Header Ads

Hukuman Peter Butler Dibatalkan

Saya mengucapkan tahniah buat Peter Butler yang bebas dari hukuman PBSNT tempoh hari. Memang kecoh mamat ini kena penangan dari Trengganu pasal kes anak buah dia yang bawa balik pompuan ke bilik dan si Peter ini kecoh-kecoh di media...hehehehhe

“SAYA sangat gembira.” Itulah reaksi Peter Butler ketika dihubungi selepas hukuman gantung yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) ke atasnya dibatalkan.

Jelasnya, keputusan itu membuktikan bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sangat profesional.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada FAM kerana profesional dalam mengendalikan kes ini.

"Jadi, saya berharap dengan keputusan ini, pihak PBSNT akan menghormati kontrak saya yang masih berbaki 15 bulan bersama skuad Penyu," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Petang tadi, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak mengumumkan bahawa hukuman Butler selama enam bulan dan denda RM4,000 dibatalkan.

Dalam pada itu, ketika ditanya perancangannya selepas hukuman itu terbatal, Butler menjelaskan bahawa beliau akan pulang ke England terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang perbincangan dengan PBSNT.

"Setakat ini saya masih belum memikirkan apa-apa.

"Saya akan pulang ke England, selepas 10 hari, baru saya akan ke Malaysia kembali untuk berbincang mengenai kontrak bersama Terengganu," kata beliau.

2 comments

Che Rosliza Che mat said...

siapa mamat tue...cr tak kenal kikiki nampak sangat aku tak tahu...

Remy hazza said...

buat maksiat..... patut kena hukum jer....he3