Header Ads

Jutawan sumbang New York Central Park RM300 juta

Jutawan John Paulson, 56, yang juga pengurus Paulson & Co memberi sumbangan AS$100 juta (RM300 juta), yang dianggap terbesar setakat ini, kepada New York Central Park kerana merasakan ia taman demokratik dan sebagai hadiah yang boleh memberi manfaat kepada penduduk New York.

Ia diumumkan oleh Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg di Bethesda Fountain di Central Park.

“Paulson seorang lelaki yang bijak kerana membuat satu pelaburan besar ke tempat yang sepatutnya,” kata Ketua Eksekutif, Doug Blonsky.

Peguam NYC Park, Geoffrey Croft berkata, sumbangan yang diberi Paulson ini boleh mengeratkan jurang yang wujud antara yang kaya dan miskin.

“Central Park merupakan asas kepada ekonomi, budaya dan kualiti hidup penduduk New York,” katanya.

Separuh daripada derma akan diperuntukkan bagi peningkatan modal manakala separuh lagi akan digunakan bagi pembangunan taman tersebut.

Menurut majalah Forbes, kekayaan Paulson dianggarkan bernilai kira-kira AS$12.3 bilion

1 comment

boni kacak said...

ada nombor dia tak bro? nak mintak dana sikit la.hahahaha