Header Ads

Hari ini Monday terblues

Salam satu blogger. Hari ini semua orang yang bekerja sure tengah Monday blues. Kasihannya.
Sebab hari ini aku cuti!!!!!!¦

Cuti sebab hantar mak aku last kimoterapi. Ini dah masuk kali ke-enam kimoterapi. Aku pernah buat entri pasal mak aku ada ketumbuhan kat rahim dan selepas pembedahan yg memakan masa 5 jam dan penuh suspen tu, doktor kata masih ada kanser jahat dan aktif kat badan mak aku.

Mula-mula aku tak setuju tapi sepupu aku doktor sakit puan kat hospital Melaka kata baik buat. Aku pun mengiyakan kan ajer,lagipun kroni ada kat hospital Melaka iaitu sepupu aku...kikikiki..so aku pasti jagaan perubatan kat mak aku mesti tip top...hahaha.

Dan aku juga ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak pada nurse kat sana, melayan karenah orang tua aku, kalau berbual tak berhenti-henti.......

Sepanjang kimoterapi ini, aku tengok mak aku rilex ajer. Lepas kimo boleh lagi siram pokok
kertas dia sambil cabut rumput depan rumah lagi. OK ler tu....

Tapi melayan ubat pun boleh tahan gak poket ini. Dengan minyak gamat, kalsium dan tah apa-apa aku pun tak tahu....kikikii. Nasib baik hospital gomen...for warga emas spesial sikit payment.

Tapi orang tua kita kan.....kalau bukan kita sebagai anak-anak nak membantu siapa lagi. Lagi pun ini tanggungjawab kita kan....
Akan dtg anak kita punya tugas pula. Dunia ini kan bulat....
How your day my blogger friend..?
Mcm salah ajer grammar aku ni.....kikikiki.

12 comments

baby comel said...

semoga mak abg hanif sihat ye..
monday blues? hahaha, lambat panas hari ni. tp still on the goal. ehh? =) huhu

boni kacak said...

betul tu bro... satu hari pasti akan tiba masa kita pula... siapa lagi yang akan jaga kita kalau bukan anak2.. dan, hukum karma itu wujud..

Yana Aina said...

hari nie monday cool... Heheh moga mak abg hanif kuat semangat. Penyakit mcm nie semangat kene kuat... Anak2 kene sentiasa support :-)

miz ruha said...

kanser memang jahat...
moga mak abg hanif cepat sembuh.. :)

Ikhwan Suhaimi said...

Semoga sihat dan lebih sehat lepas ni untuk mak. BTW she was realy tough. :)

teratai said...

Sekarang ni penyakit kanser merupakan pembunuh utama kaun wanita. Semoga mak Hanif cepat sembuh dan kembali sihat.

Leeza dayasari [santai leeza] said...

1. moga mak abg cepat sembuh....
2. terkenang akan arwah mak, rs rindu... teringat saat menjaga arwah di hosp... sayu jer rasa.

Nor Salmi said...

Moga mak Hanif diberi kekuatan utk terus melawan penyakitnya.. Anak2 memang perlu beri sokongan & berada di samping emak dan ayah di saat2 begini memerlukan.

Ayah akak sekarangpun kurang sihat. Sedih sangat tgk ayah tadi..

nawza said...

baik anak mak nih..hehe. Semoga mak bro hanif cepat sembuh =)

Remy hazza said...

semoga mak bro cepat sembuh...... ibu bapa nyawa anak2.... so kita kena jadi yg terbaik utk mereka......

Che Rosliza Che mat said...

Kanser bahaya...Semoga mak hanif cepat sembuh...

Mrs Velentine said...

betul tue tanggungjwab sebagai anak jangan lupa