Header Ads

Malala ditembak Taliban sudah boleh komunikasi

hanifidrus
Pelajar perempuan Pakistan, Malala Yousufzai yang cedera di bahagian kepala akibat ditembak oleh Taliban minggu lalu, sudah mula "berkomunikasi dengan bebas" dan “berdiri” dengan bantuan motor, demikian menurut doktor yang merawatnya di sini.

 Bagaimanapun dia yang sedang dirawat di sini, masih tidak boleh bercakap kerana dimasukkan "tracheotomy tube' bagi melindungi ruang udara, yang bengak ekoran tembakan tempoh hari. "Kami tiada sebab untuk percaya bahawa dia tidak boleh bercakap apabila tiub ini dikeluarkan dalam beberapa hari lagi," kata Dave Rosser, Pengarah Hospital Universiti Birmingham.

 Dia dibawa dari Pakistan ke London untuk rawatan susulan awal minggu ini. Katanya, Malala sudah mula menunjukkan kemajuan walaupun belum melepasi tahap bahaya sepenuhnya. Rosser berkata, sudah pasti jelas tembakan yang dilepaskan telah merosakkan bahagian otak remaja itu. Pun begitu katanya, Malala telah boleh bergerak dengan baik dan secara "intelektual

5 comments

hainom OKje said...

Kesiannya.... syukur kita berada di malaysia...

Che Rosliza Che mat said...

kesian wanita nie...kenapa dia di tembak huhuhu

Remy hazza said...

alhamdulillah.....kuasa Allah kan.....

Razif said...

Kesian dia ...

siti fatimah said...

syukur alhamdulillah.. sejuk je dengar berita ni