Header Ads

Psy jadi duta syarikat makanan

Penyanyi rap Korea Selatan, Psy (gambar) yang terkenal dengan tarian kuda menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube menandatangani kontrak sebagai duta produk makanan keluaran syarikat Nongshim Ramyun, lapor portal berita examiner.com semalam.

 Antara produk terkenal syarikat itu ialah mi Shin Ramyun Black Cup. "Tiada selebriti lain yang mampu menikmati makanan ini seperti saya," kata Psy ketika dihubungi syarikat berkenaan. Portal hiburan kpopstarz.com melaporkan, iklan Psy itu bakal menampilkan iklan versi bahasa Korea Selatan dan Inggeris. Populariti Psy melonjak selepas muzik video itu dimuat naik pada Julai lalu sehingga ia ditonton lebih 400 juta kali.

3 comments

Mira Adzlia said...

smakin pemes psy nih

Azlan Strider said...

sapu segalanya sementara tengah popular nie..hehehe

Regards,
-Strider-

Che Rosliza Che mat said...

rezeki dia...