Header Ads

Pasangan ‘bercinta’ dengan serigala


hanifidrus
Hari ini sebenarnya banyak nak buat entri tapi semalam aku demam dan sakit-sakit sendi. Apalagi aku ketiduran sepanjang malam. Sekarang dah OK. Esok aku nak cerita tentang kisah benar "Puntianak"..emmmmm...

Dan ini pula kisah cinta. Cinta ini buta , bukan sebab kau cantik atau hensem maka baru boleh kau bercinta!!
Tidak benar!!! Jodoh dan maut ini di tangan Allah, kalau dah tertulis kau adalah jodohnya maka kahwinlah kau dengannya...
Minah  ni sanggup bercinta dengan mamat ini tak mandi 3 tahun..giler bebenau. Janganlah kau ikut lak begitu..hehehehhe. Tak normal kot..ahaks

Menjalin hubungan dengan bekas tentera yang menghabiskan masa hampir tiga tahun dengan serigala dalam taman hidupan liar serta tanpa mandi bukanlah impian yang menarik.
Namun, dalam keadaan hidup begitulah Shaun Ellis bertemu pasangannya, Isla.

Digelar Wolfman, Ellis, 47, dipercayai menjalin hubungan sangat akrab dengan haiwan liar serta mengajar teman wanitanya itu untuk menjadi sebahagian daripada mereka.
Hasil persefahaman dengan Isla, 30, kini mereka melangsungkan perkahwinan secara tradisi selepas bertemu kali pertama pada September 2009. Lebih dua tahun selepas menjalin hubungan istimewa pada April 2010, Ellis dan Isla berkahwin mengikut adat tradisi suku pribumi Amerika Syarikat (AS) dalam satu majlis di Devon.

Disebabkan kecintaan mendalam terhadap pribumi AS, Ellis dan Isla membina khemah seperti kediaman suku Red Indian di taman dan ia menjadi rumah kedua untuk mereka ketika m enjalankan kajian secara dekat hidupan liar di kawasan berkenaan. Kata Isla, cintanya terhadap Ellis adalah cinta pandang pertama “Saya tak tahu apakah cinta sehingga saya diperkenalkan kepada Ellis.

“Selepas sekian lama membayangkan lelaki idaman saya, nampaknya lelaki itu adalah Ellis,” katanya. Sejak berkenalan, kata Isla, Ellis banyak mengajarnya mengenai serigala, terutama bagaimana menghormati haiwan liar itu. Setakat ini, katanya, dia tidak pernah diserang atau dicederakan serigala.
Ellis menghabiskan masa dua setengah tahun memburu, makan, melolong dan tidur bersama empat serigala jantan di taman berkenaan yang terletak di Coombe Martin, Devon.

Dia juga mengehadkan pemakanannya kepada daging semata-mata, selain tidak mandi supaya bau badannya sesuai dengan haiwan liar berkenaan. Kata Ellis, dia lebih selesa hidup bersama serigala berbanding bergaul dengan manusia. “Jika berjauhan, saya akan merindui serigala itu.
“Bagi saya, serigala itu sama seperti keluarga manusia kerana pertalian sesama mereka rapat,” katanya

5 comments

Raimi Syazwan ♌¹³ said...

Baca entri ni, Teringat pulak kisah Moglie Budak Serigala

baby comel said...

nak bersahabat dgn binatang tu xde masalah tp jgn la sampai melampau kan..

Remy hazza said...

hubungan akrab manusia dan haiwan.... tanda kasih sayang kita tidak terbatas.....

Moerad Qrad said...

saya sama binatang itu wajar, akan tetapi kalau sampai menjauhkan kita dari pergaulan sesama manusia, itu mungkin sudah melampau batas wajar, dan saya yakin tidak dibenarkan

blogwalking

ririt rabbit said...

Saya jadi teringat ulasan berita-berita orang yang terlalu mencintai hewan tertentu. Misal: buaya, serigala, ular, etc. Malah jadi korban hewan kesayangannya sendiri. Ngeri.:(