Header Ads

Lelaki paling tinggi di AS dapat kasut baharu

Lelaki paling tinggi di Amerika Syarikat (AS), Igor Vovkovinskiy memperoleh tiga pasang kasut tenis Reebok pada Khamis lalu.

Kasut itu ditempah khas oleh Vovkovinskiy, 30, yang setinggi 2.35 meter dan ia mengambil masa selama lima bulan untuk disiapkan.
Sepanjang ingatannya, dia hanya mempunyai sepasang kasut kerana ketiadaan saiz yang sesuai untuk kakinya.

Vovkovinskiy berkata, dia telah menjalani 16 kali pembedahan pada kakinya dalam tempoh enam tahun kerana kecederaan akibat memakai kasut yang tidak sesuai.
Menurut laporan akhbar The Post- Bulletin, orang pertama yang diberitahunya tentang kasut itu ialah ibunya.

Kos tinggi diperlukan untuk membuat kasut yang bersaiz 24 itu.
Namun, Vovkovinskiy mengutip derma di internet pada awal tahun ini.

hanifidrus
Dia berjaya memperoleh sumbangan lebih AS$32,000 (RM97,666).
Selepas memperoleh wang itu, dia mengunjungi ibu pejabat Reebok di Canton, Massachusetts, AS dan menjalani beberapa siri ujian.
Ujian itu dilakukan bagi membolehkan syarikat tersebut menghasilkan kasut yang sesuai untuk kakinya.
Kasut tersebut telah mengubah corak kehidupan Vovkovinskiy.
"Saya kini boleh pergi ke kedai runcit atau perkakasan jika saya memerlukan barang untuk melakukan kerja-kerja pembaikan di rumah ibu saya," katanya.

5 comments

#ciksuzlin said...

Kesian, tggi sangat sampai kasut pun susah nak beli.

[Entri Salahkan Hanif Idrus kalau kita gemuk:]
http://suzlinazreena.blogspot.com/2012/10/food-porn-mcdonald-samurai-beef-burger.html

hainom OKje said...

Syukur kita menjadi manusia normal.... tak yah nak kena tempah2 kasut ni..

Raimi Syazwan ♌¹³ said...

Tinggi sangat tu.. mesti susah nak imbangkan diri. Byk benda yang dia xblh buat...
Tp xpe, nama dah ada dlm sejarah..

Remy hazza said...

susah kalau dah terlebih dari segala segi...... kalau kecil...boleh pakai yg baby punya.....

Che Rosliza Che mat said...

untunglah dapat kasut baru..