTERNATIONAL = RM10.60

19 comments

Anisa Anuar said...

menarik pendapat ni...lain dari yg lain...ada benarnya pendapat ni...in a positive side

Lelaki Ini said...

jgn merokok je la..hehe..
berhenti2

iiima ❥ said...

betul2 saya setuju sgt sgt..ssh skrg nak cari org yang hisap rokok sah... sebenarnya usaha kerajaan naikkan harga rokok tak memberi impak pape...

baby comel said...

Xtau nk komen pe. Sbb msg2 dh besar blh fikir baik buruk. Dh tau rokok tu pnyumbang kpd kematian sakit semua tu tp pilih jgk utk hidup berkahein dgn dia... Naik la byk mna pun ttp cmtu jgk

ayut said...

kwn ayut tu tak kesah pon..nek tak nek bli jgk...hohoho :D

wantie said...

nasib baik hubby bukan perokok. syukur dengan kurniaan Allah kepada saya...

tu la kan.. berlambak rokok tak sah ni. boleh jumpa org jual kat tepi tepi jalan.

Syamil Ramli said...

aku tak sokong turun harga bro..sbb rokok tu bukan keperluan kan?? kita patut pilih mane yang perlu sahaja..lagipon rokok kan tak elok utk kesihatan.kalau nak kata pasal penguatkuasaan dan pendidikan, semua tu dh dibuat tp makin ramai je yg merokok.

Kesuma Angsana said...

naik byk mana pown tetap laku dipasaran !

:: Mrs.Eady :: said...

kenaikkan harga rokok belum tentu menjamin kekurangan perokok kerana lebih bnyk penambahan rokok seludup yg jauh lebih murah..

Asmar Arafad said...

saya setuju 200%, tinggalkan rokok

Jue Jaynee said...

o abg hanif.

sudilah terima award/hadiah dari jue..
ambil kat sini :> http://juejaynee.blogspot.com/2012/10/bagi-bagi-sayang.html

Mrs Velentine said...

naikkan aja.tp kat labuan still murah..hoho

shahdiana said...

setuju jugak..rokok tu kan dah jadi ketagihan mana mau berenti walaupun mahal..nak-nak naik 20 sen apalah sangat...apa pun akak tak kisah sangat sebab tak merokok...hehehehe

Haryati Faizal said...

sokong klu naik...sbb naik camne pun hg rokok, perokok tetap membeli...so naikkan je...hihi jan mara para perokok ye...

Azlan Strider said...

kenaikan tu memang tak dapat dielak..sebagai perokok aku juga dah janga yang harga rokok akan naik..tapi apa yang kau cakap tu betul gak..hehe..tapi aku tak sure sama ada statistik penghisap rokok tiruan tinggi ke tak..mungkin sebab jumlahnya tidak tinggi membuatkan kerajaan terlepas pandang bab nie..hehe

Regards,
-Strider-

Remy hazza said...

menarik bro!!!!! lagi tinggi harga...lagi yg tak legal berleluasa...... kat opis remy ramai yg beli seludup punya......nak yg murah.....

mohd firdaus abdul aziz said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kalo mildseven dlm rangkaian mana ye,japan tobacco kn,rokok jenama ne naik x,tp btol gak,aku setuju dgn ulasan ne,tp kalo nk jimat hisap rokok daun ar kawan2,lg jimat,daun seringgit,tembakau rm2,tahan smpai 4-5 hari huhuhuhu

mohd firdaus abdul aziz said...

hisap rokok daun ja senang,jimat gak huhuhuhu