Jangan Panggil Saya Encik - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Jangan Panggil Saya Encik

Salam Satu Blogger. Hari ini nak bercerita tentang hormat menghormati.
Dalam budaya Malaysia amnya budaya melayu , hormat menghormati sesama insan amat di titik beratkan.
Kalau kita berjumpa dengan sorang perempuan tua , kita digalakkan menyapa Makcik atau Pakcik.
Kalau kita berjumpa dengan orang yang hampir sebaya umur kita akan memberi salam. Takkan nak panggil adik atau abang kot.
Bagi lelaki lak kalau jumpa perempuan dan kalau keliru dengan umurnya kita panggil adik..
Perempuan kan suka kalau dipandang muda selalu...hehehehehhee.

Dan budaya terbaru pula kalau kita berjumpa dengan rakan-rakan lelaki kita panggil bro...
Yang perempuan kita nak panggil apa yek. Aku biasa panggil nama ajer...kikikiki.

Dalam budaya berblogging biasanya yang lelaki kita panggil bro atau perempuan kita panggil nama sahaja.
Tapi yang paling aku tak suka ialah kalau ditempat kerja atau dunia blogging panggil aku Encik Hanif, Incik Hanif, Cik Hanif (dah jadi pompuan lak..hehehehe)

Aku tak ler terima panggilan tersebut kerana terlalu formal sangat. Biasanya kalau di tempat kerja aku suruh dia orang panggil aku abanggggg....kikikiki.
Panggilan Encik ini hanya perlu jika berlaku urusan yang terlalu serius dan memerlukan perbincangan empat mata dengan penuh fakta tanpa ada unsur-unsur kelakar.
Itu pendapat aku tentang panggilan Encik..

Kalau kau panggil aku abang (di tempat kerja) so secara psikologinya aku masih boleh bergurau dengan kau kerana ianya adat Melayu yang spontan.
Aku bayangkan macam mana kau nak bergurau dengan boss kau kalau kau panggil Encik. Kekok kan.
Kalau boss kau suruh panggil abang, gapping tu tak terasa sangat kot.
Yang penting saling hormat menghormati..

Kalau anda sering membaca entri saya, panggilan kepada diri saya ialah aku.. Kerana kalau penggunaan saya agak terlalu formal. Kalau aku ianya santai dan tidak memerlukan formaliti dalam perbincangan. Cuma pada pendapat orang lain mungkin  ianya agak kasar, itu aku faham. Tapi itulah aku.

Dan kepada semua rakan-rakan blogger, u can call me bro. OK..
Aku santai dan kalau rasa nak kutuk aku pun boleh tapi siap kau dengan bahasa kutuk orang Melaka.
Tak mahulah ber encik-encik...aku segan lak..hahahahhahaha.
Tapi aku juga tak mahu kau orang panggil aku pakcik!!!!


30 comments:

Jue Jaynee said...

haha ok bro...

LiNda said...

panggilan memang main peranan penting, linda pon x suke org formal sgt. Nasib baik linda memang panggil hanif ,bro.. :)

Sue PeLik said...

yer laaaaaaaaaaaa tak panggil incik hanip dah. pakkkkkkkkkkkk cikkkkkkkkkkkkkkkk, pak cik sihat tak hari neh?????? :P :P *larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Mrs Velentine said...

betul tue..tp sya pernah ditegur olh org yg lbh senior katanya bercakap dgn pegawai kena panggil dia cik

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Encik ni formal sgt.. Hehehe hmmm nama jer ok? Tp panggil awk encik jew lah.

hainom OKje said...

Kalau tak mau panggil tu semua.... mesti suka panggil ATOK Hanif kan he..he..

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

puan eeiyss dah datang menjenguk dan akan berada di blog ini buat beberapa minit (^____^) ubat rindu nak komen

PaPa Blogger said...

baik abang bos... ok tak klu mcm tu??? hehehe

Nor Zilla Sensei said...

ooo..okla abg..xpanggil cik da.hahahaa

Syamil Ramli said...

heh..biasala tu bro hanif..kadang dorang tak tau caner sikap blogger tu..1st time komen ke..so tu yg dorang panggil encik tu..tp bila dh buat entri mcm ni,aku rs dorang akan paham terus..
Terjah sini ==>> Adat Vs Agama

:: Mrs.Eady :: said...

hai en.hanif :)

KorN said...

panggil encik xleh, panggil abg tak muleh dah tu nak panggil ko ape ni anip? hehehe... panggil irwansyah boleh? baru lah jambu.. ekekeke

aynora nur said...

Faham...aku @ engkau, saya @ awak, gunakan ikut situasi.

Nijiera said...

err... Iera x tahu nk panggil hanif ape... panggil hanif guna nama blh?

Wana Owen said...

la..panggil cik hanif pasal hormat. kang baru-baru kenal terus nak panggil abang,tak ke len macam ?hehhehe..

Hanif Idrus said...

hahahhahaa..panggil Anip pun boleh...bro pun boleh ..bukan beruk tahu....heheheheh

Intan Norhaida said...

true...kalau formal sgt kite pun cam serius je...tp kena ikiut keadaan...

aynora nur said...

saya ada tag hanif utk join segmen follow mengfollow, join tau! (paksa ek?)

eza miza said...

Hahaha...beres bro... Baru rs nak pggil pakcik...kikiki...

Pelangi Senja said...

hehe.. baiklah..:) encik,eh2.. abang,eh.. aduhai...
uncle ja la.. :)

Cikgu Ma said...

ala...baru nak panggil pak cik...haha

ok la, pasni panggil abang..kehkeh

Haryati Faizal said...

hehe tu kdg2 sbb klu dr segi umur tu senior dr sy, kekok gak nak panggil pe... klu hanif je cam tak hormat pulak...takpe ke?

cHeRyNa PiReS said...

Encik Lahanat santai juga. Melaka juga. Hehe.

dya bunga said...

ok bro..hihih

Nick Nashram said...

kalo boleh sampai bila2 nak orang panggil kita abang..terasa muda kot..hehe

Jna marcello said...

klau camtu "YANG MULIA hanis best x?
heeheh *gurau jerk ye ;)

Novelgurl said...

Baik En...haha. x boleh la..kene forml gak.lalalala ~

hnahdy said...

xbiasa la bro bro ni.. tapi kalau hana komen blog ni hana sebab bro je lah ek :)

azrul perasit said...

haha baik sifu .. br0 hanif

Che Rosliza Che mat said...

sorry bro....dah terpanggil cik pulak....kikiki...lain kali panggil bro jer....cr pun suka menaip menggunakan perkataan aku...