Header Ads

Hutang Isi Rumah Malaysia RM653 Billion

BANK Negara Malaysia (BNM) komited untuk terus memantau paras hutang isi rumah rakyat negara ini bagi memastikan ia mencapai tahap munasabah, tetapi pada masa sama tidak menjejaskan aktiviti ekonomi negara.
Sehingga 2011, nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 77 peratus, berbanding 69 peratus pada 2006.
Kira-kira enam juta isi rumah di Malaysia dilaporkan berhutang RM653 bilion dengan secara puratanya, satu isi rumah menanggung hutang RM108,000.
Penolong Gabenor BNM, Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, meskipun angka itu dianggap tinggi di rantau ini, ia masih terkawal.
Sebahagian besar hutang disebabkan pemilikan rumah dan kereta. Ia turut didorong jumlah aset isi rumah yang dua kali lebih besar berbanding hutang sebenar selain peningkatan pendapatan pekerja berikutan persekitaran ekonomi lebih kukuh.
“Maka pengguna perlu berhemah berbelanja dan bijak membezakan antara keperluan serta kehendak,” katanya 


Salam Satu Blogger. Hari ini kita berbicara tentang ekonomi isi rumah Malaysia iaitu kita yang membaca entri ini sekarang. Dimana kadar hutang  isi rumah Malaysia meningkat dari masa ke semasa!!! Ini disebabkan penduduk Malaysia ini kaki boros, tidak menabung dan  tak berhemah ... Betul ker?

Inilah yang berlaku apabila kita ada penganalisis kewangan  yag pekak mata dan otak....hehehehehe. Analisis telah dibuat dan data pun telah dikeluarkan iaitu jumlah terbesar hutang isi rumah Malaysia ialah disebabkan pemilikan RUMAH dan KERETA.
Kedua-duanya dalam istilah ekonomi aku yang rendah ini aku anggap sebagai barangan utama. Rumah sebagai tempat tinggal dan kereta sebagai sumber pengangkutan. Wajib ada pada setiap isi rumah pada masa sekarang.

Dan acap kali rakyat Malaysia telah bersuara bahwa harga rumah dan kereta di Malaysia ini mahal. Dan pelbagai cadangan telah disuarakan tentang hal ini.
Dan ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertunggu -tunggu semasa pengumuman Belanjawan 2013 harga kereta akan dikurangkan. Tapi tiada apa-apa pun!!
Dengan pengumuman rumah mampu milik yang berharga RM200,000 hingga RM400,000 juga akan menambahkan sengsara kepada rakyat Malaysia.

Dan yang paling sedihnya, kerajaan tahu itulah nilai hutang isi rumah Malaysia yang utama!! Tapi apa yang dilakukan oleh pemerintah kita dalam menangani masalah ini. Saya bukan pro-pembangkang atau anti pemerintah tapi saya amat geram apa yang mereka buat dengan data tersebut.
Sekadar ambil data sahaja tapi tiada tindakan, tiada maknanya....

Saya sebenarnya terlalu risau dan gundah sebenarnya. Kejatuhan ekonomi sesebuah negara akan berlaku jika rakyat tiada kemampuan untuk membayar hutang mereka. Dan dengan trend sekarang kadar hutang isi rumah yang sentiasa meningkat tinggi bukan disebabkan rakyat berbelanja mewah tetapi menampung harga rumah dan kereta yang semakin meningkat. Seperti yang berlaku di USA dahulu, rakyat tak mampu membayar hutang dan bank tiada kecairan uang maka hancurlah ekonomi.

Inilah fungsi pemerintah memantau dan mengambil tindakan memastikan trend ini kekal atau lebih rendah. Bukannya macam sekarang sesiapa yang ingim membeli kereta harus melalui Bank Negara..hehehehe.
Tetapi mencari jalan agar harga kereta dan rumah mampu bilik diperhalusi harganya....







7 comments

:: Mrs.Eady :: said...

mcm mana tak berhutang kalau semua nyer mahal belaka...?

Nor Zilla Sensei said...

tidak menabung dan tidak berhemah sb ape jugak..barang2 mahal nak beli.bukan kita boros.hahaha

YSH BELL said...

barang2 skang agak mahal...kerajann ptt lakukan sesuatu....spptny merendahkan kos rumah,rumah adalah keperluan...jika kerajaan teruskan keadaan ini...jangan tanya kenapa kalah pilihanraya nnt...

wantie said...

keta memang mahal. rumah lagi la. kalau kat penang ni nak duduk teres mau 1/3 juta yg paling murah.

ada lagi yang harga sampai 2-3 juta. gilo apa rumah rega juta juta. yang kaya boleh beli yg miskin. duduk dalam kotak le

umah dalam kotak (flat) pun harga dalam 80-150k. memang mahal. lepas ni lagi mahal sebab harga simen dan pasir naik masa belanjawan that day.

hairan! keta keluaran negara sendiri pun mahal tak beda'ah.

Mira Adzlia said...

erm..mmg terasa smakin hari smakin tggi kos sara idup...asik tpkir mampukah nk beli rumah nih?mmg ssh ati tiap kali kenangkn hal nih..aish

Aimi Syahirah said...

Salam. Wah your blog sgt menarik & ohsem! =) Jom join.. http://www.aimisyahirah.com/2012/09/segmen-cik-misya-nak-follow.html

Remy hazza said...

macam mana tak berhutang.... gaji tak naik....gaji kechik... rege barang tinggi....hu3