Mati kerana ingin cantik - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Mati kerana ingin cantik

Polis Hong Kong melancarkan siasatan terhadap sebuah pusat kecantikan atas dakwaan membunuh selepas seorang wanita yang mendapatkan rawatan di situ, mati.
Tiga lagi wanita dimasukkan ke hospital selepas menerima rawatan di pusat yang sama.
Wanita berusia 46 tahun itu mati semalam kerana kejutan septik selepas menjalani rawatan rumit memasukkan darah, dipercayai untuk meningkatkan sistem imunnya.

“Rawatan itu membabitkan proses ‘mengasing dan memperoses darah yang diambil daripada seseorang dan kemudian memasukkan campuran itu semula kepada pesakit,” kata kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan.
Jabatan berkenaan mengenalpasti pusat rawatan itu sebagai sebahagian daripada rangkaian pusat kecantikan DR.
Pemeriksaan terhadap wanita itu yang dimasukkan ke hospital minggu lalu menemui bakteria tahan-antibiotik ganjil di dalam darahnya.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada bakteria itu menjadi punca kematian wanita itu.

Tiga wanita lain yang turut menjalani proses sama di pusat berkenaan dilapor tenat di hospital.

Jabatan Kesihatan berkata, lebih 40 orang menerima rawatan seumpama itu di DR yang mempunyai 42 cawangan di seluruh Hong Kong.

Menurut laporan, wanita berkenaan membayar HK$50,000 (RM19,350) untuk rawatan itu.

Polis menyifatkan kes itu sebagai serius dan berkata, mereka menyiasat kejadian itu sebagai kes jenayah.

Kementerian Kesihatan pula berkata, ia akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji semula peraturan di pusat penjagaan kesihatan swasta.

“Kami akan menyiasat sama ada berlaku kecuaian dalam kes ini atau mereka melakukan pembunuhan,” kata Ketua Polis Hong Kong, Andy Tsang.

Kenyataan DR yang dikeluarkan menerusi laman webnya berkata, doktor yang melakukan rawatan itu tidak bekerja dengan syarikat berkenaan. -

3 comments:

Isabel Diaz said...

Hish, bahayanya, siap kuwarkan darah pastu campurkan dengan something.

P/s : wah, Abg Hanif da buat renovationlah.. Ingat sesat tadi.. Heheh

Remy hazza said...

bersyukur dgn apa yg ada.... buat apa nak terlebih cantaik kalau memakan diri.....

Che Rosliza Che mat said...

seram pulak baca...