Header Ads

Perkahwinan diraja Luxembourg meriah

hanifidrus
Pewaris takhta kerajaan Luxembourg, Putera Mahkota Guillaume Marie Louis Christian dan anggota kerabat diraja Belgium, Countess Stephanie de Lannoy melangsungkan perkahwinan di Gereja Notre Dame, di sini, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Diiringi bapanya, Count Phillipe de Lannoy, mempelai berusia 28 tahun itu hadir di gereja itu dengan memakai gaun pengantin rekaan pereka fesyen popular, Elie Saab. Menampilkan corak flora, gaun sutera itu memiliki leretan sepanjang empat meter dan lebih panjang daripada gaun yang dipakai oleh isteri Putera William, Kate Middleton dalam majlis perkahwinan mereka pada April 2011.

Majlis perkahwinan diraja yang berlangsung selama dua hari itu dianggarkan menelan belanja 500,000 euro (RM1.98 juta). Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan konsert percuma, pertunjukan jalanan dan bunga api.

Antara tetamu kehormat yang hadir termasuk anggota diraja Eropah termasuk Belgium, Norway, Sweden, Belanda dan Britain. Putera Guillaume, 30, dan Stephanie de Lannoy popular dan disenangi rakyat di negara masing-masing. Luxembourg yang pernah dijajah oleh Sepanyol, Perancis dan Austria, memperoleh kemerdekaan daripada Belanda pada 1839.

Terletak di barat benua Eropah, negara kecil berkenaan memiliki keluaran dalam negara kasar kedua terbesar di dunia melebihi AS$80,000 (RM244,000) selepas Qatar

3 comments

Intan Norhaida said...

belanja wat kawin tu x ingat tul... kite nk merasa duit byk tu,,ntahle...
tp, yela dia dr royal blood,,,x heran pun :)

Mrs Velentine said...

cantik wife dia

Remy hazza said...

besar belanjanya...tapi tak boleh lawan anak raja brunei......
lagi mewah !!!!