Pantai Merah Di China

hanifidrus
Sebuah pantai yang terletak di Delta Sungai Liaohe dekat sini terkenal dengan keunikan permukaannya yang berwarna merah.
Fenomena itu berlaku ekoran kehadiran sejenis rumpai laut beralkali yang tumbuh melata di bahagian dasar pantai berkenaan.
Rumpai laut berkenaan mulai tumbuh sekitar April atau Mei lalu dan berwarna hijau sepanjang musim panas. Namun, apabila tiba musim luruh, warna tumbuhan maritim itu mula bertukar kepada merah bara, sekali gus menjadikan permukaan pantai itu kelihatan seolah-olah sebuah hamparan permaidani merah yang besar.
Dikenali sebagai Pantai Merah, sebahagian besar pantai itu ditutup kepada orang ramai. Cuma satu bahagian yang agak terpencil dibuka kepada pelancong

7 comments

woahhh.. terus jadi tempat pelancongan

Pantai Pasir Hitam pernahlah sampai...pasir merah belum lagi...

wow..nampak menarik jer kalau laut warna merah..hehehe

Regards,
-Strider-

aku paling suka kalu dah warna merah....

memang cam karpetlah....kuasa Allah....seronoknya kalau dapat tengok dekat...