Header Ads

Obama Isytihar Bencana Di New York



Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengisytiharkan bencana besar di New York ekoran taufan Sandy yang menyebabkan banyak kemusnahan. Obama mengisytiharkan bencana besar itu di negeri New York dan New Jersey.

Taufan itu melanda kelmarin sebelum ia meninggalkan New York semalam. Pengisytiharan itu akan menyebabkan pinjaman dan geran akan dikeluarkan bagi membantu mangsa-mangsa untuk membaiki dan memperoleh rumah buat sementara.

Taufan itu membawa ombak gergasi yang melanda kawasan Pantai Timur AS. Bursa Saham New York dan Nasdaq turut ditutup semalam. Sementara itu, sebanyak 50 buah rumah terbakar di kawasan kediaman di bandar raya ini akibat taufan tersebut.

Hanya dua orang dilaporkan cedera dalam kebakaran tersebut. Menurut laporan media, seramai 25 orang dilaporkan terperangkap di tingkat atas sebuah apartmen dalam kejadian tersebut.

Anggota-anggota bomba menggunakan bot untuk tiba di lokasi tersebut kerana jalan dipenuhi air. Dua buah loji nuklear AS juga ditutup iaitu di New Jersey dan di tepi Sungai Delaware. Menurut firma Eqecat, kerugian akibat taufan itu dianggarkan AS$20 bilion (RM61.04 bilion)

3 comments

baby comel said...

moga2 mereka cepat pulih dr bencana ni

hainom OKje said...

Kita masih bersyukur berada di sini....

Che Rosliza Che mat said...

Semoga cepat pulih...