Header Ads

Program TV BM 24 jam bagi penduduk selatan Thai

 Kerajaan Thai akan menyediakan program televisyen berbahasa Melayu 24 jam bagi wilayah-wilayah di selatan mulai Januari tahun depan, usaha terbaharu bagi menyelesaikan konflik di selatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Thailand, Niwatthamrong Boonsongpaisarn hari ini berkata program bahasa Melayu itu akan disiarkan melalui saluran televisyen kerajaan, NBT.

"Kita mahu rakyat Thai di sana mendapat maklumat sama seperti yang lain di negara ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat berhubung perkara itu, di sini.

Program-program itu termasuk berita, pendidikan, hiburan dan sukan dan ia akan ditayangkan beberapa jam setiap hari bagi penonton di selatan bermula bulan ini.

"Saya percaya ia akan membantu menyumbang bagi menyelesaikan masalah di selatan," katanya.

Lebih 5,000 orang maut sejak mereka yang disyaki puak pemisah menggiatkan semula kempen bersenjata menuntut kemerdekaan bagi wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani lapan tahun la

1 comment

Remy hazza said...

elok jugak tu.....
lebih cepat maklumat disampaikan.....