Raja Dangdut dicalon bertanding pilihan raya Presiden 2014 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Raja Dangdut dicalon bertanding pilihan raya Presiden 2014

Satu sidang pleno Persatuan Ahli Muzik Melayu Indonesia (PAMMI) melantik Raja Dangdut, Rhoma Irama, untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden 2014.
Beberapa cawangan PAMMI yang lain, dalam satu kenyataan yang dibuat pada mesyuarat pleno itu berkata, mereka akan menyokong pencalonan Rhoma.
Pengerusi PAMMI cawangan Sumatera Selatan, John Hadi berkata, “Dalam mesyuarat ini kami mahu sepakat dan akan menyokong (penamaannya sebagai calon).”

Begitu juga Pengerusi PAMMI cawangan Jakarta, Laras Sugianto yang berkata dalam satu mesyuarat dalaman, majoriti anggota menyokong cadangan berkenaan.
“Anggota PAMMI cawangan Jakarta, menyokong pencalonan beliau,” kata Laras.
Namun begitu, katanya, Rhoma perlu mencari parti politik bagi membolehkan dia bertanding. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Rhoma mempunyai hubungan rapat dengan Parti Persatuan Pembangunan (PPP). - tribunnews

2 comments:

Remy hazza said...

bertambah dangdutlah pilitik indonesia nanti....

Irwan Syah@ Wak said...

muzik dan politik tak dapat dipisahkan......