Header Ads

Jutawan China tawar ganti kereta buatan Jepun milik mangsa rusuhan

Seorang jutawan China, Chen Guangbiao berjanji untuk menggantikan kereta buatan Jepun milik 43 orang rakyat China.
Sebelum ini kereta milik 43 orang itu dirosakkan oleh sejumlah penunjuk perasaan di negara ini dalam isu tuntutan Kepulauan Senkaku di Laut China Timur.
Kerajaan Jepun memutuskan untuk membeli tiga daripada lima pulau kecil yang membentuk kepulauan itu daripada pemilik persendirian menyebabkan penduduk China berasa marah dan melancarkan tunjuk perasaan pada bulan lalu.
Menurut media negara ini semalam, Guangbiao menunjukkan 43 buah kereta buatan China yang dibelinya pada harga lebih AS$794,000 (RM2.4 juta) di sini pada Rabu lalu.
Jutawan berusia 44 tahun itu menawarkan kereta Geely buatan tempatan bagi menunjukkan perasaan patriotik terhadap negara.
"Saya melancarkan majlis ini (menawarkan kereta buatan China) untuk mengingatkan orang ramai bahawa semangat patriotik sepatutnya dikendalikan dengan rasional, kebijaksanaan dan disiplin," katanya.
Dia mempamerkan kereta yang telah dibelinya itu kepada orang ramai dan pemberita di sini kelmarin.
Menurut perangkaan industri, jualan kereta Jepun merudum ketika terdapat desakan supaya barang buatan negara tersebut diboikot ekoran isu tuntutan kepulauan yang tidak berpenghuni itu.
Guangbiao merupakan salah seorang daripada 400 individu yang kaya di negara ini.
Jumlah kekayaannya dianggarkan sebanyak AS$740 juta (RM2.27 bilion).
Dia memperoleh kekayaan menerusi sebuah syarikat kitar semula di Nanjing

3 comments

Remy hazza said...

pemurahnya jutawan tu.....

baby comel said...

Beliau buat khidmat sosial yg baik

Mrs Velentine said...

baik hati nya jutawan ni